Salam...
Minggu yang akan mendatang mungkin penuh dengan perancangan... program rasmi dan tak rasmi. Antara seronok dan 'seronok'... kita pasrah sahajalah kan.
Dan antara perkara pelik yang berlaku pada aku 2 minggu nih, orang asyik tak balas mesej aku. Memanglah aku selalu jugak tak balas mesej orang, tapi bila orang tak balas mesej, rasa macam digantung tak bertali.... seksa. Grrr.
Okay, back to story.
Seronok sungguh dapat mendengar ceramah ala-ala motivasi dari Dr Har... Banyak perkara yang diperkatakan oleh beliau, boleh dijadikan iktibar dan panduan. Tak rasa rugi dan jemu pun. Kena dengan jiwa, masuk "dzouk" kata orang.
Antara idea yang menarik, lebih kurang macam nilah, " Plan, and pray that your plan goes well, but always excited for the unplanned ". Yang bahagian pray tu aku tambah. Dan biasanya, yang unplanned tu lagi bagus dari plan yang asal. Berdasarkan pengalaman aku, memang betul pun. Tapi bukan maknanya jangan merancang langsung, tunggu je tak buat apa-apa... salah konsep tu. Kata pujangga pun ada mengatakan, "Gagal merancang, maknanya merancang untuk gagal ".
Datang pulak Ust Hasrizal, dia sebut pasal management masa dan cara menjayakan sesebuah perkahwinan, tak kira DR dan DR ke, dengan bukan Dr ke... yang penting ialah komunikasi yang berkesan. Saling memahami dan bantu-membantu, dalam memperbaiki kelemahan diri dan pasangan. Cantik. Barulah seronok kalau macam tu. Barulah datang sakinah, rahmah dan mawaddah tu. Hadowwww.... saya ada banyak kakak, dan saya rasa abang-abang ipar saya semuanya baik-baik. Haha. Saya harapkan perkahwinan mereka berjaya hingga akhirnya, dan berdoa juga semoga perkahwinan saya nanti, berjaya... ini bukan soal gatal tak gatal. Ini soal inspirasi dan contoh yang baik. Ok finelah, aku selalu cakap lebat je. Tapi aku bukan nak cakap lebat pun, aku menganggap ini sebagai doa.
Untuk dikir, aku mengaku lah aku antara lubuk besar. Tapi seronok dapat buat persembahan ramai-ramai. Tapi tak seronok sebab takde respon, mungkin salah penganjur yang divide kan audience yang sekerat tuh. HAHA. Kalau penganjur baca, jangan ambik hati ye, just take it as professional opinion. HAHA.
Erm, kadang-kadang kan, bila dah rasa macam diri tak mampu, tak salah menolak tawaran awal-awal. Cuma biarlah kita ada alasan yang kukuh, bukan setakat mengada-ngada.
Mungkin tak semua menda kita boleh buat, ataupun kita takleh perform dengan lagi bagus kalau buat semua menda. Tenaga dan buah fikiran mungkin takleh difokuskan dengan baik. Dan hasilnya, celaru dan busuk.
Tapi jangan terlalu selesa dengan berpeluk tubuh, dan melihat dari jauh, berlagak macam diva. Macam mana nak harmoni denagn komuniti, kalau kita enggan keluar dari tempurung.
Hedonisme, membuatkan kita berfikir terlalu negatif akan segala cubaan atau kepayahan yang akan kita bakal hadapi. Kita enggan mandi, sebab takut basah. Mungkin sebab kita dah selalu sangat senang.
I blame myself, for not being supportive to people around me because I just care about myself too much.
I'll try my best, but I'm really sorry if I've to say 'no'.
Sekian, wassalam.
p/s : Sembang kencang taksama dengan lari laju. Kan ?
10 comments:
no 2 lebih baek dr 3 (nk dbatkn ke?haha)..xde lubuk2 r..bes pe..=)
Tp kalah teruk dan x mr dzouk... lain rasanye.
mr dzouk 2 ape?ish,y pntg korg wat d bes..n,ape mksd klh truk 2?
dzouk
= ia bukan nightcub, tapi ia adalah semangat/spirit kedikiran itu. apabila ia tidak datang, maka performance pon tidak akan masyukkkkk
dzouk xdtg sbb xde audience kn?? huhu.. xpela.. masuk ag la thn dpn.. first time clinical pun join skali.. :p
so ape kaitan sembang dengan lari?
ejah tuka la tarikh pro exam tu, 11 jun awal dooh..
@lela - pakat dop doh... payoh nk kumpul semula...
@zt - memang xdop kaitan pun, tp nk royak kepentingan actions talk louder than words.
Ok, one of penganjur dah terbaca =P
erm, kami yang merancang Allah yang menentukan...tu saje yg mampu saya kate..yelah, tahun korg lebih berjaya..huk3..xdelah, saya terima komen & kritikan dgn rela hati...
p/s: (tnyelah dulu nape kami wat cam2..moga utk Islam selamanya ^^)
wah, kmbg kempis abg ipor bc..amin2..:)
Post a Comment