Sebelum tido.

Assalamualaikum dan selamat hari raya Aidilfitri 1434H.

TaqabbAllahuminna wa minkum, taqabbal Ya Karem.

Hari ni dah pagi raya ke-3. Rasa semalam baru mula berpuasa.

Memang peluang berpuasa sebulan penuh di rumah adalah suatu rahmat bin nikmat.

Baru selesai menyiapkan sate untuk di BBQ malam esok bersama ahli keluarga terdekat.
Takde la BBQ pun, bakar sate je pun. Main-main.

Seronok sebenarnya cuti panjang, melepaskan lelah. Cuma bahagian tak bestnya bila esok dah kena bertolak balik ke Ampang untuk meneruskan perjuangan.

Hari ni sempat melawat beberapa rumah je, tu pun tunjuk muka je, tak sempat nak sembang bagai.

Eh, kalau dulu beria nak raya cepat-cepat, salam, dapat duit raya dan blah. Tahun ni, rase kureng sikit kalau terus gaya macam tu, something tak cukup. Something perlu di-improvise-kan. Perlu masuk level baru. Curiousity meningkat, FB hanya sekadar khabar angin, tak memadai.

Sebulan ni jugak duk terperap di rumah, bila kakak dan anak saudara balik kampung barulah ceria sikit rumah.
Rasa 'selesa' dan 'diperlukan' tu timbul.
Eh, sebelum ni tak rase ke...
Bukan, biasalah orang laki dia lambat pickup sikit bab bab emosi ni.
Kita ingat kite boleh hidup sorang-sorang, tapi hakikatnya tak boleh...
Kita perlukan ramah mesra dan berkasih sayang sesama manusia, kaum kerabat dan sahabat handai, tak semestinya dengan cara menjalani hidup berdua semata-mata.
Dan akan tiba masanya, kita akan sedar bahawa kita tak boleh memandang sebelah mata akan hubungan pertalian kekeluargaan, sepupu sepapat, dua pupu, tok sedara dan waris waroh.
Mungkin sekarang dah glemer trend bercuti ke luar negara atau pulau-pulau bila hari raya, sekali sekala okayy kot tapi kalau dijadikan amalan, hubungan silaturrahim akan renggang.
Kita tak rasa masa senang ni, tapi bila ditimpa musibah atau kematian, bila dah hilang tempat bergantung, mungkin kita akan sedar.

Langsung dah tak fikir pasal duit raya ke ape, siap bagi duit raya adelah. Yelah kan, kalau nak berbuat baik, dahulukan sanak saudara. Tak salah.
Baju raya ? Cukup jubah baru sehelai. Yang lain pakai yang mana ada je. Zaman berjangok jangok berpakaian baru baju segala dah berlalu.
Kuih raya ? Tunggu kakak bawak balik sikit sorang, bertimbun makan tak habis raya ni.
Raya kali ni rasa paling sempoi. Tapi perasaan 'raya' maintain je.  Ok fine, mengaku ade kurang sikit. Sikit je.
Yelah kan, kita nak jumpa saudara, kuih raya pakaian raya dan lain lain hanyalah picisan tambahan.
Kalau persediaan raya tip top, tapi jumpa saudara pun malas, thumbs down jugak. Objektif dah lari.
Persediaan raya kita nak menunjuk kaya je. Takde lah bahagian pahalanya kalau macam tu.

Dah. Cukup lah pasal tu.
Perkara kedua - persoalan glemer, lambat lagi ke habis ?
Senyum je. Tangan tunjuk peace. 2 tahun lagi.
Kawan kawan dah berkonvo, praktikal, kerja, kawen bagai. Kita masih belajar.
Mula mula, ade rasa iri hati jugak. Tapi bila fikir-fikir, tengok kata kata hikmah.
Yelah kan, rezeki masing- masing.
Payah nak rasa bersyukur bila hidup asyik membandingkan kelebihan orang.

Eh, ko habis awal setahun dari aku ?
Eh, ko dah terima gaji rm3XXX sebulan ?
Eh, ko dah nak kawin esok ?
Best la belajar oversea, macam mana belajar di universiti tempatan, apa nama ek ? USIM eh ? Kat mana tuh. (senyum)

Eh, ko belum habis, kenapa lama sangat ? (Panasssss je telinga)

Jawap je dalam hati, syukur Alhamdulillah, rezeki aku macam ni.
Dugaan musibah adalah ujian.
Kejayaan dan kekayaan juga ujian.
Tuhan nak tengok takat mana tahap syukur kita.
Ke jadi tahap Qarun, yang berkata, eh apa yang aku dapat ni hasil titik peluh aku sendiri laa.
Which one are you ? Adik beradik Qarun yang kena telan di bumi tuh ke ?

Aku mesej seorang kawan, weh, serum la tengok Tahun 5, payah dan banyak je napok.
Doh la rasa macam teruk je Tahun 4. Barely pass.
Dia balas : Hok lepas biar berlalu, hok future x tahu gapo, enjoyy hok present dulu laa.
Mafhumnya : Life once at a time.
Too much regret is really demotivating actually. Makan diri.

Senyum dan terus berjalan je.
Jangan lupa doa dan tawakkal. Letakkan penggantungan dan pengharapan kepada yang selayaknya, Tuhan Pemberi Rahmat, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Setiap tribulasi yang kita hadapi dalam hidup, anggap je sebagai parts of His bigger plan for us, yet we don't know what it is.
Dan semoga kita suatu hari nanti, tak terlalu lewat untuk sedar, bahawa kerja keras kita sepatutnya bukan semata kerana dunia, tapi yang paling utama sebagai persiapan bekalan akhirat kita yang pasti abadi.

Sekian. Muhasabah sebelum tidur.
Hati hati, jangan sembang sambil telan kuih raya, nanti tercekik.

Judge the book by its cover

Salam.

Alhamdulillah, duk di rumah. Dah nak masuk puasa hari ketiga. Semalam berlepeng sahaja, tido macam bewok air. Lama tak testing puasa sunat, ni lah bahananya.

Malam Jumaat di bulan Ramadhan. Berkat atas Berkat.

Sekali lagi diberi peluang untuk puasa sebulan di rumah.
Masa untuk menghela nafas, setelah Tahun 4 yang sibuk. Dalam 1 bulan setengah yang lepas ade 4 exam. Pekebende la banyak sangat exam. Setiap posting ade jugak exam. Tak sedar setahun berlalu. But still, alhamdulillah syukur sangat sebab lepas naik tahun. Lain orang lain ujian. Kongsilah doa sesama kita.

Ni masa free, masa untuk mengimbau balik kehidupan, apa yang telah dibuat dan dicapai, apa yang dicita citakan.
Masa untuk bagi jerawat jerawat batu yang tegar, untuk berhenti menghiasi wajah. At least, give me a break la. Stress induced pimple. Pimple equals to stress. Double stress. Semakin kuat stress, semakin besar, dan sakit pulak tu. Nak marahkan jerawat dia mana dengar kan. Sekarang pakai scrub, kasi tengok apa hasil. Jahanam kulit aku nanti, overchemicalisation. Ah, eksperimen sahaja, tak larat dah.
Dah kurang, tak tahu sebab skrub ke sebab balik kampung.

Start GP hari Isnin lepas, di klinik jiran sekampung yang sudi menerima. Bad thing is, client sikit. Tapi good news nya, every client different cases. Sikit tapi pelbagai. Itu yang memang kita mahukan, ye haa. Yelah, konsep yang perlu jelas di sini, bercuti sambil berGP.
Bukan berGP sambil cuti ye. Prioritize.

Al kisahnya, adelah budak kecik dibawa masuk bilik doktor tu oleh maknya, macam tak sakit pape, oh, demam agaknya.

Then si mak bagitau, anak saya jatuh katil dr.

Dr tanya balik, tinggi ke ?

Taklah, sambil isyarat tinggi 0.5m lebih.

(dalam hati, ala jatuh katil pun kecoh, sila lepak la ye)

Anak saye tadi nangis nangis, pahtu muntoh. Lepas muntoh berhenti ah nangis.

( problem solved)

Dr pun check la kepala anak, tengok tengok kalu ade tande pale bicut, cerebral edema ke concussion ke kan.

Tiba tiba  si mak sebak, saya trauma doh ni, ni kali kedua doh anak saya jatuh terhantuk gini dr, dulu ada muntoh gop.
Meninggal sebab terhantuk tu ah, 99 peratus pendarahan dalam pale.

(kesat peluh, kalau ade spek tanggalkan dan lapkan ngan tisu)

Dr : owoh parok ngat. Hop tu jatuh katil jugok ke.

Dop dr, duk rumah pengasuh, pengasuh hayun buai kuat sangat sapa terhantuk pale ke dinding. 4 tahun lepas doh la.

Dr : Doh dop jadi kes polis ?

Dop tahu la dr, kena reman kejap je pahtu takdop dgor berita, saya pun anggap kemalangan lah, tak leh nok mikir gane orang boleh dera anok kita. Teruk sangatlah pulok. (kesat air mata)

Dr : Doh balik dulu lah, saya cek takdop nape, kalu terus menangis ke, muntoh ke, wak gi ke hospital selalu lah. ( ngan dr dr sebok)

Tq dr.

So, sambung kesat peluh di dahi. Renjis renjis skit.

Cukup ah citer, dop reti pulok nak ulas lebih lebih, kang sebok pulok rase.
Tapi memang kes benar lah.

_____________________________________________________

Kes lain, balik kampung, tengok ade 4-5 butir aircond besor dalam masjid.

Masjid kayu je dalam hati, doh bakpe gi pasang aircond, x padanang la jaddi.

Tanye bilal, doh sejuk dop air cond oo, bilal balas, doh ade ke air cond panas. Kena atah dahi.

Dalam hati nak protes, sebab macam nebeng, mejid lain ade aircond, kite pun galok nak ade aircond.

Tapi point of view hop lain, baguslah ajk masjid. Wak macam macam nak tarik jemaah, nak rai ke jemaah. Beli aircond, beli kipas kapal terbang bapok jin nayang kain pelikat, tempah sejadah made from turkey siap gambar masjid kristal, tukor karpet, cat baru mejid,  masjid ade wifi, ade mesin atm, buke nasi arab, ade moreh, jemput imam tok arab hop baca laju kalu dop sakit lutut plok, macam macam demi nak tarik jemaah.

Pah, jemaah wak dek je. Duk barisan lakang kali, mari nak terawih je, isyak mayang dulu sorang dumoh. Lepas 8 rakaat bahang doh moreh, pahtu balik.
Doh duk banding banding op, dulu masjid lantai tanah je, berselut kalu hujan, tiang batang keme, atap nipah daun keme je, penuh semacam.
Malu ah sikit ke orang dulu, sebab ye tolok tepi doh materialistik bila nak mari mejid.

Kita lenim, macam macam, kalau imam bukan tok arab, dop best.
Takdop aircond, dop khusyuk.
Takdop moreh, owoh sekim goh mejid ni, kupid molek. Malah la aku nok gi lepah ning.
Padahal setahun sekali mari je pun.

Sedak mu kate ke orang, mu mane tahu hati orang. Rambut same hitam, hati mung dop tahu. Mung sape.

Nilah orang kate, kadang kadang kita boleh je judge the book by its cover.
Sometimes lah.
Dakyoh judge book orang lain, buku diri sendiri doh la.
Kita arif lagi pasal diri sendiri.

Kalu kita malas gi mejid bulan pose, doh dop kam kite nok royat kite lebai lagi dari tok imam dan bilal hop 24/7. dop logik.
 
Kalu kita malas bukok Quran, dop baca, doh dop kam kite nok royat dakpe, quran dade doh. xyoh buke. Pening ah gitu.

_____________________________

Doh kalu askor hop tembok rakyat diri,
tu patriotik ke mende oo.
Ni royat lembu,
lembu dicucuk hidung,
sedihnya gi ikut lagi hop tukang tarik tali sek2 jahanam.
Memang pening ah pale kalu askar dop bela rakyat, jeng kreng selalu.
dop tahu la training askar ni ye ajor mende,
bila orang atasan punoh,
orang bawoh jadi jahanang manang.
Sedih oo.
Jahat sejahat jahatnya.

Ni bulan Ramadhan ni, banyakkan doa ke saudara saudara seagama kita.
Kalu kita dop cakna, boleh wak dengor dop dengor je hal luor melibatkan hal ehwal umat Islam, maka kita bukan sebahagian dari puok2 ni. Kita ni kena tipu hidup hidup ngan sempadan negara kononnya. Umat Islam tu macam dicubit peha kanan, peha kiri terasa. Jeng kalu dop berasa etep.
Something wrong somewhere.

Padahal kalau EPL, bersungguh bangun pagi gi tengok bola. Macam la kelab tu wi pitih bila bangun tido malam malam gi tengok, doh la tu, kaloh pulok tu. Doh la tu, esok dop gi kelas, tengah ganti tido. Kuca lana. EPL england, kita Malaysia,  doh bakpe gi sibuk ngat, kang orang kabo ye maroh, mende mung kait bola pulok ni. Bola memang dop bersaloh, cara kita nilai sesuatu tu la hop dop kene. Macam bola boleh bowok ke mati. Pom pom (tembok 2 das)

Ok, benornye nak tulis santai santai je, tapi ter-emo pulok.
Malam ni mesjid punya kotak fius terbakar. Overload agaknya. Nasib baik sikit je, tapi bomba pun sempat datang la.
Tapi tadi mayang masjid lain. Dop tahu status sebenor lagi.
Tapi teringat mesej AKPK : Ukur baju di badan sendiri.

Sama sama kita beringat. Byebye, Wassalam. 



what happen in the middle

Salam.

Jerebu. Asap, asap dan asap.

 Tak datang jerebu x reti nak bersyukur udara bersih selama ini kan.


Dulu akak aku pernah cerita, result first sem dan last sem je yang dia excellent, yang lain tak berapa, biasa biasa je, jadi prof dia tanya, What happen in the middle ?

Soalan yang sama, apabila kita dilahirkan, kita akan diazankan (Islam) dan bila kita meninggal pula, kita akan disembahyangkan. (Islam)

So, pernah tanya diri sendiri, apa yang berlaku di tengah tengahnya ? Apa yang kita buat ?

Ramadhan dulu dan Ramadhan yang bakal menjelang, what actually happen in the middle ?

SSM next. Entah lulus ke tidak. Dan keputusan posting OnG. Doakan yang terbaik.
Balik terengganu, candat insyaAllah.
Exam. pastu exam.
5th year ?