Apo nak dikato ??

Salam...

Semua dah tahu kot pasal Konvoi Flotilla yang diserang Komando Israel...

Pagi tadi tengok kat Tv3... Yang part bestnye... Sukarelawan dengan beraninya memukul komando2 yang menyerbu kapal mereka dengan batang besi...

Cukup berani dengan mengetahui bahawa pihak Israel takde nak gune batang besi... Ada peluru berpandu dan peluru hidup je... So, dianggarkan 20 orang aktivis pro Palestin terkorban...

Tapi x tahu pulak dari negara ape mereka2 yang terkorban itu...

Bace ni...

Komen NATangyahu...

The controversial raid that prompted Netanyahu's return home occurred early Monday morning when Israeli soldiers stormed a Turkish-owned ship and became engaged in a confrontation.
Netanyahu said the soldiers were attacked and "had to defend themselves, defend their lives, or they would have been killed."
He said that Israel's policy is to allow humanitarian shipments into Gaza. But his country is always on watch for dangerous materials that could harm Israeli citizens.
"What we want to prevent coming into Gaza are rockets, missiles, explosives and war materials that could be used to attack our civilians," he said in Ottawa.
"This is an ongoing policy and it is the one that guided our actions yesterday."
He said his government regrets the loss of life that resulted from the raid.
Netanyahu said his country "has no quarrel with the people of Gaza."
"We do have a conflict with the terrorist regime of Hamas, supported by Iran."

So, kalau budak2 tadika bace nih... Mereka mungkin percaye...

Then, kalau kita orang dewasa bace nih... Percaye... Bangang la jawabnye...

Respons antarabangsa :

Ayah angkat Israel US.

31 Mei – Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian.
Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton.

Pertubuhan Bangsa BAngang...

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut.
“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala.
PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa.

Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancis,  Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.
Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat.

Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional.

Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut.

Malaysia...

Dr M dah marah... Najib pun kutuk..

Kesudahannya... Ade effect ke ??

My point of view...

TAkziah kepada semua yang terkorban... Kepada yang beragama Islam... Mungkin itulah syahid, bonus yang didamba2kan selalu... Dan orang2 yang syahid itu tinggi martabatnya di sisi Allah Swt.

Melihat kepada respons daripada Rumah Putih... Mereka sungguh menyesali... Terkejut... Bagi aku... bukan kerana kematian orang awam di kapal itu... Tapi menyesal kenapalah Komando2 Israel x bunuh semua atas kapal tuh... Senang cerita... Buatkan semua kapal itu lenyap... Pastu esok boleh cakap... Kapal bantuan dilanda topan...

Korang 'kecewa' pun... Ade aku kisah...

Untuk PBB : Yehaa !! Siasatan... Ok... Berpuluh tahun baru selesai... Then, Israel memang bersalah... Netanyahu akan didakwa atas jenayah Kemanusiaan... Tapi, US bangun, " I Object !!! ".
Semua diam je, ada pula wakil PBB  yang menyanyi blues Apo nok dikato...

Satu perkara yang aku tak berapa suka dalam hal nie... dalam Tv3... dyeorg asyik cakap... " Ini bukan berkaitan hal AGAMA... hal Kemanusiaan lah kononnya... ". Sejak bila pula mereka bertuhankan Kemanusiaan... Opss... Sememangnya mereka begitu... Lupa pulak...

Tapi percayalah... Reaksi ganas kaum Israel terhadap kapal konvoi pelbagai bangsa, negara dan agama menunjukkan... Bahawa mereka taat dan patuh pada arahan Kitab2 suci Zionis mereka itu.. Yang sudah diubah2 merngikut hawa nafsu...

So, ini hal berkenaan agamalah ye ??

Of course, orang Islam lagi kena yakin dan serba tahu... Memang hal ini berkenaan agama.. Membantu saudara2 se Islam tak kira ceruk mana pun....

Mentang2 la Eropah cakap pasal kemanusiaan.. Kita pun mcam lembu dicucuk idun... Ikut je... Tak ke 'bebal' namenye itu... ok2... kasar... 'Jahil' namanya itu...

Orang yahudi percaya bahawa mereka boleh melakukan ape sahaja... Memusnahkan ape sahaja yang menghalang mereka... Asalkan bangsa yahudi jadi no 1 di dunia... 1Israel la katakan... ( hye, mcam pernah ku dgr... tapi dimana ye ?? )

Mereka dibenarkan bahkan dapat 'pahala free'... Kene memusnahkan penentang2 bangsa yahudi... Tak kira la Islam ke... Buddha ke... Hindu ke... Kristian ke... Kalau tak bunuh, namanye x taat.. X taat, msuk 'neraka Israel'...

Habis tuh ?? Kenapa orang Islam je berperang dgn Israel... Negara lain okey je... Menjadi sekutu2 rapat pulak tuh...

Erk, I couldn't afford to answer this damn hard question...

Maybe becoz of geography... Baitul Muqaddis tuh terletak di Palestin... Negara Orang Islam... Jadi berperang la orang Islam... Walau bagaimanapun... telah termaktub dalam al-Quran bahawasanya orang yahudi memang akan memusuhi orang Islam x kisah dekat atau jauh... Hingga Hari Kiamat... 

Kalau la orang cina duk tepi Israel... Memang kene rembat jugak la orang cina tuh... Sebab agama yahudi buatan memang dah beri greenlight seluas-luasnya utk penganutnye membunuh sesuka hati... Merosak.. Mengkhianat... Mengurung... Menyeksa... As you wish kate org putih... Dengan syarat Israel jadi no 1... 
Eii, agama ke tuh ?? Macam gerakan pengganas je... Hanya orang bodo iktiraf Israel negara yang sah...

Segala peristiwa yang terjadi... Konflik PAlestin-Israel... Mereka menyembelih... Guna bom Phosforus... Tembak bapak depan anak... Bunuh Syeikh Ahmad Yassin As-Syahid yang berkerusi roda dengan peluru berpandu dari Helikopter moden Apache... dan yang kita dapat berita semalam dyeorg serang orang awam x bersenjata dengan peluru berpandu... hantar Komando2 pulak tuh... bukan polis anti rusuhan.

Dunia kutuk la segala ape care pun... 
Israel : Self-defense. 
US : Owh, okey then.
PBB : You are liar.. Guilty...
US : I object !!
PBB : Owh, okey then.
Ban ki-moon : Apo nak dikato... LAlala...

Hurm... So, ape pendirian kita terhadap hal ini... Tepuk dada tanya Iman... Sebab hal ini memang berkait rapat dengan agama... Don't believe ? Believe it... Carilah mane2 ayat dalam Al-Quran...

Boikot ??? Ade yang cakap ok je beli brgn nie ?? I no komen... Kalau ikut fatwa boleh, kalau ikut Taqwa ??? Fuh, panas2.. x leh jawab bai...

Businessman dari Israel hari tuh, aku ade bace berita... Bila penduduk Palestin memboikot brgn Israel.. dyeorg cuak jugak... dyeorg cakap... Business is business... janganla libatkan hal politik nak boikot... maknanya dyeorg takut.
Sejauh mana kebenaran berita ini... Hanya Allah swt yang MAha Mengetahui.

Silap salah harap maafkan... wassalam...

JeAlousy Vs Bangga Diri

Salam...

Hari ini agak membosankan... Lalu aku "blogwalking"...

Pergi la ke LangitIlahi.com kan...

Sukee...

Bahasanya mudah, isinya mudah juga difahami...  Post yg terbaru, " Bersedia menjadi Suami "... Sebijik mcm aku selalu fikirkan... bagitau kat kawan2 yg gatal nak kawen... Huahuahua...

 “Al-Quran pun tak banyak baca.”
“Masjid pun tak istiqomah pergi”
“Subuh pun liat nak bangun”
“Kekemasan rumah pun susah nak jaga”

Kene kat batang hidung sendiri la pulak... Adui...
Tapi tadi, pergi la ke blog adik nie sorang... Ceriteranya lain pula.... Kasihan pun ada...

Aku x pernah menghadapi situasi mcm tuh... Ade org yang iri hati do'oh lalu kat dye... Kene sumpah seranah... Hurm, hati mane yang x panas kan....
Orang kalau dah iri hati sangat... MEMBABI buta... Sanggup buat ape saje... Asalkan orang yg didengki itu... Merana hidupnya... Sedangkan dia tahu, dan semua orang tahu... bahawa hasrat jahatnya... Tak AKAN PERNAH membawa kebaikan kepadanya... meskipun kadangkala keburukan yang menimpa orang yg didengki itu....

Orang sanggup menyumpah seranah, santau-menyantau... bomoh-membomoh, yang paling teruk... Bunuh-membunuh...

Kenapa lah ade wujudnya perasaan IRI HATI itu ?? 

Aku pun tertanya2... Tapi, of course lah orang akan jawab... Itu sifat semulajadi manusia... tak hairanlah...
Pokoknya sekarang... Macam mana nak mengawalnya ??? Bukan bagaimana nak Menghapuskan sifat itu... 

Dulu pernah dengar kisah... Bagaimana anak Nabi Adam a.s sendiri... Qabil telah membunuh saudara kandungnya, Habil... dan pembunuhan yang dikira sebagai yang pertama di dunia itu berlaku Kerana Iri Hati... Setelah itu, Qabil telah ditimpa rasa GUNDAH GELana, macam mana nak menguruskan mayat saudaranya itu... Lalu, diutuskan seekor gagak untuk mengajar beliau bagaimana menguruskan jenazah saudaranya itu...

See... walaupun Qabil telah berjaya membunuh Habil... Pembunuhan itu tidak langsung memberi kesan yang baik kepada Qabil...

Pengakhirannya TIDAK berakhir secara begini , " Lalu Qabil hiduplah dengan bahagianya hingga akhir hayatnya itu setelah berjaya membunuh Habil kerana mengikut perasaan dengkinya itu. "

Oh ! Tidak sama sekali. Allah Maha Adil, tiada Tuhan yang seadil-adilnya melainkan Dia.

Maka adapun si yang kene iri hati itu pula, dikira sebagai orang yang teraniaya... Maka telah sepakat seluruh ahli2 agama berdasarkan mafhum hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah saw... Bahawa orang yang teraniaya itu Makbul doanya... ( Jika silap bagitau )

  • My point of view
Sejak dua menjak nie... Baru la aku perasan, dan kini aku benar2 pasti... Bahawa sifat iri hati itu amat jelas di kalangan budak2... Kanak2... yang berumur 2-7 tahun la... 

Contohnya... akan selalu ade pertengkaran... pergomolan budak2... atas dasar ini... Aku pernah menjadi budak... dan aku mengakuinya... Anda pula bagaimana... 

Ade je perasaan iri hati... 

Contohnya : 

" Tak aci yang kau dapat 2 biji gula2... Aku dapat satu je... " - Then, cube rebut gula2 yang satu tuh... Kalau x dapat nangis... Budak2 la katakan...

" Eh, lawanya patung Ultraman ko... Aku nak pinjam bleh ??? " - Then, balik bagitau kat mak.. merengek2 nak jugak patung Ultraman... Budak2 la katakan...


Ah ! Otak aku x jalan... takleh nak bagi example yang len... 

Tapiiiiiii...

Perasaan iri hati pada zaman kanak2 nie... Selalunya terlebih dahulu diprovokasi oleh sifat bangga diri oleh kawan/ teman yang sebaya...


Contohnya :

" Tengok... aku dapat 2 biji gula2... Ko dapat satu je... Cikgu sayang kat aku...  ( Keliling satu tadika bagitau kat org ) - Akhirnya orang lain jeles... Maka berlaku pertengkaran... Lalu bergomollah bebudak itu. Budak2 la katakan...

" Tengok.. aku ade patung Ultraman... Mahal... Rm2.50 beli kat pasar... "- Berlaku perbandingan harga patung masing2 terlebih dahulu... Jenis2... membawa kepada pertengkaran dan pergomolan... Budak2 la katakan.

Haa, 

Contoh lain,

" Yeay, aku baru balik dari tempat sekian2... Buat sekian2... Best... Bla... BLa.. Jumpe si anu dan si fulan... Bla... bla..." - Maka, berlaku perbandingan terlebih dahulu... " ELEH, Aku juga pernah pergi la... sekian2...bla...bla ". Lalu pertengkaran berlaku dan pergomolan berlangsung... Budak2 la katakan... (HAHAHa- Gelak ore jahat )

p/s : Aku tak pernah terlibat dlm event2 di atas... Imaginasi liar semata-mata...


So, apa yang aku nak katakan di sini ialah... Barangsiapa yang mempunyai sifat iri hati yang tegar di hatinya... MAka sahlah... Dia seorang yang KURANG MATANG... Begitu juga dengan sifat Bangga diri melampau...

So, wat to do ? Kita abaikan mereka dengan sifat2 iri hati mereka... Tinggalkan mereka dalam kebodohan dan kegelapan perasaan dengki mereka... Sesunguhnya... mereka sedang ditipu setan... Dan, kita pula tak sesekali boleh menipu setan...

" I dah pernah cuba.. Tapi tak berhasil pun... ". Erk, sorry.. that's not my problem anymore...

Tapi analoginya mudah... Jadilah seperti pokok semalu.. sekali sentuh sudah cukup, sekali diprovokasi... Pokok itu akan menguncup... Then, tak boleh la nak kacau lagi... Si pengacau akan menjadi bosan... Lalu meninggalkan pokok semalu itu sendirian...

Jika si pengacau ingin bertindak di luar batasan... Maka si pokok semalu punya duri untuk melindunginya... 

So, do we have duri like the semalu tree ?? Of course not. Then, 'duri' kita ialah doa dan juga Tawakkal kepada Allah swt... Mujarab atau tidak... Bergantung pada hubungan kita dengan Allah swt. HDA la katakan...   Jikalau tyme susah baru nak mintak... Manakan jadi ek...

In the other hand, tyme kecik2 walaupun kita suke bergaduh... Maka, cepat pula berbaiknya... 2 minit gaduh... 2 minit nangis... Then, the next 2 minutes are sorok2 again... Yehaa!! Kesimpulannya mudah, budak2 tiada di hati mereka ape yang dikatakan sebagai EGO...

Manusia semakin dewasa, semakin besar pula EGOnya... Ni la orang kata... BESAR KEPALA...
I don't want to talk on ego... it will cost the whole page later...

So, what about Dendam ??? After iri hati and Bangga diri... of course la terselit jugak nanti... DEnDam...

I'm tired already... Taking me about 1 hour to write this stuff...

Meleret2... Pasti ramai yang x suke bace nih... Well, simbolik kepada meleret2 nie ialah... Bagaimana pertelingkahan yang bertunjangkan IRI Hati dan Bangga diri pada mulanya... akan membawa pergaduhan yang berterusan dan juga meleret2... Dipengaruhi pula oleh sifat EGO YANG BAPAK BESAR,  ape yang paling ditakuti ialah wujudnya DENDAM pada akhirnya... Hutang Darah, dibayar DArah... n Dendam always drive a man crazier than anyone that is crazy in this earth... 

Dunia sengsara... Akhirat lagi pula rugi... Akibat terlalu mengikut nafsu dendam dan iri hati yang membuta tuli...

See... Tiada maknanya semua sifat2 yang buruk tuh... Akhir kata, Lu pikir la sendiri... ( Cakap awal2 kan senang... takde aku nk bace panjang2 nie ).

Jauhilah sifat2 Mazmumah... Sihat rohani.. Sihat Jasmani... Dunia dan akhirat kekal harmoni...

Salam...

...Bangga Dosa @ Malu Ibadat...

Orang2 zaman sekarang beginikah ???

Termasuk kita ???

Hanya Kita/Anda mampu mengubahnya...

Renung2kan...

Salam...