Assalamualaikum
Lama tak update blog.
Sonamu is going away from East Coast. Dan HSNZ pun da tukar kod hijau balik. Tadi singgah di hospital hantar air panas kat kakak aku, ade sebiji lori generator TNB kat luar.
Semalam aku buke radio, di tengah tengah kekalutan mendengar berita kedatangan Taufan Sonamu, adelah temuramah dengan pakar metreologi ke ape, dia cakap walaupun anggaran sebenar kekuatan Taufan Sonamu ialah lebih kurang 150 km/h, tapi sebab dijangka berlaku pergeseran dengan angin Monsun yang bergerak dari arah bertentangan, kekuatan Sonuma berkurang menjadi separuh. Jadi nama pun tukar bukan taufan lagi dah, jadi ribut tropika je dengan kekuatan 40-60 km/h, dan ombak dijangka mencapai ketinggian 3-6 meter.
SubhanAllah. Bijak betul ciptaan Tuhan.
Alhamdulillah cuti kali ni, ade 2 berita pertambahan ahli keluarga baru.
Semalam dapat lagi sorang anak sedara baru, yang ke 10. Tapi memandang aku kurang sihat, selsema dan demam. Takde lah teruk sangat, tapi fikir 2 kali jugak lah nak pi hospital, kesian budak budak kang berjangkit karang.
Esok pagi, akak aku yang sorang lagi kat Segamat kene induce dia punya labor. Sebab dah lewat seminggu dari tarikh due date. Yang ke 11 insyaAllah. Then, kene pi Segamat lah melawat gamoknye.
In the other hand, alhamdulillah jugak sekali lagi sebab already done with Community Health posting in Tampin.
Rasa seronok jugak CH ni, jumpa dengan orang, berinteraksi dengan pesakit, melawat rumah pesakit. Pi turun tengok loji air, kawalan vektor dan pemeriksaan premis makanan. Walaupun rasa macam ada juga yang tak berkaitan, but still semua ini dalam lingkungan skop penjagaan kesihatan secara umumnya.
Passion. Tak leh nak dibuat-buat. Hanya terbit dari hati yang ikhlas. PKD Tampin ramai orang yang punya passion. Jadi, my highest respect for them, sebab aku yang tahu setiap kerja itu adalah ibadah pun buat kerja sambil lewa jugak. Buat malu jek.
Memandangkan CH ni kurang sibuk, jadi banyak lah perkara lain yang menjadi bualan. Dah lah duk drive je memanjang sepanjang posting ni, ke hulu ke mari.
Antara perkara utama yang menjadi bualan, haa, sendiri sendiri fahamlah.
But there is one thing I would like to share. ( Caution : From man with no experience at all)
I once asked this one fella, "nak cari apa ?"
He said, "nak cari bahagia".
Kadang-kadang, kita menunggu begitu lama. Katanya menunggu Mr Right/ Mrs Right.
Tapi kita kene ingat, bahawa Mrs Right bagi kita tu bukanlah Mrs Perfect. Ada perbezaan ketara di situ. Kalau Mrs Perfect tu, semua orang perasan dan berangan dialah Mrs Right mereka, kemudian bila terlepas semua patah hati.
Tak salah cari yang baik baik, memang sepatutnya pun. Tapi kena ingatlah kita ni will complement each other. Terlalu cerewet memilih yang sempurna hingga tak jumpa, kemudian kalau jumpa pun kita juga yang angau sorang diri.
(hai mengata diri sendiri ke bang)
Aku rasa aku dah post satu cerita yang pasal you're not my mr right.
Dan cara pendekatan kita juga menentukan tahap keikhlasan kita. Someone yang berhati murni takkan mesej orang malam-malam kacau nak tanya dah makan ke belum. Hatta urusan kerja sekalipun kan.
Ala, dulu time sekolah ade jugak mesej-mesej. siap mesej2 berkonon konon islamik tu takleh blah. But now I realised that, it was wrong and men with noble heart would not do that. Bila terfikir balik, tergelak sorang-sorang. Bahasa elok sikit cinta monyet, bahasa kasar dan sebenar benarnya adalah mainan dan bisikan syaitan semata-mata.
Soal hati ni takleh nak paksa kan. Ni bahagian yang paling susah oo. Tak reti lah nak cakap. Haa, the best word, syok sendiri. Selalu la jugak syok sendiri. Mengarut je memanjang.
But at one time I asked my sis, why my crush is also another's crush ? Ramai pulak tuh.
Dan kakak aku jawab dengan jawapan paling mantap. Sebab mung gatal.
Lepas tu terus bertobat. Mula mengukur baju di badan sendiri, menginsafi kelemahan diri. It is not truly a feeling, but just a random thought. Proses kematangan logik pemikiran mula berkembang sikit.
Taknak cerita la pasal orang ade mesej marah marah aku pasal tak layan orang kan. Poyo pulak.
Nasib baik la aku dah matang time tu... aku rasa lah. :)
Sesuka hati je nak paksa paksa orang. Mana boleh. Jual mahal sikit sekali sekala.
Ade pulak yang jahat, berlakon jadi somebody kemudian mesej jiwang kat kite kan. Yang ni memang aku hangin lah, dah dari tulisan dia kita tahu kita punya kawan. Ade pulak nak sabotaj malukan kawan sendiri. Jahat jahat. Gurau gurau jugak, tapi gurauan ni macam nak menjatuhkan kawan je. Memang tak baik r.
So, morale of the story, bukan aku nak cerita sangat pasal masalah ni kan.
Cumanya daripada pengalaman yang aku peroleh,
sebaik baiknya dan seharusnya,
lelaki sekurang kurangnya kena tahu menghormati kaum wanita, dan jangan sesekali nak menganiaya, kalau minat, mohonlah dengan cara yang betul dan gentleman. Kalau tak minat, jangan pulak buat khianat.
Perempuan pulak kena tahu cara sepatutnya mereka dilayan. Kalau ada lelaki yang melanggar pantang larang yang tersebut, maka cepat cepat lah selamatkan diri anda kelak anda juga merana. Kalau ada lelaki yang baik datang memohon, janganlah cerewet sangat.*
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Islam bukan agama yang mengongkong tapi agama yang mengawal - kata UAI.
Ada solusi yang baik dari sudut Islam untuk perkara yang baik seperti ini. Kenapa cari yang lain.
Ada banyak perbahasan yang boleh didengar dan diteliti, untuk akhirnya kita dapat membuat keputusan yang betul dan tepat, selari dengan ajaran Islam. Manfaat untuk kita jua akhirnya.
Pergaulan juga harus dinilai balik dari semasa ke semasa, agar mengelak salah faham atau juga menimbulkan fitnah. Tu sebab ada yang syadid tak boleh langsung pergaulan tu.
Sentiasalah berdoa bukan sahaja untuk mendapat pasangan yang baik, bahkan zuriat dan keturunan yang baik jua, penyejuk mata dan penyambung legasi keimanan dan ibadah. Amin.
Mode : Still waiting for my Venus... (mengada-ngada je)
Points to ponder.... SSM haram tak bergerak lagi.
6 comments:
minat kawe demo. haha. ejah la mang, demo cukup lekap doh tu. anak sedara ramai doh. huhu....
somehow I like this post..thumbs up! huhu~
hahahaa. mantap post kali nie. penuh bermaknaaa. klau dah jumpe, sila cepatkan prosesnye n mohon dijempuuuttt. xsbr nak lawat tganu lg. heheeeee.
@chan : Payoh chan boleh kecek jah, buat x berani lagi.
@lel : Tq2. Mengarut je ni. huhuhu. jgn ambik 20 % pun.
@tasnim : Macam mana nak cepatkan proses, sebab tak reti nak masuk line betul2. Lampu hjau pun macam x jalan je.
Lawat je teganu bile2. xyah tggu kenduri. Kempunan nanti.
Ni kira dah sampai seru la ni nak post pasal benda ni. Haha. Somewhat true. And posting CH memang lepakkkkkk kannnnn! Hahaha
Belum pong. Mngade je lebih nih. Haha.
Post a Comment