Macam membebel

Assalamualaikum.

Baru selesai mendengar bajet 2015.

Tak tahu nak komen apa, tapi sangat tak setuju bila syarat kemasukan dan graduasi dinaikkan.

Band 5. Band 5 ni bahasa Inggeris kene berterabur, cair di mulut.

Mengarut dan membebankan.

The next question is, does a Band 5 doctor makes a better doctor ?

Memang kalahlah aku nak berdebat dengan insan-insan yang terer BI akan kepentingan bahasa Inggeris, tapi yang aku pinta, cuba realistik sikit bila buat cadangan.

Aku nampak kelebihan mengaji dalam Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahkan aku generasi pertama yang melalui fasa pembaharuan tersebut.

Namun, aku budak kampung, duduk di kampung, dengan mata kepala sendiri melihat kawan-kawan yang bersekolah luar bandar, hanya membawa buku, kadang-kadang tak bawa apa -apa sebab kelas belajar dalam bahasa Inggeris. Tak faham apa-apa.

Alih-alih, keluar keputusan SPM, pencapaian Bahasa Inggeris meningkat !

Nak kata kencing tak kencing, nak kata menipu tak menipu.

Siapa yang tulis data, siapa yang tengok dengan mata ? Langit dengan bumi bezanya.

Ya, bahasa Inggeris bahasa ilmu yang penting abad ni, tapi, somehow di Malaysia yang bertuah ini, nilai intelek seseorang diukur dengan keupayaan menguasai bahasa yang bukan ibunda.

Adil ke ?

Cuba tanya Englishman dia boleh cakap American tak ? Nahu berterabur mungkin.

Garu kepala.

Kang soal banyak-banyak, kate taknak kemajuan katak di bawah tempurung. Melayu pemalas.

Entah lah, hidup lama ni, rasa banyak sangat masa dibuangkan untuk perkara yang tak perlu.

Kalau pandai Arab, kurang kurang boleh tolong dalam solat, mengaji. Adalah juga sahamnya.
Tapi tak boleh kata jugak, sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w terer banyak bahasa.

Kecintaan pada ilmu ni satu sifat yang mesti semua orang ada sepatutnya.

Okay, tamat bebelan pertama.
--------------------------------------------------------------



Alhamdulillah.

Sudah tahu keputusan OnG yang tak rasmi, alhamdulillah katanya semua lulus. Dan kemudian dengan suka hati nya pulang ke kampung awal.

Bukan best student, tapi okay lah. Bersyukur seadanya. Kene sound sebab continous assessment rendah.

Tapi kan, aku memang anti sikit ngan buku log.

((( Pemalasssss - suara latar )))

Kadang kadang beria mintak sign, tak tengok pun procedure.
Diri lama lama dalam ot tak nampak ape. ( Tetttt - laparascopic ade tv hd siap )
Kene tanya tak tahu jawapan.
Tak bawa baju ot usim.
Tak basuh baju ot lepas gi ot, so xde bajut ot.

((( Pemalasssss - suara latar )))





Ni posting perempuan.
Tengok speculum, ade pt menangis, so tak sampai hati.

((( Penyegaannnn - suara latar )))

Ok fine, tengok next posting.




(( Pemalassss- suara latar ))

Ye lah-yelah nanti tak buat lagi... haish.

---------------------------------------------------------------

Cukuplah 2 bebelan.

Lain kali pulok.

Rabu depan kami exam.

Isnin depan sekali lagi masuk posting baru.

Begitulah kitarannya.

Semoga semua sukses-sukses selalu dan dapat bergraduasi sekali. InsyaAllah.