Alhamdulillah.
Tiba-tiba rasa nak tulis post tentang pengalaman lama. Sebab tadi pi singgah di laman blog junior-to-be lah katakan. Berkongsi rasa syukur.
post ini mungkin agak emo dan panjang. Tapi aku masih jantan.
Kalau kakak aku yang baca ni, serba salah jugak dibuatnya.
2 kali ditanya tentang kenapa pilih USIM.
Di kem PPD dan pada sesi taaruf di Triple Monkey cafe, Newcastle.
Bagi aku, maksud USIM pada suatu ketika dulu adalah = belajar di IPTA dalam negara.
My first and only reason, to be close with my family.
Dalam negara.
Medik ? Aku selalu cakap kat arwah mak aku,
" Rase macam tak lepas je, ma ok je kan kalau eman tak masuk medik ?"
Sem pertama, mak aku tak jawab, diam. Diam tanda setuju.
Sem kedua, aku ulang balik penyataan di atas, mak aku jawab,
" Eh, usaha la dulu, ngaji molek la".
" Eman nak wak mende lagi selain doktor ?".
Erk. I had no answer for that. Denial mode, sebab tension.
Sangat tension, terutamanya dengan Math, dan bila ko kawan dengan orang yang pandai math, tentunya rasa inferior. Memang Math lah aku rasa penghalang besar aku nak merasa Medik.
Dah tahu lemah lagi dibiarkan, bukan nak buat ulang kaji ke ape. Memang tak matang langsung pemikiran, sekarang pun. Huhu.
Tup tup, dapat gred B Math. Terima kasih cikgu Fatimah.
Alhamdulillah, dapat masuk Medik. Yeay.
Gembira sakan lah, macam junior-junior yang kat FB tuh.
Tapi nanti jangan tak join program pulak, ajak masuk team debat pun susah, ape kes ?
Bila dapat surat tawaran masuk tu, leganye raser. Kadang-kadang, naik riak juga. Astaghfirullah. Huhu.
Memang glamor tu tak habis lah, tapi aku simpan je dalam hati, " Nasib baik je makcik oi, rezeki..."
Juga terharu, sebab orang kampung aku beri sokongan yang tak berbelah bahagi. Aku dapat RM1000++ sumbangan, walaupun keluarga aku memang maklum keluarga senang. Yang tak berduit pun hulur jugak sepuluh ringgit.
Great thing, comes with great responsibility. Sampai sekarang aku tak lupa hal tu.
But the other story is,
I lost both my grand father aka Tokki and grand mother aka Tok during Tamhidi session.
( Mother-side, both my grandparent of father side died during my childhood. )
Bila Tokki aku meninggal, tamparan hebat untuk aku, sebab first time kehilangan ahli keluarga terdekat, sudahnya, aku sorang je seingat aku yang mengalir air mata, sedang ahli keluarga lain nampak tabah dan gagah. He was fully bedridden for almost 2 years, everyone was prepared I thought.
Aku dapat tahu berita tu dalam kelas tutorial physics, dan cikgu arho lah yang bagi sokongan time tu. Sangat2 menghargai jasa beliau.
Sem kedua, tok aku mengikut jejak suaminya, tak sampai 6 bulan dari tarikh arwah tokki aku meninggal.
This time, aku sorang je yang tak berair mata, tapi semua ahli keluarga yang lain menitiskan air mata.
Empangan air mata aku dah kering terlebih dahulu.
Pengalaman lampau menambah ketabahan aku, walaupun tok aku meninggalkan kami secara mengejut.
Kemudian,
sambung pengajian....
Menyusuri Tahun 1 di bidang MBBS di USIM, alhamdulillah, seronok walaupun banyak.
Sahabat-sahabat seperjuangan pun semakin kamcing, maklumlah kami bukan satu tamhidi sama dulu, kadang-kadang satu tamhidi pun jarang bercakap, sebab dulu tak pandai bergaul plus malu. Ni malu-malu kucing lah. hehe.
Ada satu lagi berita kematian aku dapat time tu, my grand grand mother kembali menemui Ilahi. She was also bedridden for years.
Dan ahli keluarga pun dah bertambah sejak itu, bagi aku 'rahmat' menggantikan mereka yang telah 'pergi'.
My sisters were already married, and had their first children respectively. Sukalah aku. Dapat anak saudara yang tembam-tembam kan.
Dan masuk Tahun 2, semasa sedang bersiap siaga untuk exam profesional yang pertama.
Then, the biggest challenge came.
Mak aku kena menjalani operation membuang sebiji parathyroid yang tertinggal masa operation yang pertama, beberapa tahun sebelumnya. Kan sepatutnya buang 4 biji, tertinggal satu.
Masuk hospital, dan secara tak sengaja doktor terdiagnos masalah jantung mak aku melalui X-ray, ketika dalam persiapan sebelum menjalani pembedahan. Agak teruk keadaannya.
Patutlah mak aku selalu mengeluh mengah-mengah dulu.
Doktor beritahu, anytime boleh kena serangan jantung. Jadi, mak aku masih ditahan di wad walaupun sudah selamat menjalani pembedahan membuang parathyroid.
Mak aku selalu mengulang-ulang,
" InsyaAllah, ma kalau panjang umur nak mari tengok eman ambil ijazah kekgi ".
Dan aku berseloroh menambah,
" Ngaji ngaji. Tak mboh tengok eman nikoh ke ? ".
Memang niat aku bergurau je pun.
Dan mak aku diam je. Haha.
Yelah, aku time tu, bila tengok kakak-kakak kawen, dapat anak, nak juga merasa kan.
Restu ibu tu... sape taknak ?
Pada masa yang sama, kami sekeluarga, bila diberitahu macam tu, bersedia untuk kondisi yang teruk, di samping berdoa yang terbaik untuk mak aku.
Dan beberapa hari selepas mak aku dibenarkan pulang ke rumah, she got a heart attack that put her into coma.
Tak sampai 24 jam dalam CCU, my mom kembali menemui Tuhan Penciptanya pada petang yang hening itu.
Like I said in my special post about this, rasa macam dada dihempap gunung.
Dan dada itu tidak remuk melainkan menahan rasa sesak dan sebak yang amat.
Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan aku masa tu.
Tapi, Maha Suci Allah, alhamdulillah,
I think I regain my strength.
Kullu nafsin za-iqatul maut.
Apa yang kita boleh buat tentang hakikat itu ? Dan kita sendiri pun akan pulang jua ke sisi-Nya.
Memang aku tak nafikan kehilangan ahli keluarga merupakan antara ujian terhebat dalam hidup, tambah-tambah kehilangan orang tersayang seperti ibu atau bapa.
Hinggakan ujian-ujian lain yang mendatang, nampak mudah dan kecik je.
Aku amat bersyukur, sebab aku sempat berada dekat mereka pada saat-saat akhir mereka berada di dunia,
mencium dahi mereka sebelum kain kafan itu diikat,
dan menyembahyangkan jenazah mereka sebagai penghormatan yang terakhir buat mereka.
Dan rasa lega, kerana alhamdulillah melihat kesudahan yang baik-baik sahaja. InsyaAllah.
Apa lagi yang kamu mahukan selain bila melihat mereka pergi dalam kesudahan yang baik ?
The answer is none. HasbunAllah wa nikmal wakil. Cukuplah dengan jaminan Allah.
And this is what the title is all about, unfortunately fortunate.
Kadang-kadang, aku rasa seperti matlamat awal aku tercapai. Dan aku tak menyesal tak mengaji jauh-jauh, walaupun dapat tawaran JPA ke Universiti Kaherah.
Jelas sekali, aku bukan nak kondem mereka yang mengaji jauh-jauh.
Memang ada kelebihannya yang tersendiri, macam yang aku tengok kat Australia.
Tapi kali ini aku nak meluahkan rasa leganya aku, sebab seolah-olah aku telah buat keputusan yang paling tepat dalam hidup yang aku tak pernah akan merungut tentangnya lagi.
Pedulikan duit biasiswa masuk lambat, pengajian 6 tahun yang memakan masa lama. Even junior jadi HO lebih awal dari aku.
Pedulikan kes tak cukup tenaga pengajar klinikal. Inilah pilihan aku, dan semua itu adalah harga yang aku perlu bayar. Dan aku rasa amatlah berbaloi. Alhamdulillah sekali lagi.
( Pehal mamat ni kan, memang pendapat aku kurang suiman sikit pasal ni)
Aku harap semua tak salah faham tentang post aku kali ini.
Dah lama aku nak menulis tentang hal ini,
dan alhamdulillah malam ini aku berjaya coretkannya di sini.
Sekadar perkongsian pengalaman dan rasa, yang aku harap,
sedikit sebanyak iktibar boleh diambil oleh kalian.
Yang baik dari Allah swt, yang buruk jelasnya dari kelemahan aku sendiri.
Hidung berair, but not a single tear drop.
Aku berdoa agar kita masing-masing terus tabah dalam perjalanan liku hidup masing-masing.
Never lose hope.
Next 3 years, InsyaAllah.
p/s : Moralnya, perbanyakkan tahmid di bulan yang suci, memanglah rezeki dan kurniaan Allah itu amat luas, datang dari segenap penjuru sedangkan kita sendiri pun kadang-kadang keliru.
Letihnya 1 jam menaip.
15 comments:
manly tears. T_T
@ Faris : Same boat can.
T-T
still igt agi. time tuh tgh praktis debat arab. emang br balik dr tganu, tp still dtg bg sokongn kat kiteorg yg tgh brlatih w.pun hakikatnye mata still bengkak + hidung still ber-air.
huu, mmg manly tears. sumpah tough. ehehe. doakan terbaik utk semua di dunia + akhirat.
sdey bce post ni,sb bru sdar byk y aku xtau psl kwn aku nih..papepon,yossh!!jom kuat smgt!!
p/s:meh dtg umah rye,bleh mkn nsi arb..huhu..
@tasniim :
alamak, nampak mata bengkak ei.
time tu kalau belajar pun takde maknenye, so, pi tengok korang berlatih lah.
Kalau duk sorang lagilah sebak, cari geng lah.
Igt jugak, semua macam tanye
" Ok ke ? ".
Mestilah tak ok, tapi senyum jelah.
InsyaAllah, terbaik dunia akhirat.
@ Fatin :
Wah, lepas bace post ni terus nak belanja aku nasik arab. baiknye hati.
Takyah la, aku gurau je.
Kawan tak perlu tahu semua. Cukuplah jadi kawan yang baik dan tak menyakitkan hati. haha.
baekla..kre slame ni aku nyakitkan hati kola (mud sdey)..haha..
kalo mau,katekn mau..org kate,sape malu die rugi..;p
Eh, terasa pulak. Aku sebut general je.
Takpe lah, terima kasih sahajalah.
erm~ x taw nak ckap ape sbb bru tahu al-kisah senior nie sorg~
tp bab quote "x nak masuk debat tu ape kes?", tu setuju!
tough senior, abg eman nie rupenyer..hu3
kak fatin, nak! bawak lah mai gv~
thanks mang.. sgt menarik post ni.. mu tlh meluahkan apa yg prnah trbuku dihatiku selama ni.... mgkn kita x sedar that something may not look good in front of our eyes, but He knows what good for us...
Maaf mang, ana bukan sengaja tak masuk debat.. Memang tak reti berdebat, takut baling krusi jah ko ore..
Bereh2 tahun depan kito masuk debat samo2..
sedih siot denga citer mu mang..
mu x rajen kabo pon kat aku...
patot nampok malam2 xleh tido sopmo =)
~ aiman the choosen one~
(aku pon xtao ape.ha2)
T.T
pglaman boleh mnjadikn kite tabah..proud of you friend..mga trus tabah dgn apa y tlh berlaku n ape y bakal berlaku..i know you are strong enough to face all these..you are not alone,you still have family(sis n n bro + ank2 sedare y ramai)n friends..
@ Haffi Raza and Firdaus Fuzai :
Bab debat tu gurau-gurau je. Gurau kasar. Tahun depan, iffah la kene basuh adik2, kiteorang xde kat fakulti. weee... dah lepas.
Apa-apa pun, memang betul lah jugak, bab debat ni xleh paksa2. Huhu.
@wafiy : Macam mane nak kabo ke mu, mu kan sibuk. Taklah, mende2 macam ni, payah nak cerite depan2. Huhu.
malam-malam aku minum nescafe n radix kedai zu. tu tak ngantuk.
Mu la saem aku hop paling baik, ajok ke mane2 tak pernah tolak.
@Anon 11:36 pm : So true. Allah tak beratkan hamba-hambaNya dengan apa yang di luar kemampuannya kan...
@ semua : Thanks for your support. Really2 appreciate it.
Syuk, selamat belajor.
bagus budak ni.huhu
btw, Allah itu Maha Adil. Dia bagi satu nikmat, Dia tarik satu nikmat. Dari satu sudut yang lain, buat mereka yang kurang berjaya dalam akademik, mereka masih ada nikmat bersama keluarga tersayang dan patut betul-betul menghargainya selagi hayat masih ada.
Semoga Ramadhan ini memberi kesan yang baik buat ruh jiwa kita semua. Amin.
Post a Comment