150 days

Assalamualaikum.

Dah lama tak menaip. Semakin tumpul idea. Semakin hambar rasa blog ni.

Kembali daripada cuti yang pendek.
Cukup untuk menyegarkan semula fikiran yang dah letih.

2015.
Tahun baru.
Azam pun baru.

Ada banyak perkara yang hendak dicapai pada tahun ni.

Tapi tahun akhir ni memang meletihkan walaupun nampak aku tak berapa nak letih je gayanya.

Penangan dia lain semacam. Nak beria pun tak, nak bersantai pun tak. Pendek kata, memang tak sabar untuk habiskan semester terakhir.

Alhamdulillah. So far, semuanya berjalan lancar kecuali kebelakangan ni.

Cepat rasa burn out. Semangat hangat hangat tahik ayam.

Kalau macam ni rasa, macam mana la nak habiskan zaman HO kelak.

Berkesempatan untuk ziarah ke Manek Urai, pasca tsunami kecil yang melanda.

Satu perkara yang boleh diambil iktibar, saat kita rasa kita kesusahan, diuji dan sebagainya, rupanya pada masa yang sama, ada hamba Allah lain yang lagi berat ujiannya.

Ada manusia hilang harta benda sekelip mata.

Tapi anehnya mereka masih mampu tersenyum.

Berterima kasih atas bantuan yang tak sebenar.

Itulah nilai bersyukur.

Kadang kadang hidup kita asyik komplen sahaja.

Cuba untuk teruskan hidup dengan rasa tanggungjawab dan berhenti merungut.

Hanya untuk seketika dan rasailah perbezaannya.

Waktu sekarang memang payah nak cari ketenangan.

Melainkan bila ingat kehidupan ini hanya sementara, dan kita ni ada Tuhan untuk bergantung harap dan memohon kekuatan.

Kita ni lemah. Perlukan pertolongan.

I hope that I will survive the remaining 150 days.

Orang lain boleh buat. InsyaAllah kita pun boleh.

Ganbatte ne.

;)