Pembuli perasan

Salam...

Cuti kali ning sungguh lapang raser, senang hati... Memang dop bowok buku wat alek, sebab tahu doh kalu wak alek pun dop bace gop... alang-alang cuti seminggu... biar rehat ke otok sikek.

Tapi ambe ning balik kapung, duk perap dalang umoh jugok. Dop bersosial mane lah kate orang. Jupe tepi jalang tegur jugop tapinye, dop la masang cetum. Lame doh dop duduk bual tepi jalan, sembang-sembang nge geng. Nak wak gane, takdop modal sungguh nak sembang mende.

Time duk rumoh duk saje tuh, duk mikir... oloh, ruginye aku dop berkhidmat langsung ke masyarakat. Dop beri sumbangan mende-mende pun. Harap-harap masa depan ni bile kerje, boleh wi manfaat lebih jugok ke masyarakat. Bukan setakat keje, makan gaji sekor... wat rumoh besor-besor... tapi jirang sekampung hop kene bale dop ditolong langsum. Doh nop tolong guane, jiran pung memang dop rajin nok kenal... bahang sekor lajok.


Hari ning, kite letih bile tengok tivi, bace suratkabor. Letih bukan mende, letih nop layan sesetengoh golongan ning. Bagi aku lah, raser macam kene bod-do sokmo... kene kencing mudoh kate.

Orang ade royak lah, tapi aku setuju jugok sebenornye... bahawa negara A nie, ade 2 sistem kehakiman. ( negara A mane pulok ???? )... 2 sistem guane ? sistem sivil se, sistem shariah se ke guane ? Bukang hop tue, ye macam sistem pilih kasih. Berat sebeloh lajok. Buleh kate macam satu pihok tuh kene buli, se pihok lagi memang bapok buli lah.

Oloh, sedih... sedih sungguh... sek pembuli ning power lebih sokmo... Ye bijok, x bodo, buleh pusing kokning, pusing koknung, biar napok hop ye wak tu betul. Sedih lagi ramai hop caye meruk bende2 hop ye royak tuh....

Hop terkini lah, die buleh royak hop ye wi tu 'sumbangan' dari sek ye... Padahal jauh menjadi 'tanggungjawab' sebenar-benarnya... Bukan dari poket duit sep ye pun... Pahtu, kite disuruh bersyukur, jangan jadi derhaka....

Bandingan mudoh gining lah, seorang guru suruh anak murid buat kerja sekolah, pahtu bila anak murid ni siapkan kerja sekolah... dia dengan tak malu bagitau kat cikgu tuh... cikgu, sila berterima kasih pada saya yang buat kerja sekolah ni... Tak logik kan. Memang dah kerja seorang murid untuk buat kerja sekolah kan.
Lainlah  kalau, murid tu bantu cikgu cat bilik kelas ke... menghias taman sekolah ke... memang patutlah cikgu tuh berterima kasih pada murid yang sudi menolong itu. Sila bezakan tanggungjawab dan sumbangan... Tapi orang yang perasan selalu kabur dalam hal ni. memang kena tulis bm baku, takut tak paham.


Wahai pembuli, cukup-cukuplah gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk membuli orang lain... Kamu ingat kamu bagus, tapi orang dengan tak sedar akan naik muak, menyampah bahkan membenci kamu. Yang kurang cerdik sahaja yang akan menyokong, tu pun sebab mereka dapat bahagian keuntungan mereka. 

Mengaibkan, memfitnah, memperbodohkan orang, tapi sebab kamu punya segala saluran, kamu jadi kebal dari kesalahan undang-undang. Sampai undang-undang pun dah tak dipercayai sekarang akibat golongan kamu. Kamu perasan sungguh bila dapat buat kebaikan, sebab bukan senang untuk merealisasikan sesuatu yang murni... Kamu perasan, orang akan nampak kebaikan pada kamu. Tapi memanglah orang tak marah kebaikan yang kau buat, tapi orang menyampah dengan kejahatan kamu. 

Aku tulis post kali nie, penuh dengan rasa geram... emosi.... kerana sedih, bila tengok orang yang dibuli tak terbela sungguh dengan undang-undang sendiri pun... aku yakin, bukan aku sorang yang berasa demikian. Lain lah bagi mereka yang memang dah lama hilang rasa hati perut.

Yang hina diangkat, yang mulia diaibkan sebegitu teruk... sampainya hati... sedih, sedih sungguh rasa. Tambah beribu kali sedih, yang dikutuk yang difitnah, ialah golongan ulama... mereka yang jahil tak tahu agama, bertepuk sorak gembira, lantang menyebut, " Tengok tu, harap je pakai serban kopiah, tapi sesat !". Stigma masyarakat sekarang begitu teruk terhadap golongan ulama. Stigma yang ditanam, dan dididik.... Ulama dilaga-lagakan. Yang jahil terus gembira, seolah-olah memberi greenlight dan pasport visa untuk terus menjauhi agama, kerana disangka ulama pun hidup dalam kecelaruan pada hakikat. Ulama ni tak betul, ulama tu sesat. Senang cerita sendiri buat hal masing-masing lah.... kubur lain-lain bro.
Masyarakat tidak lagi harmoni dan mesra ulamak, hancurlah masa depan.


Sudi saya mengingatkan, cara pembuli sebegini adalah mirip konsep penjajahan, opss, bukan conquer tapi residency. Tak sedar ke ? ( Ni pun salah satu isu yang diputarbelit, menyampah !) 

okey, cukup setakat nie..... terima kasih kerana sudi membaca leteran.Terima kasih kepada pemberi pinjam laptop.  


p/s : Bau pru semakin hampir, banyaklah 'sumbangan' dari pihak yang selalu perasan. Kasi hentam sekali pru nih. Jangan jadi bodoh tak mengundi langsung. Who eat the cili, feeling hot lah !!! Chow dulu... miow miow.

Pencapaian

Salam,

Seronok sebab selamat sampai kampung halaman. Alhamdulillah. Orang kata, kampung kau bukan ada ape pun... Tak kisah lah. Seronok sebab nilai memori itu, mengalir macam adrenalin dalam darah. Walaupun, memang ada satu rasa kosong yang amat. Rindu. Dalam 2 minggu lagi, mungkin genap setahun. 

Di sebalik minda meracau memikirkan jawapan dalam dewan, sesetengahnya lebih fantasi berbanding fakta, hentam sahajalah, sedikit rasa gembira dan syukur timbul, sebab dah tulis nombor 3 untuk kotak - tahun pengajian. Pejam celik pejam celik sahaja. Boleh dikira sebagai pencapaian juga lah. Walaupun tak sehebat rakan-rakan yang lain dari segi keputusan markah.

Erm, kadang-kadang nikmat yang kita perolehi, bukan setakat untuk kesenangan dan kelegaan kita semata-mata. 

Kalau kita sihat, seharusnya kita membantu mereka yang kurang upaya.
Kalau kita kaya, seharusnya kita membantu mereka yang kesempitan.
Kalau kita berilmu, seharusnya kita membantu mereka yang kejahilan. 
Kalau kita berkereta, seharusnya kita menumpangkan orang jika diperlukan. 

Biar nikmat yang ada pada kita, dapat dirasai oleh orang lain jua sedikit sebanyak. Hidup ini macam roda, kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Hari ini kita untung, esok mungkin kita rugi. Apa salahnya kalau kita berkongsi. Moga-moga, rahmat semakin terbuka luas. Atau setidak-tidaknya, kita tidak menjemput nilai cemburu dan busuk hati dari orang sekeliling kita. Barulah harmoni hidup.

Okey, sekian sahaja. Wassalam. 

p/s : Dengar lagu A thousand Year, sambil memotong kereta yang si isteri sedang menyuap si suami adalah tindakan yang kurang bijak. KAHKAHKAH. Rasa macam loser.

Ambik hang !

Salam...

Post pertama di tahun baru, 2012... Huhuhuhu... Setinggi-tinggi perhargaan kepada en. Wafiy yang sudi memberi tunjuk ajar pada suatu masa dulu... sehingga aku pun dengan berbesar hatinya terbuka hati untuk menulis blog. Ada kawan-kawan yang masih tegar menulis blog, ada juga yang dah tawar hati, membiarkan blog sepi tanpa entri.... Ikut suka merekalah kan, blog mereka kan.

Semalam ada ujian Patologi, fuh, memang tingginya Pluto dari Bumi. Tapi, kena terus optimis...

Rasa macam perlu untuk lepaskan stres... Rasa ketagih pun ada....


Bila tengok senior main, ooo... baru nampak, ada teknik dan tips-tips mudah untuk jadi bowler yang baik, straight bowler i mean... lantaklah hudoh bebenor stylenya... yang penting strike, banding yang baling curve tapi masuk longkang... ahahaha... (mode-gurau ni)
Tapi biasalah, cakap lebat, cakap tak serupa bikin.  

Pepatah ROM ada mengatakan, jika nak kekal aman, mesti bersiap sedia untuk perang....

Suntzu pula berkata,

Jika anda tahu kekuatan dan kelemahan diri, anda takkan tewas,
Jika anda tahu kekuatan diri, dan kelemahan musuh.... anda akan menang.
Jika anda TAK tahu keupayaan diri, dan keupayaan musuh... konfem2 anda akan tewas.

Jadi, setakat ni, boleh la kaitkan...

Kita belajar Microbiology dan Parasitology untuk memahami keupayaan dan kelemahan musuh-musuh,
Pathology untuk mengetahui kelemahan, dan Pharmacology untuk mengenal pasti kekuatan...

Erm, satu lagi Community Health, erm... erm, mungkin untuk menambah kekuatan jugak kot. 

Saje2 je ni, berfalsafah sikit di malam buta.

Okeh, good nite.

Wassalam.

p/s : Usaha untuk mendapat 5A adalah berbeza dengan usaha nak lulus, walau bagaimanapun, enggan berusaha berkemungkinan besar untuk gagal... Ada hikmah atas segalanya.