Hanya Tuhan Yang Tahu

Salam.

Pesanan penaja : When I write, never cross my mind to demotivate those who read, but to share morales and inspirations as much as I could, so that we can preceive problems and conflicts in better perspectives, and later we could deal and manage them more wisely than before. Jika ada tulisan yang melanggar etika di atas, dengan sendirinya post itu tertolak. Cewaaahhh. :)

Okay, back to business.

Welcome new semester, new posting.

Welcome back to hospital. Oooooo, i really miss Tampinnnn...
Heard that VC suggest that we use the new Hospital Tampin as USIM teaching hospital, looking forward to it.

Obstetrics = Mothers and babies = dealing with two lives = bloody bloody business. Rasa sedikit khayal bila tengok darah yang begitu banyak. 14 babies to go. May Allah ease.

Miracles, miracles and miracles. SubnaAllah. Bijaknya ciptaan Tuhan, betapa kerdilnya kita sebagai hamba-Nya.

Daripada permulaan kitaran haid itu sendiri, kemudian proses penyatuan telur dan sperma, proses mengandung dan kelahiran anak yang disertai tangisan. Dipenuhi keajaiban yang diatur indah sungguh. Jelas sekali yang si Tukang Pengatur tu bukan calang calang, bukan terjadi sekadar randomization. SubnaAllah wa Tabarakallah.

The best part is the emotional part that never can be fully explained by facts.
Perasaan berdebar-debar dan kesakitan si ibu, kegelisahan si bapa, dan kegembiraan kedua-duanya bila si cahaya mata yang ditunggu-tunggu dilahirkan. Cukup menyentuh perasaan jiwa manusia.

When I first saw and heard a father sedang azan his child, tiba-tiba datang rasa sebak. Bukanlah tak jantan tapi saya pun punya perasaan yang normal. Dan tengok dia senyum hingga ke telinga dan nampak begitu berterima kasih pada kita, padahal tak buat apa pun sekadar monitor isterinya sahaja, terasa lagi perlunya kita pada SYUKUR pada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang dah beri kita kehidupan dan macam-macam.

Tapi petang tadi, ada suatu kes yang lagi menyentap perasaan. 

Kes janin tak cukup bulan, dan dah meninggal dalam kandungan. Si ibu ditempatkan di wad Antenatal hingga janin itu keluar sendiri. Hanya Tuhan yang tahu. Sambil jasad janin itu keluar, si ibu menangisi pemergian anaknya. Oh God, forgive me over what I have sinned !!!
Begitu besar ujian si ibu, dan aku rasa sangat bersalah sebab menghadirkan diri menyaksikan situasi itu.
Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik buat beliau, dan ujian seberat ini sebagai kaffarah buat beliau dan ahli keluarga.
Dan sungguh, hanya Allah lah yang sebaik baik Pemberi Balas.

Tabik hormat kepada semua wanita berstatus ibu dan bakal ibu , semoga sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya.

# Esok akan ada teaching round dengan Prof Nik Nasri, looking forward to it. Bersiap siaga untuk kelas yang baik. Doakan kami baik baik sahaja.


Berjuang

Salam.

Hari ni Ahad. Esok Isnin. Lama berzaman dah tak puasa sunat. Nak try cuba lah esok. (eh, aiman ni nak buat baik pun bagitau orang ape daa..)
No no.
Ni namanya azam. Buatnye aku tak sahur esok, tak jadi jugak. But at least, ada niat yang baik. Pahala doh situ. Senang je buat pahala, kita je taknak. Alasan hipokrit bagai, alih alih duduk berumah sorang sorang bertiang 2 jugak nanti.
Nak berteman ? Sorilah beb.

Tapi kan,
rasa malu jugak kadang-kadang.

Bila buat baik, "oooohhhh baiknya aku...." bermonolog perasan seorang.
Tapi bila buat jahat, " Ala, kire okey la ni, sikit je...." Kena tipu hidup hidup dengan syaitan.
Akhirnya ?

Kosong kosong kosong. (NL)

Astaghfirullah. Geleng kepala. Hanyut dengan dosa, masih berangan nak bau syurga. Semoga pintu taubat tu masih terbuka luas. Dan sememangnya begitu melainkan kita tak ambil peluang.


Dan selamat berjuang kepada adik adik yang baru habis SPM, yang bakal menjengah suatu episod kehidupan yang baru.

Ya, sekarang agak sukar untuk memilih bidang yang sesuai dengan kehendak masing masing. Ada yang memilih untuk mengambil jurusan perubatan, tapi ada persaingan yang begitu sengit. Baik di kalangan Bumiputera atau bukan Bumiputera. Dan akhirnya, bak kata orang, mungkin pujian melangit tapi cream of the cream jelah yang dapat tempat.

Secara ringkasnya, mungkin kalau kita berusaha lebih, kita akan dapat apa yang kita inginkan.

Contohnya, nak amik jurusan perubatan, kena at least A Biologi, dan ada banyak A. Ops, A+ dah sekarang.

Tapi, sebelum pilih tu, kena fikir betul betul.

Betul ke aku nak pilih jurusan ini atau itu ? Atau dengar kata kawan/orang je ? Ke mak ayah suruh ? Ataupun apa apa jelah asal ada kerja nanti.


Jadi, untuk merungkai persoalan persoalan di atas, adalah perlu untuk anda semua duduk sekejap, teliti balik jurusan yang dipilih itu, dan senaraikan pro dan  kontra, dan ajak mak ayah sekali dalam perbincangan ni.

Ala, lecehla bang. Lambat lagi.

No no.

Inilah masa yang paling kritikal dalam hidup anda. Bukan nak menakut nakutkan anda semua, but you should consider it over and over again.

Pemilihan anda akan menentukan dan mengubah nasib anda dalam masa 3-5 tahun lagi, paling kurang. Kesannya hanya boleh dirasai selepas itu.

Tak faham ?

Contohnya korang amik jurusan perguruan, tapi last last masa tahun 2 mengaji, rasa tak sesuai nak jadi cikgu. Tertekan, pelajaran merudum. Meroyan nak keluar IPG dan kemudian masa 3 tahun yang berlalu termasuk asasi jadi sia sia sahaja. Jika nak amik jurusan lain, kena mula dari bawah balik. Tu pun belum tentu anda suka.

Jadi sayanglah, dan tentu korang taknak perkara macam ni berlaku pada diri sendiri kan.

Dengan sedikit rasa tanggungjawab, perlu rasanya saya memberitahu anda bahawa perkara macam ni boleh berlaku, dan sangat sayanglah jika jurusan yang diambil itu kritikal, contohnya jurusan perubatan yang mengambil masa 5-6 tahun untuk dihabiskan, tu baru ijazah dik. Banyak masa dibazirkan begitu sahaja. Oh, rugi !

Potensi diri tidak dapat dimaksimumkan, dan hasil yang dapat pun tidak memuaskan. Akhirnya, dan kesudahan yang paling buruk, nanti kita berkerja berlebih kurang sahaja, ala ala kadar atas sebab tak minat.

"Jadi abang nak cakap jangan amik jurusan perubatan, gitu ? Jangan amik jurusan yang kita tak suka, gitu ? Jangan ikut cakap mak ayah sahaja, gitu ? Kan derhaka pulak. Apa lah abang ni merepek."

Tak, bukan begitu maksudnya. Tapi perbincangan terlebih dahulu, disertai ibu bapa anda seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah wajib, penting dan perlu.

Semua orang nak berjaya. Semua orang nak merasai sukses. Dan ada jalannya bagi orang yang mahu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Pesanan peribadi, jika nak amik jurusan perubatan, kena istikarah betul betul, sebab bidang ni sangat mencabar, mencabar hak peribadi. Tak boleh sekadar beralasan, mak ayah suruh, sebab nak bantu orang, glamor, kaya. It's more than that. Once in, kena ada semangat kuat dan sumber motivasi yang kukuh.

Minat boleh dipupuk. Dan kena pupuk once dah pilih sesuatu jurusan. Tak ada jalan mudah untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Bahkan setiap bidang, bukan jurusan perubatan sahaja, ada cabaran dan liku-likunya yang tersendiri. Kena kuat. Dan memang abang tak nafikan, kalau dah minat tu, memang agak advantage lah.

Tapi ada perkara yang lagi penting yang perlu diterapkan, iaitu rasa TANGGUNGJAWAB.



Bila dah dapat tawaran tu, ikutlah JPA/ MARA oversea ke, cikgu ke, SPA ke, nurse ke, medik ke farmasi ke ape, take it with sense of responsibility. Dannn jangan sesekaliii take it for granted.
"Ah, tengok lah dulu, tak sesuai nanti aku chow lah."

Kesian kat orang lain beria ia nak dapat tempat, kita main buang gitu je.

Pendek kata, untuk setiap jurusan yang kita ambik tu, kena consider :

Cabaran ? Belum cuba belum tahu. Agi idup agi ngelaban.
Tak minat ? Tak kenal maka tak cinta. Selami perlahan lahan. Think positive.

Sekarang zaman moden. Cabang ilmu pun luas, bahkan kalau sekadar berkelayakan sijil pun masih boleh berjaya. Contoh sijil mekanik kapal terbang, dan juga NDT pipe inspector. Gaji beribu ribu sekali jalan.

Takkan bulan jatuh ke riba, takkan durian datang bergolek. Manakan dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyungnya.

So, kena berjuang. Berjuanglah demi cita-cita anda. Dan pastikan cita-cita tertinggi anda itu menebus langit mencari redha Rabbul Jalil.

And once again, i keep repeating this amazing quote,

Success is not final, failure is no fatal. 
It is the courage to continue that counts. ~Winston Churchill

till we meet again. Wassalam.


P/s : Agak agak kalau tukar background kasi attractive sikit semakin ramai follower ke. HUHUHUHUHUHUHUHUHUHUH. Ok, dont tell me already know the answer.

Tak jumpa

Assalamualaikum

Lama tak update blog.

Sonamu is going away from East Coast. Dan HSNZ pun da tukar kod hijau balik. Tadi singgah di hospital hantar air panas kat kakak aku, ade sebiji lori generator TNB kat luar.

Semalam aku buke radio, di tengah tengah kekalutan mendengar berita kedatangan Taufan Sonamu, adelah temuramah dengan pakar metreologi ke ape, dia cakap walaupun anggaran sebenar kekuatan Taufan Sonamu ialah lebih kurang 150 km/h, tapi sebab dijangka berlaku pergeseran dengan angin Monsun yang bergerak dari arah bertentangan, kekuatan Sonuma berkurang menjadi separuh. Jadi nama pun tukar bukan taufan lagi dah, jadi ribut tropika je dengan kekuatan 40-60 km/h, dan ombak dijangka mencapai ketinggian 3-6 meter.

SubhanAllah. Bijak betul ciptaan Tuhan.

Alhamdulillah cuti kali ni, ade 2 berita pertambahan ahli keluarga baru.
  
Semalam dapat lagi sorang anak sedara baru, yang ke 10. Tapi memandang aku kurang sihat, selsema dan demam. Takde lah teruk sangat, tapi fikir 2 kali jugak lah nak pi hospital, kesian budak budak kang berjangkit karang.

Esok pagi, akak aku yang sorang lagi kat Segamat kene induce dia punya labor. Sebab dah lewat seminggu dari tarikh due date. Yang ke 11 insyaAllah. Then, kene pi Segamat lah melawat gamoknye.

In the other hand, alhamdulillah jugak sekali lagi sebab already done with Community Health posting in Tampin.
Rasa seronok jugak CH ni, jumpa dengan orang, berinteraksi dengan pesakit, melawat rumah pesakit. Pi turun tengok loji air, kawalan vektor dan pemeriksaan premis makanan. Walaupun rasa macam ada juga yang tak berkaitan, but still semua ini dalam lingkungan skop penjagaan kesihatan secara umumnya. 

Passion. Tak leh nak dibuat-buat. Hanya terbit dari hati yang ikhlas. PKD Tampin ramai orang yang punya passion. Jadi, my highest respect for them, sebab aku yang tahu setiap kerja itu adalah ibadah pun buat kerja sambil lewa jugak. Buat malu jek.

Memandangkan CH ni kurang sibuk, jadi banyak lah perkara lain yang menjadi bualan. Dah lah duk drive je memanjang sepanjang posting ni, ke hulu ke mari.
Antara perkara utama yang menjadi bualan, haa, sendiri sendiri fahamlah.

But there is one thing I would like to share. ( Caution : From man with no experience at all)

I once asked this one fella, "nak cari apa ?"
He said, "nak cari bahagia".

Kadang-kadang, kita menunggu begitu lama. Katanya menunggu Mr Right/ Mrs Right.
Tapi kita kene ingat, bahawa Mrs Right bagi kita tu bukanlah Mrs Perfect. Ada perbezaan ketara di situ. Kalau Mrs Perfect tu, semua orang perasan dan berangan dialah Mrs Right mereka, kemudian bila terlepas semua patah hati.
Tak salah cari yang baik baik, memang sepatutnya pun. Tapi kena ingatlah kita ni will complement each other. Terlalu cerewet memilih yang sempurna hingga tak jumpa, kemudian kalau jumpa pun kita juga yang angau sorang diri.
(hai mengata diri sendiri ke bang)
Aku rasa aku dah post satu cerita yang pasal you're not my mr right.

Dan cara pendekatan kita juga menentukan tahap keikhlasan kita. Someone yang berhati murni takkan mesej orang malam-malam kacau  nak tanya dah makan ke belum. Hatta urusan kerja sekalipun kan.
Ala, dulu time sekolah ade jugak mesej-mesej. siap mesej2 berkonon konon islamik tu takleh blah. But now I realised that, it was wrong and men with noble heart would not do that. Bila terfikir balik, tergelak sorang-sorang. Bahasa elok sikit cinta monyet, bahasa kasar dan sebenar benarnya adalah mainan dan bisikan syaitan semata-mata.

Soal hati ni takleh nak paksa kan. Ni bahagian yang paling susah oo. Tak reti lah nak cakap. Haa, the best word, syok sendiri. Selalu la jugak syok sendiri. Mengarut je memanjang.
But at one time I asked my sis, why my crush is also another's crush ? Ramai pulak tuh.
Dan kakak aku jawab dengan jawapan paling mantap. Sebab mung gatal.
Lepas tu terus bertobat. Mula mengukur baju di badan sendiri, menginsafi kelemahan diri. It is not truly a feeling, but just a random thought. Proses kematangan logik pemikiran mula berkembang sikit.

Taknak cerita la pasal orang ade mesej marah marah aku pasal tak layan orang kan. Poyo pulak.
Nasib baik la aku dah matang time tu... aku rasa lah. :)
Sesuka hati je nak paksa paksa orang. Mana boleh. Jual mahal sikit sekali sekala.

Ade pulak yang jahat, berlakon jadi somebody kemudian mesej jiwang kat kite kan. Yang ni memang aku hangin lah, dah dari tulisan dia kita tahu kita punya kawan. Ade pulak nak sabotaj malukan kawan sendiri. Jahat jahat. Gurau gurau jugak, tapi gurauan ni macam nak menjatuhkan kawan je. Memang tak baik r.

So, morale of the story, bukan aku nak cerita sangat pasal masalah ni kan.

Cumanya daripada pengalaman yang aku peroleh,
sebaik baiknya dan seharusnya,
lelaki sekurang kurangnya kena tahu menghormati kaum wanita, dan jangan sesekali nak menganiaya, kalau minat, mohonlah dengan cara yang betul dan gentleman. Kalau tak minat, jangan pulak buat khianat.
Perempuan pulak kena tahu cara sepatutnya mereka dilayan. Kalau ada lelaki yang melanggar pantang larang yang tersebut, maka cepat cepat lah selamatkan diri anda kelak anda juga merana. Kalau ada lelaki yang baik datang memohon, janganlah cerewet sangat.*


*Tertakluk pada terma dan syarat.

Islam bukan agama yang mengongkong tapi agama yang mengawal - kata UAI.

Ada solusi yang baik dari sudut Islam untuk perkara yang baik seperti ini. Kenapa cari yang lain.
Ada banyak perbahasan yang boleh didengar dan diteliti, untuk akhirnya kita dapat membuat keputusan yang betul dan tepat, selari dengan ajaran Islam. Manfaat untuk kita jua akhirnya.

Pergaulan juga harus dinilai balik dari semasa ke semasa, agar mengelak salah faham atau juga menimbulkan fitnah. Tu sebab ada yang syadid tak boleh langsung pergaulan tu.

Sentiasalah berdoa bukan sahaja untuk mendapat pasangan yang baik, bahkan zuriat dan keturunan yang baik jua, penyejuk mata dan penyambung legasi keimanan dan ibadah. Amin.

Mode : Still waiting for my Venus... (mengada-ngada je)
Points to ponder.... SSM haram tak bergerak lagi.