Perkara paling susah

Salam,

Minggu ni sibuk dengan research methodology, dan aku pilih tajuk kesedaran komuniti terhadap bahaya rokok basi. Dulu ingat nak buat research sikit pasal keberkesanan produk terapi elektrostatik Dr Jism, al Jabbar. Tapi tak jadi.

Yang paling utama, bukan soal nak cari tajuk yang senang semata-mata, tapi nak pilih tajuk kajian yang punya nilai jika diambil dan direalisasikan. Ada nilai sumbangan kepada masyarakat, bukan nilai pencapaian dapat hantar cadangan kertas kerja semata. Think big, act small.

Berurusan dengan orang, tidak lain dan tidak bukan perkara yang paling susah adalah untuk memenangi hati. Sebab itu timbul soal 'first impression', gaya bahasa badan dan sebagainya.
Dan antara perkara yang paling susah bagi aku, ialah cara nak menangani perbuatan-perbuatan yang melambangkan ketidakmatangan. Cerewet pun satu hal.
Could not help much except not being one of them. At least, try to not being is good enough. Tapi, taklah kata cerewet itu tiada manfaat langsung. Yelah, mengakulah aku cerewet sikit bab makan. What we're concerning here is dealing with people, food and fashion are totally another story.

Lapangkan dada, banyakkan sabar, cuba fahami situasi sebaiknya, dan dengan sedikit ketegasan barulah dapat membuat keputusan yang baik dan memuaskan. Ini baru matang. For me lah.

Run and keep running from problems, and you will not be going anywhere. Empower yourself with experiences, so don't be afraid or hesitate to try. Jelas sekali ayat ini tak boleh diguna pakai untuk kerja-kerja maksiat ye. huhu.

p/s : Midsem ? Alhamdulillah. Always good enough for me. Sorry but my satisfaction threshold is quite low.
A prof said to me, "Heard that you are doing well".
"But in some subjects I just barely passed" - I responded. ( Salah orang rasanya )

Blogger baru ni advanced sangat, banyak pulak butang-butang yang hendak ditekan.    

No comments: