Cepatnya Masa Yang Panjang Itu

Salam,

Betapa saya menunggu-nunggu masa ini... Lamanya saya menunggu, cukup sebulan. Maklumlah, saya masih belajar erti mengurus masa yang baik, nampak nyata gagal dengan jayanya. Tidur, tidur, tidur.... orang kata saya suka tidur dalam kelas, memang saya tidur, tapi bukan kerana saya suka. (Pertahan diri)

Okey, kembali pada topik...

Cepatnya masa dan kerana darah muda, semuanya mahu yang pantas-pantas, pantang lembab sedikit pasti dikritik. 
Kerana cepatnya masa, cepat juga naik darahnya.

Di jalanraya, yang memandu dengan "hemah" pasti dihon, dikeji dan dimaki. Tertanya-tanya mana pusat memandu yang mengajar.
Kerana cepatnya masa, ada yang menyelit-nyelit dengan selamba, persetankan makian, pedulikan kata orang, yang penting, "Aku kena sampai dulu, aku kena ontime. (Jaga masa) "
Sedih juga, kerana cepatnya masa, kewarasan akal sering ter'tinggal'. Cuai. Berdegum di sana, berdegum di sini.

Ops, baru perasan ini bukan pasal cepatnya masa, tapi sikap G.E.L.O.J.O.H.

Gelojoh ketika makan, tercekik, tersedak dan sebagainya.
Gelojoh ketika memandu, tercalar, terkemek. (Ter-mati, mintak jauh.)
Gelojoh ketika belajar, 'mungkin' ilmu bercelaru. Tidak bagi golongan genius.
Gelojoh ketika buat sesuatu, pasti kelam kabut.
Gelojoh ketika membuat tafsiran, buruk sangka.
Gelojoh ketika solat, mungkin solat tak diterima. (Tomakninah tak dijaga)
Gelojoh ketika membaca Quran, tertukar baris sekali sekala. Tidak bagi yang Mahir.
Gelojoh ketika tidur, erm... erm... tak ada kot.

Gelojoh dalam membaca blog, mungkin tak paham langsung isi kandungannya apa. Hehe.

Buat apa post panjang-panjang nie ? Bukan apa, saja nak ingatkan diri sendiri. Yang kononnya Generasi Y, nak pantas segala. Tapi harus berwaspada, cepat-cepat juga, tapi jangan gelojoh. Jangan diturut sangat darah yang membuak itu, takut kesan buruk mengatasi kesan yang baik. 

Belajar untuk mengawal emosi, stabilkan pemikiran, dan tajamkan mata hati. Belajar untuk menghargai dan bersyukur mungkin antara keperluan utama buat masa ini. Menghadiri majlis ilmu, berdamping dengan orang yang baik dan soleh serta selalu membaca alQuran antara ibu kunci mendapat panduan hidup yang baik. Sejahtera di dunia, bahagia selamanya di akhirat. Alangkah seronoknya.

Jangan kerana gelojoh inginkan nikmat dunia, hilang rindu pada nikmat akhirat yang kekal abadi, hilang malu pada Tuhan Pemilik segala nikmat kurnia. Jangan tertipu dengan slogan, " Kau masih muda,hidup masih panjang". Sedangkan cepat mati itu, faktornya beribu-ribu. Kita kena cepat bertindak, kerana alasan " Cepatnya masa" tidak banyak membantu. Kita semua sedang berumur. (Menuju tua).

Habis, gelojoh tu ape ? (antonim sabar)

Terima kasih luangkan masa.

Bernafsu Besar


Salam, tadi setelah bermain futsal dengan bersungguh-sungguh, saya terlintas untuk berkongsi satu coretan, yang kebanyakkan anda semua sudah baca, tapi tak mengapa.

Cerita ini sesuai dengan jiwa LELAKI, jadi jangan ambil hati wahai wanita, gantikan 'isteri' dalam cerita ini dengan kekasih, ataupun kekasih gelap, ( hey ! ).... Okey2, cerita je pun, kalau nak feel lebih, buat-buat anda ni macam lelaki. ( ???)

Okey2 fine, nampak butang pangkah atas kanan tu, tekan. Please kindly lend me your eyes. 

Alkisah,

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.


Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya EMPAT orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? ” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAmA adalah JIWA dan AMAL kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi ke manapun kita melangkah. 


Ulasan Peribadi,


Entri ini nampak remeh sahaja, nampak melalut-lalut. Tapi, saya terasa semacam tadi, sebab aku sungguh-sunggguh menjaga isteri ke-4, yang pasti dimamah tanah bila ajal tiba. 


Seringkali kita diingatkan, berbekallah kamu... berbekallah kamu... perjalanan mu masih jauh. Namun, sebab nikmaaatnya dunia, kita sering 'ter'lupa dan 'lupa', dan secara tak langsung 'melupakan' dengan sengaja, bahawa penamat segalanya bukan di dunia yang fana ini.


Kalau kerja ada pencen, 60, 62 dan yang terbaru 64 tahun wajib berhenti. Habis cerita. 


Tapi kalau hidup, suatu hari pasti mati, namun kita akan dibangkitkan kembali. Untuk selesaikan cerita-cerita yang tertunggak di kala hidup. Haduh, haduh dan haduh. Celaka, celaka dan celakalah. Syurgakah ? Maka, bergembiralah wajah-wajah. Nerakah ? Maka suramlah wajah-wajah dengan penuh sesal, barulah terasa untungnya menjadi tanah. 


Jadi, bersedialah... sedia dengan apa ? Dengan bekal. Bekal apa ? Kita sendiri tentukan. Sesiapa yang mencari jalan keredhaan akan dipermudahkan, dan sesiapa yang mencari jalan yang tidak benar, dia akan menjumpainya juga. Takut, jika jalan itu tiada lagi tempat untuk U-turn.     



So, Ladies and gentlemen, ini bukan cerita setakat masalah rumah tangga. Ianya kenyataan pahit yang kelat wajib ditelan. 


Ada berani untuk mengabaikan yang 'isteri' ke-satu ? 


p/s : Jika berkesempatan sila rujuk, An-nisa', ayat 3. 
(Siapa cakap Islam tak adil ? See, dalam satu ayat sekaligus.-AMAT2 disarankan rujuk para ustaz untuk perbahasan lagi dalam. Saya harap korang faham. Salah faham berdosa saya.) 


Copy paste dari Diarihati.com. Perkara baik perlu dicanang2kan. Bukan untuk riak atau sum'ah, tapi untuk mengambil teladan serba sedikit. 

Kerana microb.

Salam.

Niat di hati bukan taknak update. Tapi apakan daya tiada isi untuk dikongsi.

Masa ada tiga.

Masa lalu.

Masa sekarang.

Masa akan datang.

Cabaran pada masa hadapan, kenangan di masa lalu.

Cuti yang menarik, dan penat juga menjelajah.

Syawal yang menarik, Alhamdulillah. Semuanya semakin ke arah positif.

Sem baru yang menarik. Dah rindu untuk mendengar lecture, walaupun selalu tewas dengan orbicularis occuli.

Nak cerita semuanya sekali secara details di sini, tak sempat kot.

Tahun 3 sudah, separuh jalan lagi. Kena sedar, umur dah meningkat, semakin berusia, semakin senior compared to juniors. Tapi masih banyak yang perlu dipelajari. Hak jiran, hak sahabat, hak kaum kerabat kena seiring dijaga dan dipelihara, bukan setakat kertas putih penunjuk CGPA sahaja.

Hari baru yang haru biru, boleh diatasi dengan sikap positif + husnu zon yang nampak kurang munasabah.

P/s : Patho, Pharma, Parasit, CH here i come.
Microb, sampai hati awak buat saya macam ni hari nie.