Keputusan tidak popular.

Assalamualaikum.

Hari ni berpeluang menonton Takdir tv3, dan episod kali ni mengisahkan ketabahan dan kesungguhan seorang bekas penagih dadah menjadi pekerja sosial dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Antara point penting yang di highlight, beliau mengakui banyak kali burn out dalam perjuangan beliau membela nasib golongan minoriti sebegini, namun sokongan daripada suaminya sangat sangat membantu untuk menaikkan kembali semangat beliau.

So, moral of story, dalam perjuangan kita di dunia ni, for whatever route or path, istilah burn out akan kita hadapi banyak kali dalam hidup dan sebenarnya tidak pelik. Yang penting, kita mesti memikirkan macam mana nak atasi burn out itu, setiap kali ia berlaku.

Motivasi dan inspirasi serta muhasabah. Kita kena ada mende ni dalam kehidupan kita.

Entah la, lately aku rase cepat sangat burn out atau fed up, malas nak melayan karenah manusia yang sudah dijangka. Sampai rasa, habis dah bahagian pahala dalam kerja buat, sebab asyik mengeluh dan mengomel. Yelah kan, rasa macam tak ikhlas bila buat sesuatu.
Rugi lah, setelah keringat dan penat lelah dicurahkan, tidak dapat apa apa manfaat.
Yang lagi sedih, rasa tidak dihargai atas segala usaha yang dibuat.
Kadang kadang datang suara, " Kenapa aku yang dikambinghitamkan untuk ini, dan orang lain bersenang lenang sahaja".

Padahal, kalau kita buat kebaikan atau ringakan beban orang lain, sudah tentu ade balasan pahalanya. Bukan mende tu ke kite cari sebab nak buat bekal ?

Tiupan bisikan begini merosakkan hati, melemahkan semangat, dan fikiran jadi buntu. Dan istilah burn out tidak lagi asing dalam kehidupan.
Lepas tu, kita tend untuk berfikir demi kebaikan sendiri sahaja, selfishness dan kita terjerumus dalam vicious cycle - negative thinking.

Mana port untuk pahala ? Mana port ukhwah dalam agama ? Mane port peluang untuk buat bekal ?

Senang cakap, payah nak buat. Walk the talk. Payah.

So, kata hati tidak boleh diturut kali ni, kena buat keputusan tak popular, teruskan perjuangan walopun terluka dengan baki kudrat tersisa.

"Batalkan terus !!!"

" Boikot !!!"

Hanya dalam mimpi.
Dan memang kalau marah sangat, kene tidur dulu, buat keputusan selepas bangun dari tidur.

Dan sekarang, bila jumpa patient dalam wad, kenapa tak makan ubat ?
Tak boleh marah, boleh pesan je.

Tapi kita tak boleh buat keputusan popular, memandangkan pakcik tak suka makan ubat, maka kita hentikanlah ubat darah tinggi ni. No, no way !

Biarpun pakcik tu datang beribu kali ke wad sebab non compliant to medication, kita takkan pernah berhenti utk prescribe medication.

Dan tak ramai orang di luar sana, faham betapa berat kita ni buat keputusan dalam sesuatu perkara, bukan main-main, bukan suka-suka.

Kita cakap suami puan kena buat colonoscopy, sebab ade berak berdarah, maka isteri pesakit tadi akan lawan kita sebab nak buat procedure yang menyakitkan suami kesayangan dia. Bila pesakit sendiri bagi kebenaran, isteri dia akan tuduh kita yang paksa.

Kita buat juga colonoscopy, tuptup ade macam sebijik kanser dalam usus. Belum sempat nak inform bahagian pembedahan untuk take over case, tuptup isteri pesakit dah nak saman kita sebab buat procedure dalam keadaan memaksa. Kalau tak discharge, dia akan buat aduan di ibu pejabat di KL.

Maka di sinilah, sekali lagi kita ditelan mati mak, diluah mati bapak. Nak discharge kang meninggal patient. Kang simpan patient, kene saman berjuta juta.

Kalau kita nak popular, kita discharge je pesakit tu, kita tak kena saman, isteri dia gembira, staff kita gembira sebab tak perlu melayan karenah family members.

Tapi, kita tak boleh buat macam tu.




Jadi, terpaksa duduk semeja berbincang elok elok dengan pesakit, terang elok elok pasal keadaan sebenar suaminya, biar dia tahu, dan dia buat keputusan yang waras.

Kerja doktor ni memang tak popular, budak kecik pun takut. Orang hormat sangat title Dr, tak semua akan tunduk patuh dan taat bab makan ubat ni.

Sampai kita yang jumpa pesakit ni, mestiiiii letak non compliant to medication sebagai sebab utama, tak rase curious nak dig out other problem.

Tu bab makan ubat, sekarang ni, tak semua nak vaksin anak dia. Dan tak semua ibu pulak nak bersalin di hospital.

Salah siapa ?

Nak popular, kita akan cari satu pihak dan letakkan segala kesalahan pada mereka. Tapi itu tak jadi penyelesai masalah.

Nak taknak, kene jugak duduk sekali, bincang elok-elok, apa yang tak kena, apa yang kurang, supaya kita boleh menasihati dengan cara terbaik, demi kemaslahatan bersama.

Sweet talks, respect and empathy, selalu berjaya. Masalahnya, tak ramai dah manusia di atas muka bumi ni yang ada kebolehan ni. Kecuali, yang menguruskan MLM. Tengok semua jadi kaya raya. Melawak ja ni.

Tapi memang kita taknak, orang cakap doktor ni sombong, cakap kurang ajar, sebab itu orang tak ikut kata doktor.

Buat apa jadi doktor, yang kononnya nak berdakwah tapi kurang ajar.

Kita mesti bagi nasihat yang baik baik, diorang taknak dengar, itu diorang punya pasal, yang akan jadi kita punya pasal jugak nanti tapi at least kita cuba.

Tak popular kan saranan aku, macam hape. Macam rugi je bace kan.
HAHAHAHA.

Smile and move on. Life is short, death is certain. Make it worth.

Baru lepas bersalin

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, alhamdulillah and alhamdulillah.

Satu bulan yang pack, satu minggu yang sibuk, akhirnya selesai belaka.

5th year dah sampai ke hujungnya, dengan hutang 2 keputusan posting major.

Seterusnya, posting elektif, buat kat HSNZ jer.

X jalan jalan pom.

Entah la, rasa nak melepaskan lelah di suatu tempat yang tenang, tapi tak begitu tenang, kampung halaman sendiri.

Takpe, nanti kita jajahi pulau2 yang ada. Haha.

Okay, nak share sikit pasal pertemuan aku dengan seorang trainee lecturer UMS, Dr Loo, yang tiba tiba nak datang melawat kampus. Lepas bawak jalan2 bersiar siar di kampus, kitorg sambung borak di kedai mamak.

Banyak yang dia cerita,tapi nak dipendekkan cerita, dia insist aku dan kawan aku yang lagi sorang masa tu untuk mula tetapkan hala tuju nak ke mana lepas ni, MBBS maksudnya.

Whether nak kerja dengan KKM, atau kerja dengan Ministry of Education, as lecturers.

Memang total different path, dan almost no turning back for both.

Ade pros dan cons untuk kedua duanya, namun perkara yang dia highlightkan jangan stop pada tahap mo sahaja.

Dan dia dah tanya aku, which field do you interested in ?

Okay, surgeon aku x minat nak berdiri lama lama dalam OT. Dan aku ni jenis 'tebolah', hand tak steady. Haha.

Medicine, the backbone of medical world, tapi, too much work for me, and less satisfaction I think. Ko oncall letih2 lepas tu datang patient SOB sebab x makan ubat sakit jantung atau minum air lebih sebab kenduri. Perfect for workaholic people. Big no.

Family medicine, sounds interesting but yet to go through, and ade master program kat Australia.

Psychiatry, nice people, it helps me to recorrect my perspective of life and towards others. Second choice.

Paeds, children are cute, but I am not that happy to see them in the wards. Pity them. They belong to playground la.

Ortho, nice people, good working condition, less stress, play more.

OnG, bagi perempuan lah, banyak pulak isu timbul.

Medicine is lifelong learning process.  Dan ade hutang 10 tahun kontrak dengan JPA.

It is not going to be easier next time.

Dengan cdangan application exam for HOs, it is a nightmare. Your 6 years MBBS is just a piece of paper, the exam is going to determine everything.

Tough life, and it is now becoming more competitive.

Dan aku share ni sebab bawa amanah dr Dr Loo sendiri, so that we juniors be more prepared and anticipate this situation in future.

Next thing that should be in mind, clinician or non-clinician aka academician with lots of publications.

Lets decide for ourselves now, don't just go with the flow.

There is still happiness, hope, time and specifically life for doctors. Just have a little courage and determination, find them along the ways.

Okay, kenapa tajuk bersalin, sebab nak bagitau betapa leganya lepas melahirkan anak yang dikandung 9 bulan. But yet we have a child to be taken care of.

Tanggungjawab akan datang silih berganti.


For every chance, there lies the responsibility.

:)

p/s : Thanks sahabat2 atas doa dan sokongan yang tak putus-putus, may I not need that much of help, but the important thing is, I know that I am not alone. I just wish the same for you guys.