"Nak tolong orang"

Salam.

Selepas posting ortho yang membahagiakan,
posting paediatrik yang mengujakan, dan posting internal medicine yang meletihkan.

Kenapa double standard ngan medicine? Bukan double standard tapi ni alasan orang tak pandai.
Awesome lecturers and endless medical knowledge betul betul meletihkan minda.

I want to be in this part of so called medicine.
Nak tolong orang.
Carrying my late mother's wish, my father's dream, and childhood ambition, I thought that these should be enough to be my inspiration to persevere.

Ibarat baru tahu tinggi langit dari bumi, semangat yang ada dimamah perlahan lahan sepanjang perjalanan yang panjang dan mungkin tak berkesudahan ini. Persis kayu kayan dimakan api.

Tidak keterlaluan jika tak salah untuk menganggap medicine is choice of life. Way of life, rather than a mere sort of career.
Amboi, taksub sangat ko ni. Ha ah, taksub. Bukan, menjiwai watak sementara di dunia yang fana ini.



I had meet many comments like above.
Bahan uji kaji dr pelatih.
Like kene tikam dengan buluh sembilu. Ditikam di tapak kaki hingga tiada bernyawa lagi. Patah hati retak seribu. Berderai. 

Kalau preklinikal mungkin tak rasa pape, tapi bila ko pergi wad hari hari dan try ambik venepuncture pun tak dapat, ABG pun tak dapat, above comment merupakan semboyan perang kepada dunia dr pelatih. Dan ko dihimpit perasaan bersalah sampai ko tidur bermimpikan pesakit yang marah.

Nak belajar, pada masa yang sama taknak pesakit salah faham, mereka bukan bahan uji kaji.
Worst scenario, nanti pesakit tak bagi langsung kau sentuh, nak doktor-doktor yang berpengalaman je, yang sebenarnya bermula dengan kosong jua.
Dunia tak aman. Akan berkonflik dan bertelagah sampai kiamat, kaum pesakit dan kaum perawat.
Lain lah kalau berkesempatan boleh merasa sehari dua, doktor jadi pesakit yang dilayan macam sampah, dan pesakit jadi doktor yang tak tahu siang ke malam, yang pasti kena marah dan maki serta dituduh lembik.
Biar 2 2 sedar, yang kedua duanya rupanya asal jenis yang sama, manusia. Yang tak lari dari emosi, salah dan silap. 

Jadi jawapannya, mutual respect. Tak boleh acuh tak acuh. Masa ko nak put effort ni lah, syaitan bertanduk datang mengacau, alah, buat ala kadar je, janji lepas posting. 2 bulan je. Yelah, salahkan syaitan semaksima mungkin padahal keputusan di tangan kita jua. Ops, aku.

Integriti, rasa bertanggung jawab, dan empati harus subur dan mekar sebelum MBBS dan gelaran Dr layak diberi. Bukan mengangkat tinggi darjat Dr tapi nak menyedarkan betapa great title comes with great responsibility.
Ini tidak bermakna karier lain boleh dicemari nilai nilai songsang, cuma lain padang lain belalang. Ada selok belok dan rahsianya tersendiri takkanlah yang buta nak menunjuk jalan kepada yang celik, kan ?

Ya, jika difikir terlalu mendalam, boleh gila dibuatnya.
Tapi itulah hakikat hamba, tak mampu ke mana tanpa izin Tuan nya. 
Moga doa dan tawakkal secara total kepada Rabbu Jalil jualah yang memimpin dan terus menetapkan jiwa kita di jalan yang benar. 
Dikuatkan hati untuk menempuh perjalanan yang tak lagi panjang, supaya boleh benar benar berehat di alam kekal kelak. 

Tak perlu sehebat Superman, tak perlu sekuat Ironman, cukuplah istiqamah menjaga amanah, untuk menjadi doktor yang bukan sahaja selamat, bahkan dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Fardu kifayah.
May Allah bless us and grant us good endings and Jannah. Ameen.

#mohonperasanayatyangberbungabunga
#tempiaspsychiatricdoctor

Memaknakan kehidupan yang fana

Assalamualaikum.

Semakin aku berumur, semakin berusia (lah kononnya),
semakin kerap aku dapati, dan pelajari beberapa isu-isu yang penting. (Aku rasa lah)

Hakikat yang sebenarnya Allah swt, Yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang telah mengurniakan kepada kita akal fikiran.

Akal fikiran yang begitu kompleks, mengatasi dan menafikan teori teori saintis Barat, yang nak menarik kita dari agama yang suci ini.

Bagaimana mungkin asal nenek moyang kita adalah Spongebobs dan orang utan, evolusi yang berlaku secara semula jadi, secara kebetulan lalu terbentuk sel-sel otak yang saling berhubung hingga mewujudkan dimensi pemikiran itu sendiri.

SubhanAllah, sudah tentu ada kuasa agung yang tertinggi di sebalik penciptaan manusia itu.

Dan Alhamdulillah, beruntunglah siapa yang sudah mendapat Islam pada awalnya, lalu dia tidak perlu lagi memikirkan hakikat penciptaan dan keberadaannya di atas muka bumi, tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi hamba kepada Tuhan Yang Esa dan hakikat dunia ini hanyalah persinggahan, akhirat jua kekal abadi.





Sejarah telah membuktikan, betapa manusia itu celaru dalam pemikiran mereka sendiri. Pemikiran sesetengah kelompok manusia berbeza dan kadang kadang menongkah arus dengan pemikiran sesetengah kelompok manusia yang lainnya.

Hitler dengan semangat Nazi atau fasis, semangat kebangsaan bangsa Aryan sebagai pemerintah dunia akhirnya dibayar dengan darah Perang Dunia Kedua yang mengorbankan banyak nyawa. Beliau sendiri akhirnya dikatakan membunuh diri pada saat saat Red Army menjatuhkan Berlin sekaligus menamatkan Perang Dunia tersebut. Gagal.

Pada zaman sekarang, puak puak kapitalis masih bertelagah dengan puak komunis. Namun, permasalahan masih lagi timbul. Soviet Union yang berdiri atas dasar komunis pun akhirnya dibubarkan kepada negara negara kecil.

Kapitalis yang juga sinonim dengan laungan demokrasi begitu berbangga, namun kesan buruk mula dirasai, permasalahan masih timbul. Jurang miskin dan kaya begitu jauh. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin.

Ironinya, negara demokrasi seperti Amerika Syarikat, land of dreams dalam sejarah terpalit kisah,
yang menceritakan apabila taikun-taikun besar, seperti John D. Rockefeller yang selalu bertelagah sesama mereka terpaksa bekerjasama dalam menaja calon Presiden AS yang menyebelahi mereka, kerana calon Presiden AS yang seorang lagi sibuk dengan idea mahu membahagi-bahagikan kekayaan secara sama rata, dan menentang monopoli dan penindasan kepada rakyat bawahan. Ironi yang kedua, calon Presiden AS yang ditaja taikun itu yang menang sebab para pekerja ditakutkan dengan amaran akan dibuang kerja dan kempen presiden begitu hebat kerana duit banyak.

I knew this while watching History Channel, The_Men_Who_Built_America, few days after 5 May 2013, and it really made my day.
I smiled to grin, realising the cycle had happened since decades ago. Kitaran manusia.

Tapi, berita baik untuk AS, Rockdefeller Jr dengan kekayaan yang melimpah ruah, menjadi seorang yang  philanthropik, dan menubuhkan yayasan dan menaja American Red Cross lagi.

Kesimpulannya di sini, begitu ramai manusia berfikir dengan pelbagai idea, ada yang baik ada yang buruk, pada umumnya ingin memberikan manfaat sesama manusia.
Namun, idea idea ini kadang kadang bercanggah sesama mereka hingga tiada penyelesaian yang sempurna dan total yang adil untuk semua.

Sekarang dengan dunia internet tanpa sempadan dan di hujung jari, idea idea yang pelik dan tidak pelik bertebaran di muka bumi dengan sekali tekan, atau pun tertekan.

Bila hidup lama ni, kita akan dapati, sifat-sifat manusia itu sangat terpengaruh dengan suasana sekeliling.
Kata orang mainstream ke tidak. Kalau mainstream kira ok, tak mainstream kira tak ok.
Dulu pakai jeans, sekarang perempuan pakai skirt je. Dulu perempuan tak merokok, sekarang tak, dah ramai merokok. Dulu couple tak boleh. Sekarang kalau tak couple, " Eh, kau biar benar ? "

Pada waktu yang sama, ada yang golongan yang memperjuangkan ideologi masing-masing.
Ada yang memperjuangkan kesama rataan antara lelaki dan wanita.
Masih ramai yang memperjuangkan bangsa, darah daging sendiri.
Ada yang memperjuangkan hidup tak perlu agama. Agama ini candu kata mereka, membantutkan pemikiran.
Ada yang memilih untuk beragama sahaja, dunia hanyalah dunia.
The same cycle macam fasis, komunis dan kapitalis, akan gagal, ataupun memberi manfaat kepada sesetengah manusia sahaja pada waktu yang sama memudaratkan yang lainnya.

Namun, Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, 1400 tahun yang lalu, adalah agama yang meliputi segenap aspek. Syumul, rahmatan lil'alamin. Pelbagai aspek kehidupan hinggalah bab ibadah.

Cuma umat Islam yang tidak menjiwai ajaran yang dibawa Baginda s.a.w.
Islam diibaratkan hanyalah pada akad nikah kahwin, sembahyang, puasa dan bila mati kena masuk kubur orang Islam.

Yang lagi sedih, orang Islam sendiri yang memberi imej buruk pada agama sendiri, yang dia sebenarnya tidak tahu hujung pangkalnya.

Banyak salah faham yang timbul terutamanya pada zaman sekarang.
Ada orang Islam yang lebih tertarik pada pluralisme, liberalisme dan segala jenis -isme -isme yang akhirnya tidak memberi jawapan yang total kepada makna kehidupan seseorang.

Dan hakikat iman itu perlu dilahirkan secara lafaz dan perbuatan fizikal yang praktikal.

Antara perkara yang wajib diimani oleh umat Islam adalah percaya kepada ke-esaan Allah swt dan Hari Akhirat.
Secara mudahnya, kita ini bertuhan. Dan kita akan kembali ke suatu tempat untuk diadili kelak.
Islam bukan sahaja mengajar umatnya untuk menjadi penganut yang taat, bahkan menjadi seorang manusia yang cakna serta bertanggungjawab kepada manusia lain.

Islam sudah menggariskan tanggungjawab lelaki untuk melindungi kaum wanita, tanggungjawab ibubapa kepada anak, dan tanggungjawab anak kepada ibubapa, dan tidak lupa juga menjelaskan hak orang miskin terhadap orang kaya, iaitu zakat. Penyelesaian ekonomi bagi permasalahan kapitalis dan komunis yang sudah lama ada sebenarnya. 

Islam memberi jawapan kepada mereka yang mahu mencari agama, yang mahu mencari kedamaian, yang mahu mencari kesaksamaan dan keadilan dan yang paling penting, kepada mereka yang mahu mencari makna dalam kehidupan tanpa mengurangkansedikit pun sifat-sifat manusia itu sendiri.
Tidak perlu duduk bertapa di gua jauh dari orang dan boleh berkahwin.

Islam dah lama menentang kebatilan, kezaliman dan nafsu kebendaan semata-mata.
Penguasa ada hak atas rakyat, namun rakyat juga ada hak atas para penguasa.

Banyak lagi yang boleh dihuraikan tentang kesyumulan dan keindahan Islam, namun saya sarankan anda sendiri membaca usul 20, karangan Imam Hasan al-Banna, mujaddid yang syahid. Di dalamnya, diterangkan secara panjang lebar akan dasar-dasar Islam sekaligus membetulkan salah faham dalam agama yang sudah lama berleluasa.

Kita hidup di dunia bukan robot, hidup atas aturan hidup yang dirancang oleh orang lain.
Kita hidup untuk mencari bekal amal, untuk dibawa kembali untuk kehidupan yang abadi. Ibarat datang ke ladang untuk menanam, untuk menuai dan menikmati hasil tuaian pada suatu masa kita dipanggil Rabbul Jalil.

Dan akhirnya takat kejayaan yang sebenar-benarnya bukan ditentukan pada banyak A dalam peperiksaan, ataupun banyak duit dalam simpanan, bukan juga banyak pangkat dan gelaran, tetapi siapa yang paling bertaqwa kepada Allah swt.
Kembali pada soal iman, dan sejauh mana pembuktian keimanan kita itu.

Jika baik amalan yang dibuat, baiklah bekalannya nanti. Jika buruk amalan, buruklah bekalannya nanti.

Akhir kalam, dalam pertembungan ideologi yang begitu meruncing,
anda akan dapati :

Ada orang yang baik, dan ideanya juga baik.
Ada orang baik, tapi ideanya tak berapa baik.
Ada orang tak baik, tapi idea baik.
Ada orang tak baik, dan ideanya tak baik merosak punah ranah jahannnam !

Hati-hati dalam memilih.
Pilihlah idea yang baik.
Manusia yang baik pun kadang kadang tersalah.

Semoga kita semua thabit pada jalan yang benar. Dan mendapat husnul khatimah hendaknya. Amin.

Moga mesej baik yang aku nak sampaikan sampai. Kalau tersalah mesej, rujuklah orang yang lagi bijak pandai.

2014

Assalamualaikum.

2014. Tahun baru. Kalau panjang umur, 24 tahun la tahun ni insyaAllah.

2013 dah berlalu. Dah hampir 3 bulan tak update, seboleh bolehnya taknak la blog ni mati.

Beginilah kehidupan.
Lepas posting ke posting, pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru.

Tunggu 1 tahun setengah lagi sebelum jadi HO, insyaAllah.
So, azam tahun baru ape ? Nak jadi better student ? Konon konon nya. HUhu...
Too mainstream, tapi dah tua masih banyak yang lompong.

Despite pahit maung dalam belajar medik ni, tak boleh untuk pandang sebelah mata dunia luar.
Dunia sekeliling, masyarakat sekeliling.

Apa yang dipangkah pada Mei 2013 dah membuahkan hasil, dan kena tabahlah untuk beberapa tahun lagi. Tapi, seriusli, aku agak bimbang masa depan Malaysia, dengan simptom simptom pembendaharaan negara yang sempit, can we survive another few years ?
Bolehkah Wawasan 2020 yang dicanang canangkan akan tercapai ?

Satu perkara yang membuatkan aku tertanya tanya, ada kerja ke untuk aku nanti ?
Fuh, hakikat pahit yang kena ditelan.

Kalau takde kerja, macam mana ? Nak kerja apa pulak. Macam macam bayangan bermain di fikiran.

Huh...

Banyak sangat fikir. Habis, takkan tak fikir kan. Kadang kadang rasa selfish sebab fikir pasal diri sendiri banyak sangat.

Tengok Syria. Tengok Mesir.
Tunduk malu.

Konflik dalam konflik.



Tak dapat nak bayangkan kesengsaraan jiwa dan raga umat di sana.
Hanya doa yang mampu dikirimkan.





Whatever it is, for sure 2014 akan tersimpan seribu kejutan untuk kita.
Keep calm and steady.
Dan aku rasa bersyukur sangat sebab kakak kakak dah dapat setel down dengan family masing masing dengan aman dan harmoni hendaknya setelah sekian lama ber-PJJ.

Perhubungan jarak jauh, realiti dan cabaran pasangan muda zaman sekarang. Kena bersedia lah. Huhu.

Doakan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, kawan kawan dan seluruh umat Islam di segenap pelusuk dunia, terutamanya, Palestin, Syria Mesir dan lain lain.

Hakikat kehidupan dunia yang perit adalah realiti pahit yang perlu ditelan, namun kita dijanjikan yang terbaik selepas kehidupan ini. Yang terbaik dan lagi kekal berbanding dunia yang fana.
Keep dreaming dan buat kerja kita, moga Allah sahajalah yang akan membalasnya kelak.
Allah tak mungkiri janji pada hamba-hambaNya.