...Berlalu...

Salam...

Bangsa Melayu terkenal dengan peribahasanya...

Banyak yang boleh kita pelajari daripada peribahasa tersebut, yang kebanyakkannya datang melalui pengalaman orang-orang tua.

1) Tak kenal maka tak cinta...

Sungguh, aku ingat cakap bahasa Arab sama mudah seperti menulis karangan Arab... Tapi sangkaan aku meleset...
Hujung minggu yang lalu sangat-sangat menguji penguasaan aku dalam bahasa Arab...
Entah hilang ke mana kosa kata Arab, Nahu, Jar wal majrur... Huruf Annasikhah wa af-al annasikhah ketika berbicara...
Yang paling jelas, ilmu aku masih di takuk rendah...
Tapi sangat bahagia kalau dapat bercakap Arab dengan fasih... Membuatkan orang Arab sendiri kagum dengan keupayaan kita menguasai bahasa mereka...
( Bila la aku nak fasih cakap Bahasa Arab dan Inggeris )

2) Susah-susah dahulu... bersenang-senang kemudian...

Pensyarah Fisiologi kami selalu mengingatkan... " Korang kena belajar betul-betul, balik rumah buka buku Ganong... Barulah lekat kat kepala tuh ". Taklah kena bersusah payah masa minggu belajar nanti... Barulah lulus ujian...

3) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian ada jugak manfaatnya...

Aku gembira dapat tengok peningkatan kawan aku sorang nih... Semester lepas, keputusannya taklah seberapa. Tapi hasil daripada itu, dia dah mula belajar, berhenti memikirkan untuk meninggalkan fakulti ni... dan dia terus mara ke depan, keputusannya jauh lebih baik dari aku... Alhamdulillah...
( Masalah sekarang aku pula yang tertinggal di belakang )

4) Biar bodoh bersuluh, jangan bijak terpijak...

Kalau dah tak tahu sangat jawapan... tanyalah orang lain... beranikan diri untuk bertanya kepada yang arif...
( Aku suka tutorial, paling suka masa dengar jawapan dari orang lain )

5) Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...

Entah macam mana, rezeki Allah swt, dapat terlepas ke suku akhir la pulak... Kena bersedia untuk menghadapi kumpulan yang hebat-hebat.

6) Jangan bila nak terberak, baru mencari tandas...

Lain kali siapkan kertas kerja awal-awal, tak la gelabah masa nak mempersembahkan tajuk kajian nanti...

7) Don't judge a book by its cover...

Kalau tengok pendebat yang ketiga tu senyap je... Ayu je nampak... Macam penuh lemah lembut... Berwaspadalah untuk dibidas oleh beliau sebidas-bidasnya...
8) Masa ibarat emas, Silap bajet rugi...

7 minit ibarat setengah jam bagi aku... Biar terlebih tapi jangan terkurang... Rugi markah nanti...

9) Dari mata turun ke hati...

Kadang-kadang kita sangat terpengaruh ( psiko ) dengan gaya bahasa badan orang lain... Padahal takde ape makna pun, terutamanya dalam debat.

Salam...

Pergi...

Salam...

Semalam adalah hari yang menyedihkan bagi aku...

Telah lama aku bersama dia, tapi akhirnya kami berpisah juga...

2 dan 3 tahun kami bersatu tenaga menempuh hari-hari yang mendatang...

Senang susah kami kongsi bersama...

Ketika aku berDuka atau gembira dia tetap setia, meneguhkan rasa kasih aku kepadanya...

Walau dicela atau ditohmah... Aku tak ambil endah...

Betullah cinta itu buta dan membutakan...

Yang penting, aku sayang dia dan aku rasa bahagia...

Semakin hari semakin sayang... Masa berlalu terlalu pantas...

Entah silap siapa, tapi aku yakin bukan dia yang menginginkannya...

Tiba jua saat yang aku bimbangkan... Akhirnya dia PERGI jua...

Oh, pedih hati ini... Ibarat sembilu ditusuk-tusuk ke qalbuku...

Dia pergi di saat aku memerlukan... Di saat-saat aku kesunyian...

Tapi, aku tak mampu menghalang pemergiannya... Namun aku tetap selitkan doa untuk keselamatannya...

Sekarang aku meraba-raba dalam kegelapan, mengharap agar ada sinar di sebalik semua ini...

Walaupun aku faham peribahasa patah tumbuh, hilang berganti...

Aku masih memerlukan dia, dan aku mengharapkan yang menggantikan tempatnya adalah seperti dia juga... Tiada lain melainkan dia... Oh !

Hari ini aku gagahkan diri menempuh hari yang baru... Tanpa dia, di sisiku lagi...

Mungkin ini cubaan Tuhan kepada aku... Supaya menghargai segala yang ada... Mengasihi sekalian manusia...

Aku redho......

Salam...

P/s : Tribute buat Handset Nokiaku yang hilang bersama Sim CArd Sekali... Gone with nature calls...

This is absolutely good...

Salam... Simple post today...

Hehehe...

Pada hari Jumaat yang lalu - 26 Februari, kakakku yang ke-4...

Kahwin... Beres, semuanya selesai dengan baik...

Sekali akad lafaz je tuh, teror gak abang ipar aku... 'Speak and go' lah katakan...

Kelmarin, barulah diadakan kenduri kesyukuran, yang berbeza dengan walimatul urus...

Maknanya mak dan ayah aku tak amik duit lah... takde la salam2 'berisi' nih...

Tapi yang bestnya, kakak aku yang ke-3, sakit nak bersalin pula time pagi tuh... Dia menguruskan bab-bab hantaran ni... Tapi no hal lah sebab semuanya dah beres...

Jadi, abang ipar aku yang ke-3, pergi menghantar isterinya ke hospital HSNZ... Ditemani oleh ibu dan bapanya...

Dalam pukul 2 petang gitu... Disahkan bahawa aku dapat anak sedara baru, girl-girl gitu...

Bak kata pepatah, Pucuk dicita ulam mendatang... Sambil menyelam, sambil minum air...

Sambil kenduri sambut menantu, sambil tu dapat cucu baru...

Rezeki2... Alhamdulillah... Syukur...

Okay then...

Salam...

p/s : Oleh kerana kejahilan teknologi yang melampau, sebarang image tidak dapat disertakan sekali... hahaha...