That corner saved me

Salam.

Bunyi macam kufarat je tajuk.

Tapi tadi bila berkhalwat dengan yang bukan sespesies sekejap, terkejut jugak.

Kecik je, mungkin tak sampai 1 meter.

tapi weh, bila ko duk sorang rumah dan mende ni keluar.

ketaq lutut jugakkk... weee.... Mengucap panjang lah weh.








" Hye mate, my name is Naja naja. "

Bunyi 'hisshhhh' tu aku akan ingat sampai bila-bila. Because that was my life line just now.
Bijak sungguh ciptaan Tuhan, menyebabkan aku perasan ada sesuatu yang tak kena, tapi tak pernah terfikir akan jumpa binatang ni dalam rumah. Aku ingat amende lah bunyi macam nih, sounds familiar... bila toleh kat sudut almari, WOW.... ini serius !!! 


1-2 kaki dari menatang yang dah kembangkan kepalanya, ready untuk attack sahaja, tapi alhamdulillah, sudut almari tu beri aku ruang yang selamat dari direct hit. If not, directly go to hospital lah. Huhu.

First bila jumpa ular, my parasitology lecturer said, kena cam ular.

Aku cam lah... 1 markah untuk aku.
Pastu second,  lari, 5 markah untuk aku.
Ular hitam kepala kembang ada jalur macam biasa. Senduk kot.

Nak hentam (tapi sebenarnya lari lintang pukang keluar rumah ikut pintu belakang),
tapi takut dia ni main sembur-sembur air bisa. Seingat aku lah ada yang boleh sembur-sembur air bisa, thanks to National Geographic Channel 551. Aku ada kayu kontot, tapi spec mata takde. Tambahan pula, takde pulak diajar nak deal ngan semburan air bisa macam mana. Bala kadang-kadang boleh elak, jangan cari.
Oleh itu, aku memBatalkan niat offensive. Lepas tu, menatang tuh selamba je menghala ke ruang tamu selepas gelakkan aku kot. Okay takpe, bagi muka dulu, siaplah ko nanti !!

So, mintak bantuan dulu. Nasib baik telefon ada sebelah je. Cepat-cepat call minta bantuan ayah yang berada kat luar dan jiran. (8 markah)
Bukan tak jantan, cuma ukur baju di badan sendiri lah beb, aku baju raya pun tak beli lagi tahun ni, kalau aku masuk hospital sape nak jaga pulak ?
(tolak 5 markah)

Bila jiran datang, siap sorang dengan alat penangkap ular, kiteorang pun mula lah cari balik ular tuh.
Walaupun lari adalah tindakan aku yang terbaik masa tu, bagi aku lah, yang sepatutnya, aku stay close dengan menatang tu dalam jarak selamat,
tengok dia lari ke mana, nanti boleh kesan terus dan hentam bila masanya sesuai.
My first experience, hope to be the last also. Heee... Mintak jauh lah.

So, alih-alih, menatang tu tak jauh dari tempat kejadian, masih di tempat yang sama, berkubu di bawah washing machine.
Masa cari tu, 2 3 4 5 kali lah lalu tepi washing machine tu, alhamdulillah takde ape2 yang berlaku.
Bila selongkar, nampaklah kilauan hitamnya.

Ape lagi, jiran aku tu gunalah alat ajaib die, dan ular tu tertewas tapi belum mati. Dia pegang kepala ular yang separuh penyek ngan bare hand oo. Nak tepuk tangan nanti orang kata gile pulak. Approximately, 1 metre lah. Kecik je, kata seorang jiranku yang lain, macam perli je kenapa tak hentam awal-awal. For me, berdasarkan ilmu parasitology aku, menatang tu bisanya dah cukup tu nak mendatangkan mudarat. 


Dibawa keluar rumah dan aku penyekkan kepalanya dengan bata. Agak primitif, tapi efisen. Lunyailah kepala ular tersebut, dan alhamdulillah semua selamat dari sebarang kecederaan serius.

My closest jiran-belakang-rumah proudly said that he had crushed about 10 snakes. Good for him. Keperluan kot, lebih baik kita hentam awal-awal daripada dihentam.

Tanah sebelah rumah aku baru je dibersihkan, dan dinaikkan rumah. Mungkin ular yang kurang bernasib baik tu dah hilang habitat, dan menyusup masuk ke rumah aku. Nasib baik, aku terserempak dulu, dan ular tuh bagi warning dengan bunyi desisnya. Kuat jugak, aku ingat tikus ke ape bunyi pelik macam tuh.
Kalau ada anak kecil ke ape, Allah je lah yang tahu. Alhamdulillah sekali lagi.

Apa-apa pun, satu pengalaman baru untuk aku. Kira bernasib baik lah.
Tak lama dulu, ada jiran aku kena patuk. Tapi alhamdulillah sembuh balik.

Jika sebelum ni, aku jumpa luar rumah, halau je dan biarkan dia pergi.
Tak sangka sungguh terjumpa dalam rumah.

Common things occur commonly, never say never.
Dan Ramadhan menjengah ke hari kelima. Selamat berpuasa semua.

p/s :

1. Cam ular jenis apa...

2. Trace ular tu dalam JARAK SELAMAT, jangan bagi dia menghilang sebab nanti susah nak cari, habis rumah kena selongkar. Keluarkan penghuni rumah.

3. Minta bantuan, maklumkan keberadaan ular kat mana. Buat simultaneously dengan no 2. If necessary, takde kepakaran, telefon bomba. Kalau ular tu saiz besar, pun panggil bomba. Kadang-kadang lagi besar, lagi bold ular tuh, siap ada kes kena kejar. Serius.

4. Dapatkan peralatan yang sesuai untuk hentam. Nama je ular senduk, tapi senduk dapur bukan lawan yang sesuai.

5. Doa dan tawakkal dalam semua step yang dibuat.


6. Semoga dijauhkan bala dari kita jua. Amin.  


7. Bersihkan kesan darah atau hanyir ular. Ini petua lah, tak tahu betul ke tak, katenya takut ular lain datang balas dendam. Kalau ular tak berdendam pun, darah busuk kot. Gunakan Varnish, lupakan yang lain.

6 comments:

TasniimAHY said...

alhamdulillah. semua selamat. :)

w.pun, hal ni serius, antara hidup n mati, tp bace post ni smbil gelak besar. cam klakar gile la plak. sori. xde niat nk gelakkan pn. ehehe.

nway, happy ramadhan kareeem.

Anonymous said...

kelakr la emang p0st...tp nk bwk kawn nt0k gelak ngn mu amatla tak0t sekali...

kelakar...
kelakar...
kelakar...

total up... your marks is...
erm..lupe nk total kan..

zT said...

bace post ni dan pikir 'haku pon duk sorang2 jugak kat rumah neh'
*tetibe takut nk gi kat washing machine*hahaha

dugaan bulan puase, banyak pahala,Ramadhan Kareem!

aiman_masri said...

@ tasniim :
Xpe, bereh sajee... Happy ramadhan jugak. A good reminder for me, soal hidup ngan mati in split of seconds.
Me myself sedang neutralkan perasaan berdebar tu ngan gelakkan diri sendiri bila fikir balik.

@ anon : Still lulus, markah belakang kira. huhu.

@ zt :
memang geli geliman kaki jugak.

One good thing as mentioned before, ular senduk tu gives warning,
bunyi desis yang kuat,
betapa aku bersyukur dan kagum dengan bijaksananya ciptaan Tuhan.

Jadi, xde lah kite nak paranoid tak tentu pasal kan.

Dugaan bulan ramadhan banyak pahala ? Aminnn.

Haffi RaZa said...

kelakar memang kelakar...
baru first experience ke, Bro? Ambo dah beberapa kali dah jumpe bende tu dalam umah, dan bermacam jenis pulak tu..tak masuk lagi ade pencuri cross depan umah jer dek kena kejar polis(saat yg berdebar takut dijadikan tebusan..hohoho)..

ape2pun, alhamdulillah selamat...
(dah rase peminat tegar blog nie plak..asyik bg komen jer time cuti2 nie)

aiman_masri said...

@ haffi raza -

wah, lagi banyak experience rupenye.
Alah bisa tegal biasa.
terima kasih la sudi singgah.