salam,
masing-masing punya pendapat, masing-masing punya pandangan tentang sesuatu.
tentang diri sendiri, tentang orang lain, tentang sesuatu isu.
Semua maklum. Lain orang lain ragam.
Tapi, hati-hati, bila nak keluarkan pendapat itu dari isi hati, kerana mungkin tak semua setuju. Walaupun mungkin ada yang tak ambil kisah.
Keluarkan secara adil, dan setara. Supaya yang dengar tak sedih, kita yang mengeluarkan pendapat pun tak nampak kejam. Nak kata orang emosi, tapi memang cara penyampaian kita salah pun, tak kena jugak kan.
Untuk rekod, saya sendiri gembira, kerana tak semua isi hati dikeluarkan. Kerana akhirnya, yang 'isi hati' itu lebih kepada amarah dan bisikan halus syaitan. Kesudahan jauh selalunya lebih baik dari apa yang disangkakan. Barulah faham, hikmahnya mendiamkan diri.
Lebih baik makan hati dari makan diri. Ya, itu untuk sayalah. Yang orang lain, terpulanglah.
Konklusi, kalau kita tak gembira, jangan sakitkan hati yang lain.
Kalau kita tak lulus, jangan doakan orang lain gagal.
Masa dah semakin suntuk, tapi masih seronok tengok movie secara rali.
all the best untuk semua. Pengorbanan adalah harga yang perlu dibayar. Kita yang pilih.
We or I who start the mess, should we finish it. Aummm. ( that is not funny.......)
:)
No comments:
Post a Comment