Kerana Tomyam

Salam...

minggu depan dh nk masuk sem baru... Tahun baru... junior2 baru... tajuk2 baru... exam baru...

2 bulan yang boleh dikatakan honeymoon... Macam2 perkara yg terjadi... Aku ade satu cerita, walaupun x best, nak cerita jugak... Biar lah orang nak kato apo pun...

Al-kisahnya,

Hari tuh aku n famili... pergi berjalan2 makan angin di jeti Kuala Perlis... Kat situ ade banyak kedai... kedai makan seafood lah... Fresh2 punyer...

Pilih ikan segar then suruh dyeorg goreng dengan celup tepung, masak ataupun bakar... Up to you lah...

Nak dijadikan cerita, kiteorg singgah kat satu kedai nih. Kiteorg makan sotong goreng dan udang bakar je...

Lepas pilih2 tuh, tunggu lah dyeorg masakkan... Masalah mula timbul, apabila tukang masak mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan order kami...

Kiteorg tak la kisah sangat... Dengan coolnya menunggu sambil menghirup udara tepi laut tuh... Tak jauh dari meja kami, ade satu famili lain sedang menjamu selera...

Sambil kami menunggu tuh, ade satu adegan berlaku... Jeng3... Persis macam dalam cerita Sinetron, mahupun Akasia...

Famili yang sedang menjamu selera tuh, rupenye masih menunggu satu lagi order... iaitu seperti yang tertera di atas... sebiji mangkuk berisi Tomyam... 

Aku dari jauh melihat gelagat sorang mamat nih, salah seorang drpd famili tersebut lah... Dengan muka bengang... Meminta pelayan kedai untuk menyegerakan order Tomyam mereka tuh... Katanya dah satu jam menunggu... 

Aku dah dapat mengagak yg dye memang x puas hati dengan kedai tuh... Atas servis yang lembab... Selang dua tiga minit, famili tuh dah nak berangkat pergi...walaupun Tomyam tak siap lagi...

Yang lawaknya, mamat tadi, dan sorang lagi geng/sahabat/famili mula bertekak dengan pelayan kedai tuh... Kerana sebutir mangkuk Tomyam...

Mula2, pelayan kedai tuh masih boleh bersabar, lama-kelamaan, naik geram jugak lah... Berlaku tolak-menolak... dan tengking-menengking... kerana sebiji mangkuk Tomyam... 

Hampir sahaja berlaku satu pergaduhan... yang aku pasti, famili tuh yang akan teruk dikerjakan... kerana pelayan kedai tuh pastinya punya ramai geng2...

Nasib baiklah, pertengkaran itu berjaya dileraikan... Kalau tak, ade je yang bertumbuk kerana Tomyam... Sesuatu yang kurang munasabah, tak tercapai di akalku...

Aku tengok je... Sambil senyum... Sebab lepas tuh, order kiteorg siap... Boleh la menjamu selera... Not bad la...

Tujuan aku menceritakan kejadian di atas bukan kerana suka2... Tapi, kerana ada beberapa moral values yg aku dapat...

1. Of courselah, Jangan bertumbuk kerana Tomyam...

2. Sabar itu sebahagian daripada iman. Takkan kerana perkara sesimple order makanan... Kita nak bergaduh besar bermasam muka... Batalkan saja order...  Kan senang. Takkan tu pun nak ajar...

3. Orang Melayu kena la bantu orang Melayu berniaga. Jangan lah nak sabotaj, peniaga pula mestilah memberikan servis terbaik... Barulah pelanggan melekat macam gam UHU. 

4. Mendamaikan 2 pihak yang berbalah merupakan antara perbuatan yang terpuji dalam Islam. Kalau tengok je, rugilah kita. Lubuk pahala tuh...

5. Jangan jadi batu api. Dalam kubur lagi dah diseksa azab.

Maybe ada yang cakap, baguslah mamat tuh marah2.. Insaf lah sikit tuan kedai tuh... Realitinya, apa yang aku lihat... pelayan kedai tuh masih bengang setelah famili itu berlalu pergi... Marah2, dan bermasam muka, Seolah-olah timbul pula rasa dendam...

So, elokkah macam tuh ? Of course lah tak elok...Timbul pula persoalan memaafkan kesalahan orang lain.

Kita harus ingat peribahasa ini... Buku bertemu ruas...

Jika kita merupakan golongan2 gedeber... Gangster Botak Chin... Jangan risau, berjumpalah kita dengan golongan Botak Chin juga... Baru la kita tahu, langit tinggi ke rendah... Apa faedah yang kita dapat ?? Sakit ade lah... Dendam mula la membuak-buak... Punoh komuniti dan masyarakat...

  • Haram men'dewa-dewa'kan Nabi saw.

Tak salah untuk kita bersopan santun... Menjaga adab dengan orang luar... Bukan manusia je suka... Allah swt pun sayang... Kan Rasulullah saw merupakan seorang yang bersopan santun elok pekertinya...
Selain itu juga, Baginda saw merupakan seorang yang amat2 pemaaf... tak perlu diceritakan... Sudah banyak yang kita pelajari daripada kisah hidup Baginda saw.

Tapi, ada orang yang cakap bila mendengar kisah2 nih... " Itukan Nabi, memang lah lain daripada kita yang biasa2 je nih... ". Seperti tak mahu mengakui bahawa perlunya mencontohi sifat2 mulia Rasulullah saw dalam kehidupan seharian. ( Fahami elok2 petikan ini )

Di sini aku nak kongsikan satu lagi cerita,

Dalam satu kuliah yang disampaikan oleh Dr Fadzilah Kamsah, beliau ada menceritakan... Seorang sheikh pernah berkata kepada beliau... bahawa haram mendewa-dewakan Nabi saw....

Dr Fadzilah sendiri agak tertanya2, apa yang dimaksudkan oleh sheikh itu ? Adakah dengan memuji2 berselawat ke atas Baginda saw yang dikira sebagai men'dewa-dewa'kan Nabi ???
Sheikh itu menjawab, " Tidak. Yang dimaksudkan ialah dengan percakapan seperti berikut : 

A : "Sedangkan Rasulullah saw pun maafkan umatnya... Takkan ko tak boleh ??  "
B : " Oh, itu Nabi... aku ni biasa2 aja."

Dr Fadzilah menjelaskan, B dikira sebagai mendewa-dewakan Nabi, kerana seolah2 beliau ingin menidakkan keperluan mencontohi sifat terpuji Nabi saw, kerana berbeza dari segi levelnya Nabi - Umat. Sedangkan Nabi saw adalah juga manusia biasa, dan diutuskan untuk menjadi contoh yang terbaik untuk manusia yang lainnya...

Jadi, mau x mau... Ikutlah seberapa upaya yang mungkin nilai2 mulia yang ada pada Baginda Rasulullah saw... Ceria di dunia, Bersuka ria di Akhirat...

Erk, korang paham tak aku tulis nih.. Kang jadi fitnah pulak... Kalau rasa pening2 lalat... Rujuklah Ustaz2 di mana2... Aku kongsikan ilmu aku yang x seberapa di sini... Maybe ada banyak silap jugak...

Akhir kalam,  wasSalam...

Resultku Resultmu jua...


Alhamdulillah...
syukur...
nasib baik...

tapi result dh down...
padan muka aku...


 Arab oh Arab... kenape la payah sgt... Dah 3 sem aku menunggu.... Wuaaa...



Keciknye Dunia 2

Salam...

Al-kisah nye,

Berjalanlah aku dgn sorang sahabat dr puchong... Merentas negeri menziarah kengkawan dr Usim... Berdua ibarat kembara Sang Arjuna...

The vacation was spontaneous... Sebab kawan aku dr Puchong pun dtg mengejut...

So, kami sempat melawat 5 dari 6 pelajar Tahun 1 Usim yg berasal dari Terengganu...

Panjang ceritanye tapi aku ringkaskan...

Daripada 6 budak Usim tuh... 5 daripada mereka adalah anak2 kepada kawan2 ayah aku... ( Ulang 2 x )

Sebelum ni aku ingat sorang je... So, bile berbual2 ngan keluarga dyeorg... Baru la tahu status mereka yang sebenarnye... 

Kat fakulti tak pernah tahu la kan... Tapi bila berpeluang menziarah kawan2 sekali ngan keluarga... Berborak2... Minum petang, makan tengah hari, korek-mengorek... Baru la kita mengenali mereka yang sebenarnya... Friendly sebenarnye mereka nie... dan Bahawasanya Dunia ini sgt kecik..

Salah sorang drpd parent mereka dah pernah datang ke umah aku... Mase kenduri kendara tak lame dulu...
Tapi ironinya, aku ngan dye x pernah cakap pun kat Usim... Muahahaha... Lirik2 manja adalah sikit2...

So, bangga la tuh, Riak ke ??

Oh, tidak sama sekali... Tujuan aku bagitau bukan nak mencapub... Cumanya ramai yang tak tahu.... Ataupun ramai tak nak ambil tahu... 

Menghormati kawan2 kepada ibu bapa kita juga adalah salah satu tuntutan dalam Islam... ( Salah bagitau ) Bahkan walaupun ibubapa kita dah meninggal nanti... Kita masih perlu menjaga hubungan baik ini sebagaimana ketika ibu bapa kita masih idup... kerana perbuatan ini akan termasuk dalam "kategori berbakti kepada ibubapa kita sendiri"...

Tambahan pula bile kita dah kenal keluarga kawan2 kan... Segan la nanti nak buat2 perangai... Nanti heboh cerita... Sampai pulak kat ibubapa kita nanti...

Kawan2 kpd ibubapa kita kene hormat, apatah lagi saudara mara kan...

Tapi sekarang orang dah x pandang semua tuh... Kawan2 Fbook lagi bagus..... Lagi Sporting... LAgi Supportive... kononnye la... ( Contoh semata2 )

Sedara mara yang penat lelah datang dari jauh bertandang ke umah, entah dari planet mane x pernah jumpe2 pun sebelum nih kita buleh 'buat tak kisah' je... Berkurung dalam bilik... Anak daralah kononnya walaupun sbenarnye die tuh lelaki...

Lain la yang datang tuh sedara prempuan mcam Siti Nurhaliza... Huahuahua...

Akhir kalam...

Sayangi ibu bapa anda...
Hormati mereka...
Hormati saudara-mara mereka...
Hormati kawan2 mereka...
Hormati juga anak2 kepada kawan2 mereka...
Hormati juga kawan2 kita, jangan lupa...
Kecuali yang curi troli.. Ehem..

p/s : Terima kasih kepada semua yang sudi menerima kunjungan kami yang tak seberapa... Yang kadang2 macam mengganggu la pulak... This will be the first n the last... If we get the invitation card... Different story lah...

Salam...

400 KM = sakit tulang belakang..