Hidup ini singkat je.
Entering 20s, mungkin yang tinggal pada kita lagi 40 tahun atau lagi kurang atau lagi panjang. Tidur sehari hari lebih kurang 6-8 jam.
Jadi, untuk esok yang lagi cemerlang dan berwawasan, seharusnya kita merancang untuk esok.
So, what do you plan for tomorrow ?
Do you have any plan ?
If you do, did you work on it ?
Jawapan : Tak/ ada, tapi tak pasti.
Menjadi lumrah, antara benda yang paling payah dalam hidup, adalah untuk membuat keputusan.
Dan apa yang kita dapat hari ini adalah kesan daripada keputusan dan pilihan kita semalam.
Last week I admit for example, I decided and did a mistake. The outcome was troublesome and as for me, it was a direct 'cash'.
Itulah contoh salah satu siri episod kehidupan, yang telah dan mungkin berulang lagi. Selagi kita tak ambil pengajaran dari kesilapan, selagi itu kita akan mengulangi kesilapan yang sama. Satu contoh, keputusan yang silap tanpa pertimbangan yang elok, akan memudaratkan diri pada masa yang akan datang, tak kisahlah kesannya cepat atau lambat.
Ada suatu pepatah yang menarik, 'History repeat itself, because people just don't listen for the first time'.
Nasi sudah jadi bubur, apalah sangat yang boleh buat kalau perkara macam ni dah berlaku, yang pertama, gelakkan diri sendiri. yang kedua marahkan diri sendiri.
yang ketiga yang paling utama yang menyebabkan hujah 1 dan ke 2 terangkat dan boleh tolek tepi adalah 'muhasabah' dan betulkan balik diri. Masih ada harapan untuk esok selagi kita tidak putus asa. Optimis dalam memperbaiki diri itu adalah sangat perlu.
Selalunya dalam hidup, kita akan berdepan dengan sekurang kurangnya dua pilihan atau lebih. Contoh, sama ada nak sambung terus baca blog ni atau tidak, atau nak buat post baru atau tidak. Dua dua ada pro dan kontra.
Contohnya, kalau terus baca blog ni, mungkin anda akan berterusan rugi lagi 3-4 minit. Pro-nya, ermmm.... pun anda kene fikir sendiri, kalau ada.
Tambahan pula, kalau persoalan persoalan yang melibatkan permasalahan yang besar, lagilah kita berdepan kerumitan dalam membuat keputusan. Memang tak dinafikan, antara perkara yang kita paling takutkan, ialah kekesalan. "Oh, kenapalah aku tak buat macm ni dulu. Kalaulah begini, kalaulah begini...." Semua nada kesal, kadang kadang ada yang mahu menyalahkan takdir pun ada.
Antara sebab yang menyebabkan kita gagal dalam membuat keputusan yang baik dalam sesuatu perkara, adalah ketidak jelasan tentang sesuatu perkara. "Oh, tak sangka jadi macam ni."
Jadi, perkara yang terbaik yang kita boleh buat ialah muhasabah terlebih dahulu, analisis.
Seharusnya kita mendalami permasalahan itu sendiri, dan akhirnya membuat perbandingan. Selepas itu, barulah keputusan dibuat.
Permasalahan biasa dalam konflik pula, adalah sikap kita yang lebih suka menjauhkan diri, dengan harapan tidak terjebak dengan masalah. Lari dari masalah. Senang dan aman, mungkin.
Sayangggg... sayanggg.
Not my problem |
Semua berasa bimbang, sikap menyebelahkan satu pihak akan merosakkan kedamaian sejagat.
Namun, sudi saya berkongsi pendapat Dr MAZA dalam hal pertembungan idea sebegini.
Quoted from Dr MAZA : Berbeza pendapat bukan perkara yang sepatutnya kita bimbang, tapi kita kena bimbang kegagalan menghormati perbezaan pendapat.
Baru baru ni ada berbincang dengan kawan yang belajar oversea, dan mula bercakap pasal isu-isu semasa.
Isu Syria ? Isu Mesir ? Isu PRU 13 ? Isu kafir mengkafir ? Isu sumpah laknat ? Banyak isu.
"Macam mana kau tahu pasal ni ?" he asked me.
Jawapannya : Demi memenuhi keperluan, untuk memahami permasalahan pokok dalam setiap isu. Dan kemudian Ican dare to take side, with acknowledging the risk.
Tapi, memang betullah, fitnah terlalu berleluasa sampai tak tahu yang mana betul yang mana salah, yang mana putih yang mana hitam. Boleh sahaja nak pekakkan telinga, tapi nampak sangat tak praktikal. Tak ada jantannya.
Walau bagaimanapun, dalam setiap isu, mungkin juga aku tersalah analisis, tersalah dalam membuat keputusan. Aku pun dalam 50-50. Namun rasa tak begitu sanggup duduk di luar kotak permasalahan, di saat semua berjuang untuk kebenaran dan keadilan. Selalu doa supaya kebenaran itu dipermudahkan dan dijelaskan. Mesti doa.
Seharusnya kita berasa janggal, duduk dalam keadaan selesa, atas dasar asalkan bukan diri sendiri yang kena.
Namun, masih perlu ada suatu pihak yang neutral, bukan yang menangkan semua, tapi yang memberi garis panduan ke arah kebenaran. Sebab tentu sifat manusia, mudah tergelincir dari landasan asal bila tiada peringatan.
Hakikatnya, reasoning skills adalah bukan semata-mata untuk periksa, tapi untuk menjalani kehidupan sehari hari juga. Tafakkur, dan tadabbur dalam rutin pekerjaan harian.
Ada satu tahap dalam hidup kita, kena belajar untuk take side. Dare to take side. Ini mungkin menjadi satu permulaan baru dalam hidup kita, memperjuangkan apa yang kita rasa yakin dan benar. Jika rasa tergelincir, cepat cepatlah merujuk alim ulama. Betulkan apa yang kurang.
Juga mesti kena banyak buat kebaikan, biar ini jadi second nature untuk kita. Lagi lagi tambah berkat dan rahmat.
Kesimpulannya,
Alkisah orang yang tak buat kebaikan ada tiga sebab utama biasanya :
1. Jahil. Tak tahu kebaikan itu perlu.
2. Malas. Tahu, tapi malas nak buat.
3. Sombong. Tahu tapi taknak buat.
4. Depends. Ini jawapan politician.
Kali ini, baliklah mengundi ye kawan kawan sekalian. Jika tak turun mengundi, pengaruhi undi orang terdekat. Ini kalilah.
Mengundi itu tanggungjawab sosial.
Membaca dan mengulang kaji pelajaran itu tanggungjawab hakiki sebagai pelajar.
Menyiapkan SSM itu tanggungjawab tahunan.
Mungkin PRU kali ini paling sengit. Apa apapun, baca Bismillah sebelum pangkah. Moga moga kita terus diberikan hidayah. Semoga Malaysia terus maju, dan membangun. Secara material dan juga akhlak.
*update : Dear Miss, sorry to break your heart this time, but may you not realise, that you broke my heart everytime. Lidah mana yang tak tergigit/kena ulcer, pantai mana yang tak dihempas ombak.
Hikmah yang tersembunyi itu pasti, sama-sama kita fikirkan demi masa depan.
1 comment:
dua kali hupdet ni. haha. ulcer dan ombak siap, haha
Post a Comment