Last hurdle

salam,

masing-masing punya pendapat, masing-masing punya pandangan tentang sesuatu.
tentang diri sendiri, tentang orang lain, tentang sesuatu isu.
Semua maklum. Lain orang lain ragam.

Tapi, hati-hati, bila nak keluarkan pendapat itu dari isi hati, kerana mungkin tak semua setuju. Walaupun mungkin ada yang tak ambil kisah.
Keluarkan secara adil, dan setara. Supaya yang dengar tak sedih, kita yang mengeluarkan pendapat pun tak nampak kejam. Nak kata orang emosi, tapi memang cara penyampaian kita salah pun, tak kena jugak kan.

Untuk rekod, saya sendiri gembira, kerana tak semua isi hati dikeluarkan. Kerana akhirnya, yang 'isi hati' itu lebih kepada amarah dan bisikan halus syaitan. Kesudahan jauh selalunya lebih baik dari apa yang disangkakan. Barulah faham, hikmahnya mendiamkan diri.
Lebih baik makan hati dari makan diri. Ya, itu untuk sayalah. Yang orang lain, terpulanglah.
Konklusi, kalau kita tak gembira, jangan sakitkan hati yang lain.
Kalau kita tak lulus, jangan doakan orang lain gagal.

Masa dah semakin suntuk, tapi masih seronok tengok movie secara rali.
all the best untuk semua. Pengorbanan adalah harga yang perlu dibayar. Kita yang pilih.
We or I who start the mess, should we finish it. Aummm. ( that is not funny.......)
:)



Ntah pape

Assalamualaikum wbt.

Dengan 27 hari lagi tinggal...

Masih banyak perkara bermain di kepala.

25 Mei sudah lepas. Namun, ada harga mahal yang perlu dibayar.

25 Jun menanti.

Jangan mengeluh dengan kesudahan yang tidak bagus nanti, kerana kita yang mulakannya dengan yang tidak elok.

Astaghfirullah.

Risiko yang tinggi, hanya kepada yang berani.

p/s : terpaksa meletakkan harga yang mahal, kerana sudah serik memberi diskaun. :)

Buang jauh-jauh

Salam, 


I made plans, multiple, so that I believe at least one of them will work well... 
But if none of them works, I believe that the unplanned could be the best too. 
If the outcome is good, then it is a rahmah. If it is not, for me, i will take it as a kaffarah for me. 
Always and always, there must be hidden hikmah beneath it. 



Alhamdulillah ala kulli hal... wa auuzubika min haali ahli nar. 


Betulkan niat di pagi hari.


Kita ni manusia biasa, penuh dengan kelemahan, walaupun nampak hebat di mata manusia yang lain.
Kita mungkin berbuat silap. 

Dengan masa tak lebih 1 bulan setengah, menghabiskan pelajaran preklinikal dan menanti debaran cabaran klinikal adalah mengujakan secara peribadinya.

Tekanan meningkat, di samping ada tugas lain yang perlu disempurnakan, sememangnya emosi kurang stabil. 
Kena terus positif, buang jauh-jauh perasaan negatif. 

Entah lah, mana tahu tiba-tiba rasa muak dengan lecturer, rasa menyampah tengok kawan, dengki kawan dah mula awal ulangkaji, mual dengan permainan politik yang begitu nampak sangat hendak memperbodohkan orang dengan senaman punggung dan sebagainya. 
Kena buang jauh-jauh perkara-perkara yang tak begitu menyumbang ke arah kondisi positif. 

Mana lagi nak cari sumber semangat dan motivasi ? You know yourself better right ?

p/s : PAL, MPS, 2nd Pro dan study group, semuanya saya ambil berat. Maafkan saya kalau tindakan saya kurang tepat.

All the best ! :)