Long Week

Salam.

Habis sudah cuti pertengahan semester. Kurang 2 bulan tinggal untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan profesional yang kedua. Benteng terakhir untuk dipecahkan sebelum menuju ke alam klinikal. Keputusan untuk 'midsem', wallahua'lam. Kalau yang baik, alhamdulillah, kalau yang kurang baik, bersyukur juga hendaknya.

Cuti kali ini, hanya sempat 1 hari penuh di Terengganu. Selebihnya berada di Johor dan Kelantan.

Yang paling menarik, sempat ke Masjid Pulau Melaka dan melawat rumah Tuan Guru Nik Aziz. Bergambar dengan rumah jelah. Tapi sayang tak berpeluang untuk bersalam dengan TGNA sebab sibuk melayan permintaan ibu bapa yang ingin anak-anak mereka ditahnik dan juga dicukur rambut. Tidak lupa, sedikit perkongsian rasa dan idea, yang baik dan membuka minda, penuh inspirasi daripada bapa seorang kawan kami. Paling suka, idea untuk mengutamakan sumbangan kepada masyarakat, berbanding pencapaian peribadi semata-mata. Namun, masih tidak salah untuk mendapat pangkat tertinggi, dengan syarat tidak menafikan hak masyarakat umum untuk mendapat juga sedikit sebanyak sumbangan dari kita setakat yang mampu. Engagement with community. Segan juga, kerana saya masih di takuk lama, sedangkan generasi mudalah yang harus paling gagah.

Alhamdulillah, hari ini, lagi satu pasangan berjaya disatukan secara halal. All the best, dan barakallahulakuma. Seronok tengok orang lain juga gembira, tapi kita je yang tak tahu hari gembira kita bila. Ada rezeki, ade lah.

Sekian.

p/s : Matlamat kena jelas, niat biar ikhlas. Macam bawa secawan kopi di atas karpet putih. Hati-hati.

No comments: