Sebelum tido.

Assalamualaikum dan selamat hari raya Aidilfitri 1434H.

TaqabbAllahuminna wa minkum, taqabbal Ya Karem.

Hari ni dah pagi raya ke-3. Rasa semalam baru mula berpuasa.

Memang peluang berpuasa sebulan penuh di rumah adalah suatu rahmat bin nikmat.

Baru selesai menyiapkan sate untuk di BBQ malam esok bersama ahli keluarga terdekat.
Takde la BBQ pun, bakar sate je pun. Main-main.

Seronok sebenarnya cuti panjang, melepaskan lelah. Cuma bahagian tak bestnya bila esok dah kena bertolak balik ke Ampang untuk meneruskan perjuangan.

Hari ni sempat melawat beberapa rumah je, tu pun tunjuk muka je, tak sempat nak sembang bagai.

Eh, kalau dulu beria nak raya cepat-cepat, salam, dapat duit raya dan blah. Tahun ni, rase kureng sikit kalau terus gaya macam tu, something tak cukup. Something perlu di-improvise-kan. Perlu masuk level baru. Curiousity meningkat, FB hanya sekadar khabar angin, tak memadai.

Sebulan ni jugak duk terperap di rumah, bila kakak dan anak saudara balik kampung barulah ceria sikit rumah.
Rasa 'selesa' dan 'diperlukan' tu timbul.
Eh, sebelum ni tak rase ke...
Bukan, biasalah orang laki dia lambat pickup sikit bab bab emosi ni.
Kita ingat kite boleh hidup sorang-sorang, tapi hakikatnya tak boleh...
Kita perlukan ramah mesra dan berkasih sayang sesama manusia, kaum kerabat dan sahabat handai, tak semestinya dengan cara menjalani hidup berdua semata-mata.
Dan akan tiba masanya, kita akan sedar bahawa kita tak boleh memandang sebelah mata akan hubungan pertalian kekeluargaan, sepupu sepapat, dua pupu, tok sedara dan waris waroh.
Mungkin sekarang dah glemer trend bercuti ke luar negara atau pulau-pulau bila hari raya, sekali sekala okayy kot tapi kalau dijadikan amalan, hubungan silaturrahim akan renggang.
Kita tak rasa masa senang ni, tapi bila ditimpa musibah atau kematian, bila dah hilang tempat bergantung, mungkin kita akan sedar.

Langsung dah tak fikir pasal duit raya ke ape, siap bagi duit raya adelah. Yelah kan, kalau nak berbuat baik, dahulukan sanak saudara. Tak salah.
Baju raya ? Cukup jubah baru sehelai. Yang lain pakai yang mana ada je. Zaman berjangok jangok berpakaian baru baju segala dah berlalu.
Kuih raya ? Tunggu kakak bawak balik sikit sorang, bertimbun makan tak habis raya ni.
Raya kali ni rasa paling sempoi. Tapi perasaan 'raya' maintain je.  Ok fine, mengaku ade kurang sikit. Sikit je.
Yelah kan, kita nak jumpa saudara, kuih raya pakaian raya dan lain lain hanyalah picisan tambahan.
Kalau persediaan raya tip top, tapi jumpa saudara pun malas, thumbs down jugak. Objektif dah lari.
Persediaan raya kita nak menunjuk kaya je. Takde lah bahagian pahalanya kalau macam tu.

Dah. Cukup lah pasal tu.
Perkara kedua - persoalan glemer, lambat lagi ke habis ?
Senyum je. Tangan tunjuk peace. 2 tahun lagi.
Kawan kawan dah berkonvo, praktikal, kerja, kawen bagai. Kita masih belajar.
Mula mula, ade rasa iri hati jugak. Tapi bila fikir-fikir, tengok kata kata hikmah.
Yelah kan, rezeki masing- masing.
Payah nak rasa bersyukur bila hidup asyik membandingkan kelebihan orang.

Eh, ko habis awal setahun dari aku ?
Eh, ko dah terima gaji rm3XXX sebulan ?
Eh, ko dah nak kawin esok ?
Best la belajar oversea, macam mana belajar di universiti tempatan, apa nama ek ? USIM eh ? Kat mana tuh. (senyum)

Eh, ko belum habis, kenapa lama sangat ? (Panasssss je telinga)

Jawap je dalam hati, syukur Alhamdulillah, rezeki aku macam ni.
Dugaan musibah adalah ujian.
Kejayaan dan kekayaan juga ujian.
Tuhan nak tengok takat mana tahap syukur kita.
Ke jadi tahap Qarun, yang berkata, eh apa yang aku dapat ni hasil titik peluh aku sendiri laa.
Which one are you ? Adik beradik Qarun yang kena telan di bumi tuh ke ?

Aku mesej seorang kawan, weh, serum la tengok Tahun 5, payah dan banyak je napok.
Doh la rasa macam teruk je Tahun 4. Barely pass.
Dia balas : Hok lepas biar berlalu, hok future x tahu gapo, enjoyy hok present dulu laa.
Mafhumnya : Life once at a time.
Too much regret is really demotivating actually. Makan diri.

Senyum dan terus berjalan je.
Jangan lupa doa dan tawakkal. Letakkan penggantungan dan pengharapan kepada yang selayaknya, Tuhan Pemberi Rahmat, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Setiap tribulasi yang kita hadapi dalam hidup, anggap je sebagai parts of His bigger plan for us, yet we don't know what it is.
Dan semoga kita suatu hari nanti, tak terlalu lewat untuk sedar, bahawa kerja keras kita sepatutnya bukan semata kerana dunia, tapi yang paling utama sebagai persiapan bekalan akhirat kita yang pasti abadi.

Sekian. Muhasabah sebelum tidur.
Hati hati, jangan sembang sambil telan kuih raya, nanti tercekik.