Ini bukan pasal Barcelona

Salam...


Lama tak menulis rasanya... Betul-betul tak ada idea. 2 minggu yang agak kosong dan nyaman, terfikir-fikir cara yang baik untuk mengisinya.


Okay, straight to the point. 


Merenung jauh keadaan komuniti. Terasa simpati, sebab rasa ditipu dan tertipu oleh pihak-pihak yang tak sepatutnya. 


Surat khabar, anda sepatutnya jauh lagi bertanggung jawab. Anda bukan sahaja membawa berita, anda juga membawa nilai cerita, dan status sebenar masyarakat kita. 

Adalah memalukan, jika tajuk-tajuk utama yang disiarkan berbaur dengan unsur-unsur yang tak sepatutnya. (Pembaca pasti faham unsur yang maksudkan) Seolah-olah tiada tapisan rasmi oleh pihak memberi lesen kepada surat-surat khabar. ( Ada ke ?)

Gambar si anu dan si pulan, digambarkan dalam keadaan yang memalukan, dengan tujuan membawa beritakah ? Atau lebih dari itu ? Liputan meluas tentang kisah Ariel Peterpan dihukum penjara, Maria Ozawa terselamat bencana, dan yang terbaru, adik Kate ditawar berlakon oleh syarikat filem dewasa dan yang sama waktu dengannya kadang kala menimbulkan tanda soal. Ada orang yang peduli sungguh pasal perkara-perkara inikah ? Jika benar, kita harus bersimpati sungguh-sungguh pada masyarakat zaman sekarang. Gejala sosial yang dihadapi takkan turun jua dengan liputan berita seperti ini.  

Di mana kredibiliti pihak akhbar yang seharusnya dan sepatutnya membawa berita yang bukan sahaja tepat, malahan pihak masyarakat yang terdiri dari segenap umur, baik kecil mahupun yang sudah senja dapat mengambil faedah, input yang baik. Ataupun setidak-tidaknya tidak merosakkan pemikiran generasi muda di negara ini.

Saya mengkritik bukan kerana dapat untung ataupun apa. Saya mengkritik kerana rasa sedikit tanggung jawab kepada komuniti sekeliling, anak-anak belia muda khususnya termasuk saya sendiri. Mungkin juga atas dasar kebebasan bersuara ? Anda sendiri tentukan.

Sudah tiba waktunya, kita kena berfikir 2 atau 3 kali, sebelum membelanjakan seringgit dua pada waktu pagi, kerana kita sedang membeli bahan bacaan santai, yang secara tak langsung akan mempengaruhi fikiran dan idea kita sendiri, mahupun ahli keluarga yang lainnya. Pilihlah dengan cara yang lebih bijak, kita pengguna, kita juga ada hak. 


Sekian, terima kasih.

*Saya minta maaf awal-awal jika saya telah mengemukakan permasalah tanpa penyelesaian. Tapi saya yakin, pihak akhbar tahu cara solusinya dengan lebih baik. (Ini jika ada pihak akhbar yang membaca blog nie lah... Haha)

p/s : Melencong jauh sekali... tapi takpelah sekali sekala. Anyway, Good luck Barca... Idup Messi... Huahuahua...

Berkat pada yang sedikit

Kriuukk... Kriukkk... Aaahhhh.... 
(Lega sambil memusing-musingkan badan dan kepala sampai berbunyi sendi-sendi)

Memang benar pepatah, berkat pada yang sikit. Kalau banyak sangat, pening kepala nak angkut dan simpan. 2 hari adalah sungguh memenatkan. Sekarang, tinggal 4 bulan nak diisi. 
( Eleh, kejap je tu... pejam celik pejam celik dah habis cuti nanti)

Dah ramai yang bangun balik dari hibernisasi, elok benar la tu.

Cukuplah sekadar itu. 

Lagi sikit lagi bagus. :P