Salam...
Mata rasa begitu segar... Walaupun aku tak tidur pun petang-nye tadi aduyai...
Tak tahan kena belasah dengan nyamuk yang kezaliman, aku bangun cari Ridsect memang tak bagi peluang... Akhirnya, ada 2 ekor yang aku penyek selepas kemabukan Ridsect atas dasar tak nak kasi terseksa dalam mode balas dendam = puas hati. Dulu bagi muka, sekarang tak dah. Habis manis sepah dibuang, habis darah aku, nyamuk tak habis-habis.
Rasa macam nak mintak tolong dengan Wonderpets je, bilang biri-biri sama-sama. Cuma nombor telefon diorang aje tak tahu. Tapi aku fikir-fikir lebih baik muhasabah diri malam-malam buta ini. Alih-alih, buka komputer tulis blog jugak. Hehe. Yelah, Subuh dalam sejam lagi.
Aku minum teh tarik ketika malam masih muda tadi, tapi ni ke punca aku hilang upaya untuk melelapkan mata malam ini ? Takkan lah kot... ??!?
p/s : Ok, aku da start ngantuk. Bubye, Selamatan Kemalaman.Tapi kalau aku sambung tidur sekarang of kos aku bangun pukul 6 pagi waktu Mesir. Arghh... Subuh atuk gajah. Cannot la.
p/s 2 : Alarm pertama henset aku da start bunyi, dan untuk pengetahuan, aku ada 4 biji alarm semuanya.
Showing posts with label saje-saje. Show all posts
Showing posts with label saje-saje. Show all posts
WuXia
Salam...
Baru sahaja petang semalam selesai menonton filem Wuxia (18SG+PL) kat Alor Star Mall... dibintangi Donnie Yen.
Baru sahaja petang semalam selesai menonton filem Wuxia (18SG+PL) kat Alor Star Mall... dibintangi Donnie Yen.
Hayyya !! Wachaa !!!
Ceritanya santai, dan mudah difahami. Ada unsur-unsur Detektif Conan sikit, menarik la untuk aku nie. Yang paling aku suka, scenery kampung yang kekal asli. Tak lupa soundtrack yang sangat best.
Gaduh-gaduh sikit sahaja, jadi kena tunggu klimaks cerita baru keluar aksi gaduh yang serius, macam kat atas, Lui (Donnie Yen) telah menendang ibu sendiri. Huish, anak durhaka ke ? Kalau nak tahu... kena tengok sendiri.
Cerita ini lebih berkisar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan juga etika manusia dalam memastikan keadilan sentiasa terbela... tapi berbaloikah ?
p/s : Ayuh berubah ke arah yang lebih baik... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




