Macam membebel

Assalamualaikum.

Baru selesai mendengar bajet 2015.

Tak tahu nak komen apa, tapi sangat tak setuju bila syarat kemasukan dan graduasi dinaikkan.

Band 5. Band 5 ni bahasa Inggeris kene berterabur, cair di mulut.

Mengarut dan membebankan.

The next question is, does a Band 5 doctor makes a better doctor ?

Memang kalahlah aku nak berdebat dengan insan-insan yang terer BI akan kepentingan bahasa Inggeris, tapi yang aku pinta, cuba realistik sikit bila buat cadangan.

Aku nampak kelebihan mengaji dalam Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahkan aku generasi pertama yang melalui fasa pembaharuan tersebut.

Namun, aku budak kampung, duduk di kampung, dengan mata kepala sendiri melihat kawan-kawan yang bersekolah luar bandar, hanya membawa buku, kadang-kadang tak bawa apa -apa sebab kelas belajar dalam bahasa Inggeris. Tak faham apa-apa.

Alih-alih, keluar keputusan SPM, pencapaian Bahasa Inggeris meningkat !

Nak kata kencing tak kencing, nak kata menipu tak menipu.

Siapa yang tulis data, siapa yang tengok dengan mata ? Langit dengan bumi bezanya.

Ya, bahasa Inggeris bahasa ilmu yang penting abad ni, tapi, somehow di Malaysia yang bertuah ini, nilai intelek seseorang diukur dengan keupayaan menguasai bahasa yang bukan ibunda.

Adil ke ?

Cuba tanya Englishman dia boleh cakap American tak ? Nahu berterabur mungkin.

Garu kepala.

Kang soal banyak-banyak, kate taknak kemajuan katak di bawah tempurung. Melayu pemalas.

Entah lah, hidup lama ni, rasa banyak sangat masa dibuangkan untuk perkara yang tak perlu.

Kalau pandai Arab, kurang kurang boleh tolong dalam solat, mengaji. Adalah juga sahamnya.
Tapi tak boleh kata jugak, sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w terer banyak bahasa.

Kecintaan pada ilmu ni satu sifat yang mesti semua orang ada sepatutnya.

Okay, tamat bebelan pertama.
--------------------------------------------------------------



Alhamdulillah.

Sudah tahu keputusan OnG yang tak rasmi, alhamdulillah katanya semua lulus. Dan kemudian dengan suka hati nya pulang ke kampung awal.

Bukan best student, tapi okay lah. Bersyukur seadanya. Kene sound sebab continous assessment rendah.

Tapi kan, aku memang anti sikit ngan buku log.

((( Pemalasssss - suara latar )))

Kadang kadang beria mintak sign, tak tengok pun procedure.
Diri lama lama dalam ot tak nampak ape. ( Tetttt - laparascopic ade tv hd siap )
Kene tanya tak tahu jawapan.
Tak bawa baju ot usim.
Tak basuh baju ot lepas gi ot, so xde bajut ot.

((( Pemalasssss - suara latar )))





Ni posting perempuan.
Tengok speculum, ade pt menangis, so tak sampai hati.

((( Penyegaannnn - suara latar )))

Ok fine, tengok next posting.




(( Pemalassss- suara latar ))

Ye lah-yelah nanti tak buat lagi... haish.

---------------------------------------------------------------

Cukuplah 2 bebelan.

Lain kali pulok.

Rabu depan kami exam.

Isnin depan sekali lagi masuk posting baru.

Begitulah kitarannya.

Semoga semua sukses-sukses selalu dan dapat bergraduasi sekali. InsyaAllah.

Old school


Assalamualaikum.

Duk main fb, napok gambo ning, ingat lalu zamang budok2.

Mase tu memang dophau bende.

Habis jawab ketah pekse upsr, petang gi berlari, maing guli.

Esok gi jawab ketah mula. Sapa la habis. Dulu cikgu x wi jawapang, tapi ajor gane nak buleh jawapang mase periksa. Rase dulu dop la panda mane, sekoloh kapung je, tapi dop ko-ong jugok.
Cikgu hop kemas kemim ni, bukan ade di sekoloh panda je, mane mane pun ade.

Paling lejen, bacaan ayat Yasin nge sembahyang hajat, sekali pensil nge pemadam ade depan imam, macang air mayang hajat hop kite sokmo sokmo buat.

Lejen, memang lejen. Gane-gane pun, alhamdulillah, buleh 5A, pahtu buleh pitih kerajaang negeri teganung wi, dop tahu la pulok, duit ehsan ke royalti mase tu, hop penting, aku wak gi beli playstation.

Wak jahanang pitih kijean no 1.

Dulu mase kecik2, gile ke basikal.

Mula mula, beli basikal nge tokki, tokki belanja oo.

Sukeang la.

Budok kang.

Aku x manda sangat dulu, tapi geng2 kapung memang pale kobek basikal la. Tukor poket, cat basikal. Aku reti betul rantai basikal je, tayar kepeh wak gi kedai tukor tiub. X manda sangat.

Nak dijadikan cerite, pernoh aku terjun basikal, sebab basikal tu basikal kobek xdop brek. Napok pasir, aku terjun. Daroh hannya siku. Berjeje daroh, balik dumoh.

Mak aku tiup2 sikit pahtu letok kayu manis. Baik la luke tu.

Wohi sungguh dulu naik basikal, gi bukit beso pagi pagi jumaat.

Balik tu gi singgoh paso makang.



Kalu bulang pose, petang petang gi round kapung, biar jadi x rase lapo ngat. Balik dekat dekat nk buke dh. 

Zaman dulu gok, mat derat ye wohi bahang basikal. Basikal aku pun x selamat la.

Pahtu dang beso sikit, start main motor la.

Bila ingat mula, rase macam nk beli basikal. Hop molek sikit, tapi bila mikir ke mahal tu, jadi serba saloh.

Kite ni, time xdop cari, time ade x gune staran.

Takut jadi bazir pulok.

Cite cite tu ade, tapi pelaksanaan tu hop peting sekali.

Doh la tu aku ngarut, macam karangan bm.

' Basikalku'.

Dengan social network yang ada sekarang, perhubungan dan pertalian dihubung kaitkan dengan ko like aku, aku like ko. Ko follow aku, aku follow ko. Unfollow maknanya putus kawan. Kalau benci sangat, block. Hihi.

Human's lacking their human touch.


Jangan begitu sahabat.

Sometimes, sahabat means a lot.


Sahabat = friend-zoned = innocent cruelity.


hihi.

Minum petang



Assalamualaikum.

Huish, berhabuk blog.

Ala, orang lain pun tak update....

Hahaha.

Berblog ni hobi, dan sampai satu masa, hobi boleh berubah. Dihambat dengan teknologi tercanggih kini, people can voice out their opinions publicly via various alternatives.

Update status, tweett, banyak cara lah.



Personal satisfaction can vary from one person to another.

Tapi bila tulis blog, I enjoyed the time spent untuk rephrase, cari idea and moment for positive input.

No wonder my late mom kate, baca blog x faham mende, aku syok sendiri la rupenya.

Takpe, let it be. Syok sendiri.

Just to let you guys know that I am extremely alright - has the opportunity to update the blog.


Erm...


Nak bincang pasal isu ape ye kali ni ??



Banyak tajuk sensasi yang boleh dibincangkan, namun begitu moleknya didiamkan dahulu.

Nati reda baru kite cakap semula.

Yelah, diam dan senyap itu rahmat sebenarnya.

Gelojoh itu permulaan kepada bencana.

Acap kali, darah muda, darah pendekar kita akan menyebabkan too much words, which are mostly not so nice come out from our mouth. Projectile mode.

And the awkward moment, when we know the truth,which are contradicting with the judgments that we had made earlier.

Kerana mulut badan binasa. Ludah dijilat kembali lah, aduhainya pun.

Kena sabar, bagi masa dan bagi ruang.

Dan letak sedikit harapan kepada keajaiban.

Jangan perasan, "Ehhhhh, aku dah masak dah."

Jangan gelojoh, "Dari hari tu, aku dah agak dah".



For some reasons, tak tahu kenapa kadang kadang kebenaran itu begitu samar sekali.

Kadang kadang juga, cerita yang benar disembunyikan.

Tak tahu kenapa, dan bagaimana.

Tapi harus diingat, tak semestinya pembohong kalau menyembunyikan benarnya cerita, mungkin kerana cakna dan prihatin, tak didedahkan semua kebenaran kerana akan mencacatkan emosi dan perasaan seseorang kelak, mungkin.

Bila dah berusia sikit, baru paham perasaan tu.

Oleh itu, jangan selalu rasa diri ni betul.

Jangan letak pandangan negatif kat orang. Label macam macam.

Diam, senyap dan kerahsiaan itu boleh jadi rahmat.

Molek untuk perhubungan sesama manusia.

Yang penting, kita mesti ada niat berbuat baik sesama insan dan jangan pentingkan diri sendiri serta jauhi buruk sangka.

Sebenarnya, kita yang sakit hati kalau asyik berburuk sangka.

Kalau belajar dalam perubatan moden berkenaan sakit gila, ini dinamakan sebagai persecutory delusion.

*** Delusion         = kecelaruan fikiran.
       Persecutory    = menuduh, mendakwa. (Buruk sangka)

Bisikan syaitan, jangan duk layan sangat.

Itu sahaja setakat ni,
Assalamualaikum and enjoy your life/posting.


Soalan :
Kenapa blog aku xde follower yang ramai ?
Tapi, macam ada yang baca.

Haaa.....

( ...Syok sendiri...... classical manifestation :p)


Not so recent


Musim korban untuk raya Aidil Adha ni, sesiapa yang mampu, boleh la cari peluang untuk menunaikan ibadah sunat muaakad ni.
Online pun boleeee. 
HALUAN Korban Aidil Adha