Berjuang

Salam.

Hari ni Ahad. Esok Isnin. Lama berzaman dah tak puasa sunat. Nak try cuba lah esok. (eh, aiman ni nak buat baik pun bagitau orang ape daa..)
No no.
Ni namanya azam. Buatnye aku tak sahur esok, tak jadi jugak. But at least, ada niat yang baik. Pahala doh situ. Senang je buat pahala, kita je taknak. Alasan hipokrit bagai, alih alih duduk berumah sorang sorang bertiang 2 jugak nanti.
Nak berteman ? Sorilah beb.

Tapi kan,
rasa malu jugak kadang-kadang.

Bila buat baik, "oooohhhh baiknya aku...." bermonolog perasan seorang.
Tapi bila buat jahat, " Ala, kire okey la ni, sikit je...." Kena tipu hidup hidup dengan syaitan.
Akhirnya ?

Kosong kosong kosong. (NL)

Astaghfirullah. Geleng kepala. Hanyut dengan dosa, masih berangan nak bau syurga. Semoga pintu taubat tu masih terbuka luas. Dan sememangnya begitu melainkan kita tak ambil peluang.


Dan selamat berjuang kepada adik adik yang baru habis SPM, yang bakal menjengah suatu episod kehidupan yang baru.

Ya, sekarang agak sukar untuk memilih bidang yang sesuai dengan kehendak masing masing. Ada yang memilih untuk mengambil jurusan perubatan, tapi ada persaingan yang begitu sengit. Baik di kalangan Bumiputera atau bukan Bumiputera. Dan akhirnya, bak kata orang, mungkin pujian melangit tapi cream of the cream jelah yang dapat tempat.

Secara ringkasnya, mungkin kalau kita berusaha lebih, kita akan dapat apa yang kita inginkan.

Contohnya, nak amik jurusan perubatan, kena at least A Biologi, dan ada banyak A. Ops, A+ dah sekarang.

Tapi, sebelum pilih tu, kena fikir betul betul.

Betul ke aku nak pilih jurusan ini atau itu ? Atau dengar kata kawan/orang je ? Ke mak ayah suruh ? Ataupun apa apa jelah asal ada kerja nanti.


Jadi, untuk merungkai persoalan persoalan di atas, adalah perlu untuk anda semua duduk sekejap, teliti balik jurusan yang dipilih itu, dan senaraikan pro dan  kontra, dan ajak mak ayah sekali dalam perbincangan ni.

Ala, lecehla bang. Lambat lagi.

No no.

Inilah masa yang paling kritikal dalam hidup anda. Bukan nak menakut nakutkan anda semua, but you should consider it over and over again.

Pemilihan anda akan menentukan dan mengubah nasib anda dalam masa 3-5 tahun lagi, paling kurang. Kesannya hanya boleh dirasai selepas itu.

Tak faham ?

Contohnya korang amik jurusan perguruan, tapi last last masa tahun 2 mengaji, rasa tak sesuai nak jadi cikgu. Tertekan, pelajaran merudum. Meroyan nak keluar IPG dan kemudian masa 3 tahun yang berlalu termasuk asasi jadi sia sia sahaja. Jika nak amik jurusan lain, kena mula dari bawah balik. Tu pun belum tentu anda suka.

Jadi sayanglah, dan tentu korang taknak perkara macam ni berlaku pada diri sendiri kan.

Dengan sedikit rasa tanggungjawab, perlu rasanya saya memberitahu anda bahawa perkara macam ni boleh berlaku, dan sangat sayanglah jika jurusan yang diambil itu kritikal, contohnya jurusan perubatan yang mengambil masa 5-6 tahun untuk dihabiskan, tu baru ijazah dik. Banyak masa dibazirkan begitu sahaja. Oh, rugi !

Potensi diri tidak dapat dimaksimumkan, dan hasil yang dapat pun tidak memuaskan. Akhirnya, dan kesudahan yang paling buruk, nanti kita berkerja berlebih kurang sahaja, ala ala kadar atas sebab tak minat.

"Jadi abang nak cakap jangan amik jurusan perubatan, gitu ? Jangan amik jurusan yang kita tak suka, gitu ? Jangan ikut cakap mak ayah sahaja, gitu ? Kan derhaka pulak. Apa lah abang ni merepek."

Tak, bukan begitu maksudnya. Tapi perbincangan terlebih dahulu, disertai ibu bapa anda seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah wajib, penting dan perlu.

Semua orang nak berjaya. Semua orang nak merasai sukses. Dan ada jalannya bagi orang yang mahu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Pesanan peribadi, jika nak amik jurusan perubatan, kena istikarah betul betul, sebab bidang ni sangat mencabar, mencabar hak peribadi. Tak boleh sekadar beralasan, mak ayah suruh, sebab nak bantu orang, glamor, kaya. It's more than that. Once in, kena ada semangat kuat dan sumber motivasi yang kukuh.

Minat boleh dipupuk. Dan kena pupuk once dah pilih sesuatu jurusan. Tak ada jalan mudah untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Bahkan setiap bidang, bukan jurusan perubatan sahaja, ada cabaran dan liku-likunya yang tersendiri. Kena kuat. Dan memang abang tak nafikan, kalau dah minat tu, memang agak advantage lah.

Tapi ada perkara yang lagi penting yang perlu diterapkan, iaitu rasa TANGGUNGJAWAB.



Bila dah dapat tawaran tu, ikutlah JPA/ MARA oversea ke, cikgu ke, SPA ke, nurse ke, medik ke farmasi ke ape, take it with sense of responsibility. Dannn jangan sesekaliii take it for granted.
"Ah, tengok lah dulu, tak sesuai nanti aku chow lah."

Kesian kat orang lain beria ia nak dapat tempat, kita main buang gitu je.

Pendek kata, untuk setiap jurusan yang kita ambik tu, kena consider :

Cabaran ? Belum cuba belum tahu. Agi idup agi ngelaban.
Tak minat ? Tak kenal maka tak cinta. Selami perlahan lahan. Think positive.

Sekarang zaman moden. Cabang ilmu pun luas, bahkan kalau sekadar berkelayakan sijil pun masih boleh berjaya. Contoh sijil mekanik kapal terbang, dan juga NDT pipe inspector. Gaji beribu ribu sekali jalan.

Takkan bulan jatuh ke riba, takkan durian datang bergolek. Manakan dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyungnya.

So, kena berjuang. Berjuanglah demi cita-cita anda. Dan pastikan cita-cita tertinggi anda itu menebus langit mencari redha Rabbul Jalil.

And once again, i keep repeating this amazing quote,

Success is not final, failure is no fatal. 
It is the courage to continue that counts. ~Winston Churchill

till we meet again. Wassalam.


P/s : Agak agak kalau tukar background kasi attractive sikit semakin ramai follower ke. HUHUHUHUHUHUHUHUHUHUH. Ok, dont tell me already know the answer.

2 comments:

Faariis said...

abang, saya dapat B je biology, nak amek medik boleh x? tapi saya rasa, kalau saya jadi manager liverpool, boleh berjaya bang. camne tu bang? penim duk pikir ni....

aiman_masri said...

Poyo betul adik ni.

Selagi PES wujud, impian itu boleh dicapai.