Salam...
Minggu yang akan mendatang mungkin penuh dengan perancangan... program rasmi dan tak rasmi. Antara seronok dan 'seronok'... kita pasrah sahajalah kan.
Dan antara perkara pelik yang berlaku pada aku 2 minggu nih, orang asyik tak balas mesej aku. Memanglah aku selalu jugak tak balas mesej orang, tapi bila orang tak balas mesej, rasa macam digantung tak bertali.... seksa. Grrr.
Okay, back to story.
Seronok sungguh dapat mendengar ceramah ala-ala motivasi dari Dr Har... Banyak perkara yang diperkatakan oleh beliau, boleh dijadikan iktibar dan panduan. Tak rasa rugi dan jemu pun. Kena dengan jiwa, masuk "dzouk" kata orang.
Antara idea yang menarik, lebih kurang macam nilah, " Plan, and pray that your plan goes well, but always excited for the unplanned ". Yang bahagian pray tu aku tambah. Dan biasanya, yang unplanned tu lagi bagus dari plan yang asal. Berdasarkan pengalaman aku, memang betul pun. Tapi bukan maknanya jangan merancang langsung, tunggu je tak buat apa-apa... salah konsep tu. Kata pujangga pun ada mengatakan, "Gagal merancang, maknanya merancang untuk gagal ".
Datang pulak Ust Hasrizal, dia sebut pasal management masa dan cara menjayakan sesebuah perkahwinan, tak kira DR dan DR ke, dengan bukan Dr ke... yang penting ialah komunikasi yang berkesan. Saling memahami dan bantu-membantu, dalam memperbaiki kelemahan diri dan pasangan. Cantik. Barulah seronok kalau macam tu. Barulah datang sakinah, rahmah dan mawaddah tu. Hadowwww.... saya ada banyak kakak, dan saya rasa abang-abang ipar saya semuanya baik-baik. Haha. Saya harapkan perkahwinan mereka berjaya hingga akhirnya, dan berdoa juga semoga perkahwinan saya nanti, berjaya... ini bukan soal gatal tak gatal. Ini soal inspirasi dan contoh yang baik. Ok finelah, aku selalu cakap lebat je. Tapi aku bukan nak cakap lebat pun, aku menganggap ini sebagai doa.
Untuk dikir, aku mengaku lah aku antara lubuk besar. Tapi seronok dapat buat persembahan ramai-ramai. Tapi tak seronok sebab takde respon, mungkin salah penganjur yang divide kan audience yang sekerat tuh. HAHA. Kalau penganjur baca, jangan ambik hati ye, just take it as professional opinion. HAHA.
Erm, kadang-kadang kan, bila dah rasa macam diri tak mampu, tak salah menolak tawaran awal-awal. Cuma biarlah kita ada alasan yang kukuh, bukan setakat mengada-ngada.
Mungkin tak semua menda kita boleh buat, ataupun kita takleh perform dengan lagi bagus kalau buat semua menda. Tenaga dan buah fikiran mungkin takleh difokuskan dengan baik. Dan hasilnya, celaru dan busuk.
Tapi jangan terlalu selesa dengan berpeluk tubuh, dan melihat dari jauh, berlagak macam diva. Macam mana nak harmoni denagn komuniti, kalau kita enggan keluar dari tempurung.
Hedonisme, membuatkan kita berfikir terlalu negatif akan segala cubaan atau kepayahan yang akan kita bakal hadapi. Kita enggan mandi, sebab takut basah. Mungkin sebab kita dah selalu sangat senang.
I blame myself, for not being supportive to people around me because I just care about myself too much.
I'll try my best, but I'm really sorry if I've to say 'no'.
Sekian, wassalam.
p/s : Sembang kencang taksama dengan lari laju. Kan ?
Kerana Radix
Salam,
Ini post saya yang ke-100, (wooo, tepuk tangan !!).
Minggu ini banyak perkara nak dibuat. Yelah, aku selalu cakap dan merungut benda sama kan. Dah bosan bace kan. Fine.
Tengah hari tadi, aku antara orang yang paling gembira kat fakulti ni, tapi setengah jam lepas tuh, aku antara orang yang paling 'tersinggung' kot di fakulti ni. Butthurt bahasa kampungnya. Tersangat butthurt, sampai rasa nak plan jalan balas dendam. Nah, biar ko rasa apa yang aku rasa. Aku salahkan diri sendiri jugak, sebab kalah pada refleks semulajadi kemarahan.
Sebabnya, setelah banyak berikan effort, rasanya macam tak dihargai sahaja. Aku pilih jalan itu sebab aku nak berkongsi, aku taknak menyusahkan diri dan orang lain terutamanya, tapi akhirnya, simply mereka kata mereka tiada lagi minat, tiada lagi manfaat buat mereka. Dengan kata mudah, mereka taknak beban. Sebab segalanya mereka definisikan sebagai 'beban'.
Sekarang aku sedikit hilang punca, buat apa lagi mereka bersama aku, atau buat apa lagi aku bersama mereka. Jauh untung aku berbanding mereka kalau kerjasama ini tidak lagi wujud. Dengan kerja menimbun ditambah pula dengan acara bidan terjun, jauh senang aku delete sahaja 'folder-folder' yang menyakitkan hati. Yang 'makan ruang' hardisk keikhlasan hati. Grrrr....
Astaghfirullah...
Takpelah, biar kemarahan aku sampai di sini sahaja, basi dengan masa, hanyut dengan mimpi, agar esok aku bangun jadi manusia yang lagi kuat emosi. Umat Islam fikiran mereka selalu positif. Positif pada Tuhan, positif pada manusia.
Esok mungkin yang lebih baik menanti aku. Amin.
p/s: Bila dah terkena ujian berat, segala ujian yang lain nampak kecik je.

Mereka perlu takut.
Salam, saya masih teringat betapa saya begitu janggal menerima pelawaan seorang sahabat untuk menghadiri suatu konvensyen. Antara sebab utama ialah saya begitu alergi dan alah kepada 'kesesakan' manusia. Haha. Namun, saya persetankan alergi itu, dengan harapan agar maju setapak ke hadapan dalam perhubungan dengan masyarakat luar.
Apabila saya menulis tentang "Pembuli Perasan" dengan penuh emosi, terselit satu harapan untuk melihat realiti komuniti para ilmuan yang harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain. Yang gagah menepis fitnah, yang gagah menongkah arus. Bukan seperti lalang.
Alhamdulillah, kemudian saya dapat melihat golongan itu. Luput segala kekusutan di minda buat seketika. Seronoknya melihat bila para ulamak pun begitu mesra bergurau senda dengan yang lain. Yang bersikap tengah, lembut dalam tegas tapi tidak cenderung pada liberalisasi. Ya Allah, hubungkanlah dan kuatkanlah hati-hati kami, agar kekal teguh bersatu di jalan-Mu !
Hati muda ini begitu teruja, melihat gerombolan anak muda yang lain. Yang juga punya pendapat yang sama. Saya tekad kali ini, nak menjadi sebahagian dari revolusi. Saya tidak maksudkan perjuangan gelojoh tanpa adab, penuh rasa tinggi diri dengan memandang rendah usaha orang lain. Ya, saya bukan dari mereka. Anda pula bagaimana ?
Kata pujangga yang dikongsi oleh Ust. Hasrizal dalam tulisannya masih terbayang di minda saya, " Kekuatan pemuda harus digabungkan dengan kebijaksanaan orang tua.". Barulah hasilnya cantik.
Lebih teruk lagi, sekarang KITA berdepan dengan masalah, " Golongan pemuda tiada lagi semangat, dan golongan orang tua tidak lagi bijaksana".
Akhir kalam,
Suara majoriti senyap yang mahukan perubahan dan pembaikan dalam kancah politik negara juga perlu diberikan perhatian. Saya selalu mengingatkan diri, apa-apa kejahatan akhirnya akan disanggah jua dengan kebenaran. Sejauh mana, selama mana kejahatan itu di'diam'kan, akhirnya kelak, akan datang satu golongan yang akan membongkar dan menentang kezaliman. Saya doakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia, yang Muslim terutamanya... Amin. Tidak lupa untuk rakyat Palestin dan Syria. Yang zalim itu pasti jatuh, itu hukum 'fizik' yang sudah lama terbukti !!
p/s : Menaip blog dengan Ipad tak seronok.... akhirnya laptop juga yang terbaik. hehe.

Subscribe to:
Posts (Atom)