Bila oRang hanya Tahu Mengata

Salam...

Huh, agak penat kebelakangan ni... Macam2 aktiviti... ( Kononnye la)
Pelik tp benar, aku dah mula enjoy aktiviti2 dan program2 yg sebelum ni aku anggap seperti mengganggu masa lapang aku semata2...

Sibuk ?? X cukup masa ?? Takde masa rehat ??? Kena belajar sendiri ?? Kene prepare sorang2 ataupun by group ??? SLP ?? OBE ?? Mysterious self study ?? Kenapa la hari hanya punya 24 jam ?

Ataupun sebenarnya kita sendiri yg memang tak pernah cuba untuk memanipulasi masa dengan sebaiknya... 
Semua orang dapat 24 jam sehari, 7 hari seminggu...

Being a 20 yo man, n you even can't afford to divide ur tyme properly... Then, it's a big prob... It's a big disadvantage... Using " sibuk " excuses, just show that you're a loser... Loser !! Loser !!

Mula la tak cukup tidur, stress, nak marah orang... Nak pukul orang... N somehow, it will nurture pimples on ur face... ( Tak ada kaitan dgn penulis )

Alih2... Cube release tension dengan menonton teater...

Aduh, tema teater pulak yang punya masalah... Preparation was good, but expect the unexpected... Tak sangka ada sinopsis yang tersembunyi... Tema-nya " Mengata Orang sepuas2nya so that in the end, Others realise that you even don't have any identity/you're just a piece of shit that able to make people ( kind of shit also ) laugh... "

Kan dah kene culture shock for 2 hours... Ada masa aku terkedu dan ada masa aku tergelak... Especially for the twilight episodes... 

Apa ibrahnya ??? Apa signifikan aku pergi teater tuh... ??

Entah la, tapi pada pendapat aku ad byk jugak perkara yang aku dapat...

1) Orang ni mcam2... Ada yang baik... Ada yang buruk... Tapi, ada juga yang jenis "bangga dosa", tak tahu malu... Kerana terikut2 budaya Barat, idealogi yg merapu2... 

2) Have respect. Kalau kita tak respect pendirian org, mcm mane mereka nak respect pendirian kita ??? Kadang2, kita pun tak perlu nak respect pendirian yang merapu2 dan bodoh bangang...

3) Jika nak kritik, do have the alternative solutions. Jika kata yang ni tak elok... Yang tu pun tak elok... Datangkan suatu idea yang baru yang jauh lebih elok... Kalau setakat mengata, budak tadika pun terer...

4) Aku bersyukur jd orang Muslim Melayu. Kerana diajar dr kecik bahawa budi bahasa itu penting dalam kehidupan...

5) Jika nak berlawak, tak perlu include bahan2 yang sexual-related. It symbolises that you actually lack of ideas, NOT unique... Being funny n being a vulgar-maniac man is totally a damn f'@#$%%g different thing !!

6) Belajar untuk menapis persekitaran anda... Yang mana elok, yang mana tidak... It's a basic survival of Muslim.

7) Jangan cepat tersinggung dengan tindakan orang2 yg jahil... Kadang2, kita ingat dyeorg bersikap provokatif, tapi hakikatnya, mereka tak tahu apa2 tentang Islam... Yang mana sensitif yang mana tidak... Bertindak kasar terhadap mereka pula akan "mengiyakan" pandangan serong mereka bahawa Islam itu radikal, bersifat bwh tempurung... Try the nice solution first... - Aku bukan Islam liberal...

8 ) Life isn't that beautiful... Rugilah sesiapa yang menjual agamanya dan maruahnya kerana dunia yang tak seberapa nih...

9) Istighfar la byk2...

10) Jgn tidur tyme lecture biochem...

Huhu

Sekian shaja...

Salam...

p/s : Tulisan ni penuh kekurangan, jgn diterima bulat2... tapislah terlebih dahulu...

Slow-slow

Salam...

2 minggu pertama rasa macam sebulan lamanya....

Entah kenapa... Tak tahu mana silapnya... Tapi sudah pasti bukan kerna terindukan-terkenangkan sesiapa...

Macam ada terlebih rembesan hormon dalam kitaran darah aku... Menyebabkan suatu rasa yang pelik dan aneh di dalam jiwa... Yang tak dapat aku nak ceritakan dengan kata bicara...


Aku harap dapat berubah, kalau tak banyak pun, sikit-sikit jadilah... Memperkaya potensi diri, menggilap skill yang tersendiri... Agar aku dapat menyumbang dengan lebih, ataupun sekurang-kurangnya aku tak menjadi beban kepada yang lain...

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah... Yang penting usaha dulu berdikit-dikit... Slow-slow, one by one... Layer by layer... 

Orang lain manusia, aku juga manusia... Berbuat silap dan punya kelemahan itulah hakikat... Jika perlu ditegur, dinasihati, usahlah sekat-sekat... ( lagu Jacklyn Victor ) 

Aku percaya  kebolehan orang sebagaimana mereka mempercayai kebolehan aku... So, marilah kita saling percaya mempercayai... HAHAHA !!! 

Orang memberi kita merasa, besar tapak tangan nyiru kami tadahkan... Lembu diikat dengan tali, manusia diikat dengan janji... 

 Okeylah, setakat itu sahaja...

Salam...

Oh OBE !! kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...

Dasar Jantan Tak Guna !!

Salam...

Post kali ini agak beremosi... Sebab dyelah, hari last aku kat umah dipenuhi dengan rasa geram yang amat...

Nway, maybe org ingat ini post mengumpat... Tapi kalau dah dasar binatang... Kira mengumpat lagi ke... Ah ! Aku tak lagi kisah...

Mak aku dah bising 2 3 hari pasal perkara nih... Mula2 aku x amik kisah pun... Sebab aku x suka ganggu rumah tangga pihak lain... 

Mak aku cakap... Ade jantan yang mengganggu anak kepada jantan yang lain... Maksudnye, bukan anak kandungnye lah... 

Mak aku pun cuak jugak tengok jantan tuh... Besar semacam... Sebab, dye bukan berasal dari sini... Oversea lah katekan... 

Cerita nye panjang lagi... Tapi aku ringkaskan...

Pagi tadi... Aku naik ke tingkat atas rumah aku... Tiba2, aku bau semacam... Bau yang aku cukup kenal... "BAu KemAtian"... Lalat ade lah 2 3 ekor datang menjenguk... Bising dgn bunyi "vuvuvela" nya yang tersendiri... 

Aiseh man... Ade anak kucing yang mati lah... Tersembunyi di celah kerusi sofa... Bau boleh tahan.... Nak termuntah aku dibuat nya...

Macam mane anak kucing tuh boleh mati ??? Entahlah, kalau ajal datang... Memang tak kira tempat dan masa... Bedal je...

Faktor utama maybe kerana kebuluran... Mak si anak kucing tak datang menjenguk...

Faktor kedua, dibunuh oleh Jantan yang tak guna... Seekor kucing Parsi yang baru sahaja bermaharaja lela di kawasan rumah aku... 

Sebelum nih, adik/abang kpd si anak kucing tuh dah mati dibaham Jantan tuh... Jiran aku sendiri yang menyaksikan kejadian tersebut...

Sebenarnya, ibu kucing ingin menyembunyikan kelahiran anak2 baru nya... Dengan menyimpan mereka di dalam rumah aku... Kononnya selamatlah...  Tapi akses ke dalam rumah aku telah ditutup... membuatkan ibu kucing tak boleh menjenguk anak kucing... 

Diburukkan lagi, Si Jantan tuh pun tahu jugak tempat private tuh... Entah siapa yang bocorkan rahsia... Aku juga pelik, kenapa si jantan tuh beriya2 nak baham anak2 kucing... Maybe untuk mengelakkan persaingan dan survival instinct.

Akhir kisah... Matilah semua anak2 kucing yang baru lahir tuh... Then, sebagai tanda terima kasih... Tuan rumah dapat seekor anak kucing yang telah mati...

Dan aku kena mencuci kesan2 kematian anak kucing tuh... serta menanam mayat kucing di tempat yang sepatutnya...

Ibu kucing kelihatan tak bermaya bila mengetahui kenyataan sebenarnya... Maybe disebabkan oleh naluri keibuan seekor kucing yang tak punya akal...Actually, it is an awesome fact that even a cat have a very loving feeling towards her kittens... That never fade ...

Kasihannya anak2 kucing diperlakukan oleh Jantan2 yang tak guna nih... Sometimes nature is cruel too... 



Bila aku fikir2 balik... Tentang kejadian buang bayi yang agak berleluasa akhir2 ini... Sememangnya ia adalah satu fakta yang amat menakutkan...

Permulaan yang buruk, hasil pergaulan bebas... Diakhiri dengan yang buruk jugak... Anak2 yang tak berdosa ini dibuang merata2... Perbuatan yang jelas amat bercanggah dengan sifat kemanusiaan yang sepatutnya... Ke mana pula hilangnya naluri keibuan seorang wanita yang sanggup membuang kandungan yang bersama-samanya selama 9 bulan ???  Dan apa jenis Bapa yang sanggup memperlekehkan nyawa darah dagingnya sendiri ??? Demi menutup malu yang mereka sebelum ini  membuang sejauh2 nya perasaan malu itu... Melakukan apa sahaja yang dihajati... Layakkah mereka bergelar manusia ??

Oh ! Tidak sama sekali... Setaraf dengan kucing pun tidak juga... Kecuali mereka kembali... Bertaubat kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Bila aku terhidu bau busuk kucing yang mati... Yang sememangnya busuk... Aku tertanya2 bagaimana orang yang menjumpai bayi2 yang dibuang ini menggagahi diri untuk melaksanakan tugas mereka... Sebab bau mayat manusia adalah yang paling busuk dalam dunia...

Hari tu aku pernah ke Unit Forensik... Kata seorang pegawai di situ... Antara perasaan yang paling sedih/serba salah/ sangat kasihan ialah bila dia terpaksa melakukan post-mortem ke atas bayi2 kecil... 
 


Lagi kasihan bila menyaksikan anak2 yang kecil lagi tak berdosa ini... Diperlakukan dengan kejam dan luar perikemanusiaan oleh JAntan2 dan Betina2 yang tak guna di luar sana...

Moral of the story bukanlah jangan membuang bayi merata2... Tapi berusahalah dengan tekun... Tanpa ada sebarang peluang untuk melakukan kesilapan... Jagalah diri dan ahli keluarga kita daripada perkara yang seumpama ini... Nauzubillah... 

Mari sama2 kita amalkan doa ini : Surah Al-Baqarah,128 dengan harapan moga2 Allah swt sentiasa merahmati dan menetapkan hati ahli keluarga kita supaya sentiasa berserah kepada-Nya Yang Maha Agung lagi Maha Perkasa.

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Sekian untuk kali ini... Wassalam...