Sebenarnya RON95 tak naik harga

 Assalamualaikum dan selamat malam.

HOD : Korang tahun berapa ?

Kiteorang: Tahun 5.

HOD : Haa, bila final exam ? Tak lama dah. Macam mana tak boleh jawab soalan ni.

Kiteorang : Ada satu tahun lagi Mr. 6 tahun semuanya.

HOD : Ooo. ok.

Gulp. Tahun 5 dah rupanya, kalau Universiti lain dah kira final year student.

Expected to be knowledgable, have critical views.

Sighhhh. Rasa macam tak ready. Rasa macam hamppehh. To meet expectation is for sure a stressful condition.

Luckily, warm hearted seniors especilly the HOD and the specialists whose somehow related to each other, junior-senior bond.

Selain rasa janggal menjadi  so-called senior Tahun 5 yang masih jahil, ada suatu rasa senang hati bila menerima layanan boleh dikatakan first class daripada doktor pakar.

Dah tak kisah bila kena sound atau sindir, tapi begitu terharu bila disoal dan dihargai ketika ward round.

Wah, ko apa hal ?

Entah la, sometimes, perkara kecik macam ni yang kita endahkan, rupanya penting. To be acknowledged, macam Naruto. Walaupun semua tahu Naruto lubuk, tapi tak dapat dinafikan Naruto ada sumbangannya tersendiri, begitulah analogi komik yang mudah.

Seolah olah aku menabur janji janji manis, dan harapan palsu la pulak, but let you guys experience it by yourself, and have your own opinion about that. Seronok itu subjektif, macam rasa sedap dan nampak cantik. Ptuih.

Namun, berkesempatan untuk merasai pengalaman bersama living examples, yang mana senior menghormati junior, dan sikap toleransi dan tidak lokek dalam memberi tunjuk ajar,sedikit sebanyak menyuntik kembali semangat yang hilang, bahawa there are still bunch of good people in this world. Supportive seniors are good for juniors, and it can be done, with passion and patience.

Tak kira apa bidang, jika setiap orang saling menghormati, pasti kesudahannya lebih baik.
Tapi kita selalu bertindak melulu, sebab pengalaman pahit kita, secara tak semena mena, orang lain terkena tempias badainya.

Patutlah, istiqamah tu payah. Istiqamah pada perkara yang baik.
Bukan main main.

Dari satu sudut lain, kebaikan yang dibuat orang lain, membuatkan mata kita terbuka untuk melakukan kebaikan jua. Terinspirasi daripada perbuatan orang, sekurang kurang kita berniat dalam hati untuk berbuat baik jua.
Buat baik ni bukan apa pun, cuma agama yang suruh. Kan ?

Minggu ini juga heboh dengan 20 sen.
Hanya orang yang pakai kereta tahu langit tu tinggi ke rendah.
Tu baru minyak, belum sewa bulanan, cukai, TOL.
Tol yang membuatkan aku rasa nak terbang ada sayap, sebab berpijak atas bumi sendiri pun kena bayar. 
Membuatkan aku selalu termenung jauh, memikirkan the next 5 years ahead. Mampu ke nak milik rumah dengan gaji RM4000 ? Kahwin ? Ada anak ? (mungkin ada yang tak suka aku ckp pasal keluargalah, kahwinlah, tapi, kenyataannya begitulah)

Hakikat pahit kena telan, namun harus tengok orang lain yang kerja lagi kuat, namun gaji tak seberapa berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi.
Bersyukurlah.

Sometimes, zaman materialistik bombastik ni, sehebat mana pun kita, kena ingat rezeki itu Allah yang bagi, bukan kerajaan bukan JPA. Rezeki ni tak perlu banyak, tapi kena berkat. Dari berkat itulah yang mencukupkan keperluan hidup dan mendatangkan ketenangan dalam diri kita. Gaji RM10k pun tapi kaki songlap, takkan cukup punya.
Kalau ada rezeki lebih, kena bayar zakat, atau setidak tidaknya bersedeqah sedikit sebanyak, kongsikan pemberian yang Tuhan bagi kat kita kepada golongan yang memerlukan. Dalam kubur nanti takde lah kena banyak soal, kena belit dek harta sendiri. 

Kalau time susah, family jugak yang kita cari dulu.

   
Ah, mengantuk, hilang idea. Biarlah.
Jadi, take home messages.
You can have best friends as long as you appreciate your other friends, juniors and seniors.
Be helpful.
Study.
Keep motivated. Life is too precious to be wasted on regrets. Move on.
Smile.

Salam.

#ntahpape. MBBS USIM dah ada 9 keturunan semuanya.