Tak tahan

Assalamualaikum.

Oh, tak tahan nak menahan kecenderungan.

Jiwa gundah gelana kadang kadang remuk.

Gelana tentang apa ? Medicine, bukan.

Remuk pasal apa ? Medicine, bukan. Perempuan, pun bukannn.

Tapi kenapalah rasa lain sangat.

Sebenarnya tunggu tarikh keramat. 5 Mei itu.

Ohh, dah macam blog punya macai dah.

Taknak cakap pasal Sarawak Handbook second edition, taknak cakap pasal logbook hijau tu.  Taknak cakap yang Internal Medicine punyalah ramai patient, tapi buat buat dek je. Tunggu la esok kelas ngan specialist baru masak panggang.
Taknak, belum masanya lagi.

Habis tu ?

Nak jugak cakap pasal 5 Mei ?

Kau ni MS. Medical Student, bukan MACAI semalaysia.
Dah la mengaji tak pandai, PE tak betul, nak pulak sebarkan fitnah. Ko ni memang macai.

Argh, biar la.
I have spent hours, of following comments of macai macai yang lainnya. Dengan harapan dapat memahami logic of macai. But tremendously I failed. But I regret nothing, because I learnt something. (Macai's idea)

Begitu celaru pemikiran masyarakat kita, pun masih filem filem berkisarkan cintan cintun dan gangster serta lawan hantu yang tak sudah.

No attempt to improve on this. Hedonisme = decoy ataupun pembodohan secara tak langsung.

Sibuk bincang pasal ABPH, biarlah hutang bertimbun pun.
Sibuk undi pasal MLM, biarlah PRU 13 tak daftar undi pun.
Sibuk nak lawan hantu malam Jumaat, biarlah solat jarang sekali pun.

Kang kata kurang cerdik, marah.

I am going to say something yang teruk. Yang korang boleh dengan senang hatinya tolak dengan suka citanya.

Bahawa ada suatu negara yang katanya merdeka tapi masih diperintah oleh pemerintah berjiwa penjajah.
Demokrasi dikepalai diktator dan sistem kroni.
Begitu lama, intelektual ditindas dan dicantas jika menyanggah.
Yang berhak, dinafikan hak dengan cara yang paling halus.

Persis filem Hollywood.

Mahu mengadu ?
Kepada siapa ?
Pihak berkuasa di pihak mereka, opss.
Namun, tetap mengadulah manusia akhirnya dituduh tidak bersyukur.
Begitu berdosa bila dambakan keadilan dan kesaksamaan.

Begitu susah hendak menyebarkan kebenaran kerana akan dituduh punca perpecahan.

Umum tidak mahu melawan kerana hukumnya difatwakan haram.

Begitu berat sebelah, namun tiada tempat nak mengadu. Ini perjuangan rakyat negara itu, bukan urusan kerajaan eropah bersekutu.

Perjuangan yang berisiko tinggi, hampir dengan kekalahan, tapi masih wajib diteruskan. Biar putih tulang, jangan putih mata.
Berisiko tinggi, sebab itu tak ramai yang turut serta menawarkan diri.
Lebih sayangkan anak dan bini, yang paling penting, periuk nasi.
Tak salah, itulah manusia.

Namun bila manusia pekakkan telinga akan jeritan batin seksa kezaliman, pejamkan mata bila melihat penindasan, bisukan mulut untuk menegur kesalahan, bermula dari situlah, hati perutnya tiada lagi berharga.
Tak dipanggil manusia pun tak mengapa, kerana hanya haiwan yang semata fikirkan bila masa perut kenyang.

Hari ini, malam ini, sayalah macai. (background s0und = Naruto shipudden)

Sungguh, jauh di dalam lubuk hati, saya tak dapat tahan, untuk kali ini, bahawa saya mahu Merdeka, merdeka untuk kali kedua.

5 Mei menanti. Tunaikan tanggungjawab anda.
Sayangi Malaysia, yakini diri sendiri. Anda mampu mengubahnya.

# Macai mode activated.
Sudah tentulah buku diletak tepi, tunggu esok, dah masak dengan specialist, mungkin saya akan sedar diri dan tidak lagi buat kerja bodoh menjadi macai.
Doakan saya. dan bakal isteri saya. yang saya belum jumpa. mungkin dari kalangan macai jua. ?

Plus reminder,

Hukum hudud bukan barang cagaran politik. Bukan sebarangan untuk diputar belit. Yang punya hukum hudud bukan hak milik parti, atau negeri, tapi hak mutlak Ilahi. Berani buat, berani tanggung la  di Padang Mahsyar nanti. Sila tutup tv pukul 8-9.

Jika berjuang untuk negara, mungkin kita akan didendang sebagai perwira perkasa, Jika berjuang untuk Allah dan Rasulnya, konfem konfem disanjung para malaikat, berterbangan masuk syurga. amin.

   
 



3 comments:

Faariis said...

aduh. menyusuk kalbuku umpama selumbar tertikam didada ini. beginilah kehidupan seorang macai. diperbodohkan dan membodohkan diri sendiri. :P

Faariisz said...

u're 'macaaaaiiiii....'

aiman_masri said...

Kena hari ni ngan dr ummi