With so much potential why waste ?

Salam,

Oh, belog ini huduh. ~Huduhnyeee~
Maafkan saya. Kalau reti decorate blog ni, dah lama buat. :(
It should be simpler yet attractive.

Sape pernah tengok Battleship ? Ye, yang Rihanna berlakon tu. Aku tak kenal hero sape sebenarnya. Lantaklah.

Whatever it is, bila tengok cerita aksi nih, memang bab tembak menembak aku tabik r. The one yang aku nak mention, morale of the story, kisah hero yang underdog. Tiba tiba je lawan alien selamatkan dunia. Menang pulak tu.

Walaupun banyak skil dan potensi, tapi si hero mensia-siakan potensi yang pada dirinya di permulaan cerita. Nak ask in marriage pun gagal, sebab dia tak mampu kawal dirinya.

Nak dijadikan cerita lagi pendek dan ulasan cerita ringkas, antara kata kata yang terngiang ngiang kat telinga aku bila tengok cerita ni. bila ade orang kata kat hero tu,

"I`ve not seen anyone with so much potential like you, but I also have not seen anyone wasted them so much like you are."

Ngan aku aku tersentap time nih.

Ni lebih kuranglah terjemahannya.  Muet aku band 4 je.

Aku rasa macam kena sebijik atas hidung.

Yelah, kita yang berkebolehan tentang sesuatu, tapi bila hendak diberi tanggung jawab, seboleh bolehnya kita mahu lari. Lari dari tanggungjawab. Tak kena jiwa katanya.

Kita kalau boleh nak hidup macam dalam fairy tale. Happily ever after... the end.

Kita sia-siakan kepandaian yang ada pada diri kita tanpa ditambah.
Kita sia-siakan bakat yang ada pada diri kita tanpa diasah.

Kita rasa sangatttt selesaaa dengan comfort zone kita. Kan ?
Sekali musibah ujian melanda, terus kita gelabah.Tension dan tension.
Dirasakan dunia sungguh tidak adil.
Mengapa begini ? Mengapa tidak begitu ?

Hakikatnya.

Realitinya.

Hidup ini penuh dengan ujian. Dan dalam persediaan jiwa menempuh segala rintangan yang akan berlangsung kelak, perlunya pembinaan jiwa yang kental dan kebal macam kereta kebal.

Sudah tiba masanya, kita beralih kepada pemikiran yang positif terhadap masalah atau isu.
Sudah tiba masanya, kita berubah angin mencari solusi bukan mencari siapa yang perlu dipersalahkan dalam sesuatu hal.

Sebesar besar ujian pun, insyaAllah kita akan berjaya atasi. Tapi dengan satu dan hanya satu syarat, kebergantungan kita akhirnya hendaklah pada Allah jua, Tuhan pemilik alam semesta, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dan bukankah Dia sudah berfirman yang mafhumnya seseorang itu takkan diberatkan melainkan apa yang dia mampu.
Percaya ini bukan setakat membenarkan dalam hati, bukan setakat menutur kata, tapi mesti juga dalam amal kerja.

Seringkali kita dimomokkan bahawa tugas menjadi seorang doktor itu payah. Menjadi kuli batak yang hanya bezanya gaji tinggi. Pada pendapat peribadi aku, seharusnya di zaman moden penuh gajet ini, kita beralih arah, daripada asyik memomokkan cerita kepayahan lebih baik kita mencari inspirasi dalam menjalani kerja yang mulia ini.

Doktor ini bukan untuk mereka yang mahu bersenang lenang goyang kaki di kerusi, tapi untuk mereka yang kental jiwanya persis kereta kebal.

Doktor ini bukan untuk mereka yang hanya mahu berkurung di bilik dengan buku, tapi juga gagah mendepani masyarakat menyumbang apa yang perlu.

Untuk menjauhi profesion kedoktoran adalah salah satu pilihan.

Tapi untuk meneruskan pekerjaan ini juga pilihan yang jantan.
Setiap perkara ada cabarannya tersendiri.

Aku tak nafikan kalau naluri keibuan itu juga sangat tidak selari dengan tekanan kerja sebagai seorang pegawai perubatan macam akak aku. And my personal opinion, kalau perempuan tak payahlah jadi doktor, tapi aku pun sendiri janggal dan pelik dengan pendapat aku ini, memandangkan ia tidak mendatang sebarang manfaat kepada masyarakat seluruhnya.

I believe there is solution, but not yet found. The options left, is to prepare yourself (perempuan) secara mental dan emosi. Banyak banyak lah berdoa.

But let me share this,

I was once asked a doctor, whom his wife is also a doctor while playing Uno during English Gateaway.

How did you deal with life ? How did you seek happiness ? Your family ?

He smiled and replied,
"How did you define happiness and who gives you happiness ?? "
" As long as you lick the right ass".
(eee, aiman pengotor/ ape ni sensored la wei)

{Hope you guys understand}

Bahasa melayunya kepada selagi bergantung harap kepada yang sepatutnya (TUHAN).

Kita sering dimomokkan, yang bahagia itu bini yang cantik, anak-anak yang comel macam teddy bear. Kereta mewah mercedes aka volvo dan sama waktu dengannya. Punya rumah besar macam istana. Punya bodyguard jugak tolong bukakan pintu. Ade lif dalam rumah. Melancong oversea, bertemu kasih di Eiffel Tower. Bla bla bla.

Itulah b.a.h.a.g.i.a.

Hakikatnya kita tak tahu, bahawa di sebalik rumah yang besar itu, sebenarnya ada konflik perebutan harta pusaka, isteri tak percayakan suami, hutang berjela jela dan banyak lagi masalah yang lainnya.
Bukan aku maksudkan bahawa kita kena ade persepsi bahawa kalau rumah besar, nanti bini tak percaya. Bukan, bukan itu maksud aku.

Maksud aku, siapakah yang sebenar-benarnya yang mencampakkan mawaddah dan rahmah itu ke dalam hati manusia ? Angkat tangan dan jawab sendiri dalam hati.

Akhir sekali,
Seharusnya kita sebagai manusia selalu muhasabah diri. Menilai kelebihan dan menginsafi kelemahan diri. Dan hakikatnya perjuangan hidup kita bukan setakat di sini, dunia yang fana ini. Bahkan lebih besar dari itu. Kita ada akhirat. Dan dunia jambatan akhirat.

Bila lagi nak beramal kan ?

Kita manusia dengan begitu banyak potensi untuk mendapat redha Tuhan, tapi masih bergelut untuk mengingkari nafsu dan telunjuk setan.
Bukan kita tak tahu. Yang sebenarnya buat baik jauh lagi senang dari buat jahat.

Astaghfirullah li wa lakum. La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Soalnya, kita percaya atau tidak ?

Kita ada tempat pembalasan. Kita ada akhirat. Kita ada bekalan untuk disiapkan. Dan kita ada expired date yang sudah ditetapkan. I dont know mine even you I supposed.


Ke-bruce wayne-nan

Salam.

Sape ade tengok ni ?


 The dark knight rises


Terkesan dengan 10-15 minit terakhir cerita dongeng lakonan Batman nih. 
 * Nak faham cerita kene tengok Batman 3 juga.

Erti hidup pada memberi ? Biarpun diri terluka ? Macam lilin dibakar untuk menerangi orang lain jua. ( Memang Batman tak mengecewakan dari segi pembawaan nilai moral dan kemanusiaan dalam kehidupan sehari-hari - bahagian censored skip lah tapi)

Hanya orang yang berhati besar yang mampu buat nih. Dan orang yang ada kacamata akhirat. Sebab semua benda dia pandang sebagai bekal, dunia demi akhirat, bukan dunia demi dunia. 
Sebab dia tahu, akhirnya dia akan diberi ganjaran jua, biar tidak di dunia pasti di akhirat, jika benar dan betul caranya. Serta tulus dan suci niatnya dalam mencari redha Rabb Tuhannya.

Currently in Tampin. Sibuk juga walaupun katanya holiday. Alhamdulillah sudah selesai data collection di FELDA Sungai Kelamah. 

Seronok masuk kampung, memang kenyang tak payah cari restoran bila tuan rumah sediakan air, dan pihak JKK pula berhempas pulas menyediakan makan tengah hari untuk kami. Win-win situation. 

Cumanya, kalau dapat buat pemeriksaan kesihatan percuma dari rumah ke rumah sambil kumpul data kaji selidik tu, mesti lagi seronok. Ala, dah ade HID. Sehari je kot. 
Takpun keliling rumah cari Aedes dan educate orang kampung tentang Denggi. Lagi bermanfaat. Boleh aplikasi ilmu yang diperoleh di Unit Vektor PKD Tampin.
Ni duk tanya je soklan tuh, dry la jugak rasenye. Haih...... Mesti orang kampung pun suka... huhu.
 Mr -lupa namanya- ni cakap nak jumpa TGNA. 
Tulah kan, non muslim pun respect ulama, kita yang perasan bagus ni 
duk mengutuk orang hipokrit segala. Malu malu.


Sekarang dalam masa persedian untuk Karnival Kesihatan, dan aku in charge bahagian cari dana sponsor. Memang fail, takde bakat dalam bab ni. Buat ape yang termampu jelah. Orang belah sini push, orang belah sana push. Grrr. Tapi ada juga yang sudi menolong. Alhamdulillah. JZKK.
Kemudian kena bagi ceramah kesihatan pulak tu. Entah apa nak diberitahu entah. 

Whatever it is, hidup mesti diteruskan. Erti hidup pada memberi kan. Kadang kadang rasa sibuk, rasa terbeban kerja berbanding orang lain, timbul persoalan, kenapalah asyik aku je kan ?
Tapi from the bright side, kita lagi terbuka peluang untuk buat amal jariah sendiri. Orang lain yang taknak ambil tanggungjawab, merekalah yang rugi. 

Satu lagi masalah, riak dan rasa tak ikhlas. HUh.... macam mana nak elak ye ?
Perasan bagus dari orang ? Ataupun rasa orang tu tak cukup bagus ? Tu masalah internal. Sendiri mau ingat lah. Perasaan yang tak elok ni, akan membuatkan jiwa tak tenang. Cepat cepatlah buang. 

Di dunia ni, ada banyak benda yang berpasangan.
 
Kadang kadang, kita diberi ujian sakit, untuk akhirnya kita menghargai nikmat kesihatan yang kita peroleh ~ pakcik yang tak pernah masuk hospital. 

Kadang kadang kita sibuk, untuk kita menghargai dan sedar bahawa nikmat lapang tu sepatutnya dihabiskan pada benda-benda berfaedah. 

Kadang kadang kita direject dan ditohmah, untuk kita menyelami perasaan gembira bila diterima dan dihargai. 
Lagipun, kita tak boleh nak buat semua orang suka kita, even kita pun tak suka semua orang ~ HZ.
Berani ke kita untuk mengatakan, saya single dan saya ok. Sebab saya sedang menikmati waktu bujang saya dengan cara yang sepatut dan sebetulnya.
Daripada ber'couple', kemudian menyalahkan takdir atas segalanya ????
( Ape ke hal aku masuk bab nih ? weeeeee....~)
Mode : RED Light will turn to GREEN light, time will decide. Eh, for the RIGHT price, kita akan FIGHT !!! Wuarghhh.... :p

Ok serius2. Back to business.
Kadang kadang kita ditimpa perasaan takut, untuk kita nilai balik diri kita, ketakutan mutlak kita yang sebenar adalah kepada siapa ? Kepada Hantu malam jumaat/pemerintah zalim/Aes ? 

Kadang kadang juga kita rasa jalan begitu sempit dan susah untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Untuk menyedarkan kita bahawa yang memudahkan jalan hidup kita sebenarnya bukan sekadar usaha dan ikhtiar diri, tetapi juga tahap kebergantungan mutlak kita kepada Pemilik Alam Semesta jua.
Dengan cara sedemikian, sepatutnya kita semakin faham dan hadam nilai SYUKUR itu.

Hari tu masuk felda ada interview orang kampung, duduk sekali mereka pun sempat berkongsi cerita, barulah kita sedar, betapa sepatutnya kita rasa syukur. Ramai lagi yang lagi susah dari kita, ditinggal suami anaknya penagih, tapi ibrahnya anak mula berubah hati cuba untuk berhenti dadah. 
Musim banjir, ade penoreh tak dapat turun ladang, banjir. Terpaksa menumpang rumah bapa untuk sesuap nasi. Kesian kan. 
Saje aku bagitau ni sebab sekarang dah hujung sem, dompet pun dah kering kan semua.

This is week is going to be a long one for me. Doakan saya. Oh duit. Masuklah kamu ke dalam tabung. Hadoinya-pun-nak-resit-pulak-lah-segala-dah-kedekut-tu-kedekut-lah ... Grrrr. Kan jahat mulut dah tu. 

Simbolik

Salam.

Bila Israel dahulunya diserang dan dihentam oleh Nazi Jerman, ia dikatakan Holocaust. Pembersihan etnik yang sungguh tak beretika dan berperikemanusiaan oleh sebuah kuasa besar Jerman ketika itu.

Oleh kerana bangsa Yahudi telah ditimpa musibah Holocaust lalu dibenarkan penubuhan negara Israel oleh British, tambah tolak kejatuhan empayar Ottoman Turki, atas tanah negara lain iaitu PALESTIN.
Menangis. Jerman yang berdosa, biarlah Jerman yang bayar. Sepatutnya.

Dan sedikit demi sedikit, tanah negara PALESTIN dirampas secara biadap.
Orang Palestin mempertahankan tanah mereka, tapi dituduh pengganas.
Menangis.

Jika Israel dikecam, akan dituduh anti semitik. Jika mengutuk Israel akan dikatakan 'tak faham kesusahan orang Yahudi zaman dahulu', tiada sifat kemanusiaan dan belas ihsan.
Yang benarnya, walaupun Israel begitu zalim dan kejam dengan orang Palestin, dikatakan sesuailah. Padanlah dengan muka orang Palesin yang selalu menyerang bandar-bandar Yahudi dengan roket.
Sampai sekarang aku tak dapat nak cari rasional, sebab, atau sesuatu yang berkaitan yang membolehkan rejim zionis mengganas di Palestin. Tapi berdasarkan respon/komen di Youtube ataupun Yahoo!, rata-rata inilah pemikiran memenangkan Israel-lah yang dominan.
Sedih. :(

Sama ada mereka benar-benar tak tahu, ataupun yang lagi sedih dan sadis, mereka menidakkan kebenaran. Dan itulah hakikatnya.
Aku nak cerita pun tak habis, lebih baik google sendiri yahoo news, dan perhatilah komen-komen yang diberi.

Tapi moral yang paling penting sekali,
kita hari ini pemikiran yang macam mana ?
Ikut kata orang semata ? Ikut rasional semata ? Ikut dalil semata ?

Dan kalau kita berdepan fakta benar yang berlawanan dengan pendapat kita, macam mana respon ?
Cuba menyelidiki kebenaran sesuatu berita atau perkara ? Ataupun kita ini in DENIAL mode, selalu menidakkan perkara yang benar.
Yang lagi sedih, kita tahu tapi kita BUAT BUAT TAK TAHU sebab pemikiran 'selagi bukan tepi kain aku'. Kena batang hidung sendiri baru terngadah.

Kalau Zionist Jajah Kuala Lumpur

Dunia jambatan/ladang akhirat ? Berapa ramai yang benar-benar mengambil peluang ?



Aku rasa aku dah mention sebelum ni, bila aku pergi melawat Taman Tamadun Islam, pemandu pelancong tu bagitau, diorang boleh ukur Kubah Emas sahaja, (Atas penjuru kiri). Kubah Emas dan Masjidil Aqsa adalah dua bangunan berbeza. 
Israel tak bagi ukur masjidil aqsa nak buat model masjid.  
Maksudnya, mereka dah plan lama nak lenyapkan Aqsa dari peta dunia.
So, pray for them. And pray hard. 
Orang Muslim Palestin dah cukup orang, mereka bersedia syahid bila bila masa. 
At least, iringi dan ingati mereka dalam doa.
Tidak lupa, keganasan yang berlaku di Syria.
HasbunAllah, wa nikmal wakil.




Lebih

Salam.

Baru ni khutbah Jumaat : Biar KAYA dunia dan KAYA AKHIRAT. Tapi jangan sesekali biarkan nafsu menguasai diri tanpa dididik IMAN.

Susah, bila kita diuji macam-macam. Tapi kita tak semestinya diuji dengan susah. SENANG pun UJIAN.

Senang ni orang kata adalah kelebihan, tapi pada masa yang sama, boleh jadi macam senjata makan tuan.

The way you use it, determine the outcomes. For both phases, dunia and akhirat.

So, you should not be worry much if you do not have something, but should worry if you have something but cannot use it for your akhirat benefits.

Kadang-kadang kita perasan sorang-sorang, aku takde masalah, aku ada segala-galanya, kereta aku ade, rumah aku ade, smartphone aku ade, laptop baru aku ade, Tuhan sayang aku. Dan kita seronok dalam comfort zone itu dan langsung tak kisah pasal orang lain. Itulah sebenar-benar UJIAN besar yang tersembunyi.

Khutbah Jumaat juga : Dunia jambatan untuk akhirat. Tapi berapa ramai yang betul-betul mengambil peluang tersebut ?

dan satu lagi moral of the story,

kadang-kadang kita usaha macam-macam untuk selesaikan masalah KITA sendiri, hingga terasa give up untuk ikhtiar lagi.
Tapi berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ini, kadang kadang bila hadapi masalah, cuba juga luangkan masa dan ruang untuk menjadi busy body mendengar masalah ORANG lain juga. Bila kita dapat tolong, at least and somehow, our problems later could be solved too. Inilah magik. Dalam kata yang lebih tepat, BERKAT.
Dan sebab itu, busybody sometimes is helpful, if conducted wisely to solve people's problems, bukan mencari aib dan menjaja kesalahan/kelemahan orang. 

Kalau kita ada masalah, dan kita jenis yang pentingkan diri, tak pelik lah zaman berzaman masalah kita yang sebenarnya kecil sahaja tapi tak dapat nak diselesaikan.

So, sampai di sini sahaja.
Menikmati posting Community Health yang katanya sesi cuti khas. Tapi berat juga, sebab jadi AJK cari SPONSOR. (mesti dah faham motif perenggan di bawah kan ? huhuhu. )
Seronok tengok kawan-kawan lain yang baru mula posting Surgery, sebab mereka nampak bersemangat. Blur, perkara biasa, it is the norm. Just unleash your CURIOUSITY and develop your REASONING skill, that are more important.

Jadi, selalu dan semestinya, have a nice weekend, all the best and good luck. Assalamualaikum. Byebye.

Rahsia

Salam.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

ya, kita masih dalam mode bertakbir, hari hari Tasyrik.

mungkin ade sahabat-sahabat yang sedang bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran sebab esok lusa dah nak periksa kan.

So, seperti biasa, good luck and all the best kepada semua.

Reluctant nak tinggal surgeri dan hospital, bukan poyo tapi hakikatnya memang aku banyak terlepas peluang. Tak pandai nak cari peluang sebenarnya. So sebak la sikit. Exam ? Usaha setakat mampu lah. No komen until result comes out. Ade rezeki ade lah. Takde rezeki, redha je lah. Tu tak sabar nak switch posting ni.

Nasihat aku yang tak seberapa ni, sila habiskan browse masing masing sebelum menjejakkan kaki ke hospital. korang kan rajin, mesti takde masalah. :)

Kalau tak tahu, redeem yourself by reading bookS. Ikhlaskan niat untuk belajar, dan sebarang rintangan akan dihadapi dengan hati yang redha dan terbuka.
Abaikan post post aku sebelum ni, emo je lebih tu. hahaha. Lain orang lain rasa, lain cara pengendalian masalah. Contohilah yang baik, tinggalkan yang buruk.

So, last but not least, kita ni kalau dipuji orang, kena ingat, bahawasanya Allah swt yang telah terlebih dahulu menutup keaiban kita di mata orang ramai=merahsiakan kelemahan kita. (via prof muhaya)

Berbaik sangkalah dengan orang. :)
Jangan riak atau takabbur. :)

p/s : Selamat pulang ke Kl atay Temerloh, hati hati dalam perjalanan dan teruskan membaca. poyo poyo je aku tidur je lebih ni. hahaha

dah letih

salam semua.

hari nih minggu terakhir posting bahagian surgeri.
but still terkapai kapai dalam peralihan zon disuap dengan sudu dan zon makan dengan kaki.

it is kinda tough for me.

lain orang lain rasa. lain cara penerimaan.
mungkin ada yang boleh berlagak sebab dapat adapt dengan baik. Which is good for them anyway.

tapi aku secara peribadinya masih rasa janggal.
dengan 'mereka' dan suasana. walaupun aku claim aku suka medik but still masih janggal.

agak sentimental dua tiga minggu nih.

sebab sudah letih senyum tapi tak berbalas.
hardly pergi awal ke hospital. sebab dengan harapan dapat bawa balik input lagi banyak. tapi sampai sekarang usaha tu tak berape nak membuahkan hasil.

but one thing for sure.
banyak manfaat dan motivasi diperoleh dari lecturer2 legend yang mengajar kami.

dan satu perkara yang aku akan cuba usahakan, jadi manusia yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain.

ikhlas.   payahnya.   kita boleh claim. tapi hanya Tuhan tahu isi hati.
kadang kadang dah letih nak ikhlaskan perjuangan....

last sekali, matlamat akhir hanyalah untuk lepas dunia pelajar dan dapat sijil yang segulung tu.... hmmmm..... rugi nya kalau macam tuh.

matlamat menentukan cara kerja.

gerak kerja jutawan beza dengan bilionwan.

orang yang helpful beza gayanya dengan orang yang selfish.

dan yang paling penting, orang yang nak buat bekal akhirat beza gayanya dengan orang yang hanya fikir asalkan gaji aku masuk hujung bulan.

realiti. kadang kadang menidakkan angan-angan kita atau mungkin cita cita kita.
dan aku sekarang makan hati sebab tu. walaupun hakikatnya langsung aku tak perlu.

aku kisah kalau orang tak balas senyum aku.
dan aku kisah kalau yang tak layan aku tu sama kulit dengan aku.
senyum akukah yang tak ikhlas ?
atau sapaan akukah yang tak ramah ?

atau mereka ? punya hal ?

have to admit, aku dah letih kali ni... terus berlakon, mengiyakan realiti yang sakit ini.
low of the low, can you really do something ?

mereka hanya segelintir, tapi begitu memberi kesan pada hati. kenapalah nak sentimental dalam taman hati batu? aku pun takde jawapan untuk itu.

doakan aku. doakan kami. doa untuk diri sendiri.
moral of the story : jadi insan yang bermanfaat pada semua. tu pun kalau percaya, nak ke akhirat kene ade bekal at least. murahkan senyum. jangan senyum linnitis plastica.

sentiasa review apa matlamat akhir kehidupan. sendiri sendiri.

sequel 2 : Heavem


Salam...

Haa, dah dapat laptop... berinternet... terima kasih kepada Digi Smart Plan 68... Yang membuatkan aku berhutang setahun.

sekarang henset pun boleh jadi modem wifi... tak pernah terpikir aku...
Boleh tahan la...

Okay, sambung cerite.

Petang Jumaat hari tu, aku dengan beberapa sahabat lain, masuk ke Wad, untuk clerk patient.

Clerk patient = soal siasat... pada pandangan aku lah... aku rasa macam seorang detektif polis.

jadinya, aku dengan sifatnya lelaki memang tak pandai pusing sangat bila menemu bual pesakit. Sering kali aku selitkan mohon maaf berulang kali, sebab tanya soklan banyak. Syukurlah, pesakit-pesakit di sini sporting-sporting belake, mudah je nak didekati... Diorang tak kisah, boleh diajak buat teman berbual.

History Taking, memang benar-benar memerlukan skill dan ilmu yang cukup... semoga pertanyaan-pertanyaan yang dilontarkan boleh membuahkan input-input yang dikehendaki.
70 % of diseases can be diagnosed just by going through the history of the patients.

Nak dijadikan cerita, hari tu aku telah menemu bual seorang pesakit, beliau menghidap kanser payudara fasa 4, yang sudah merebak hingga ke tulang. Dia hanya mampu terbaring di atas katil, ditemani oleh anak lelakinya yang berusia 30-an. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Makcik ni walaupun hanya mampu terlantar di katil, masih mampu bersuara dengan lantang, yang menyerlahkan semangatnya yang kuat. Sepanjang temu bual tu, makcik tu banyak memberikan nasihat dan perangsang kepada kami.
Dia orang lama HoSHAS, dah seluruh orang dalam wad tu kenal dia. Memang HoShas tu dah jadi rumah ke 2 bagi beliau.  

Yang paling aku terkesan, pasal anaknya, walaupun kami belum sempat berbual dengannya, macam Uwais al-qarni abad ini lah. Dia tak kerja jaga mak dia yang dah 4 tahun terlantar di katil. Dia ada 2 adik beradik perempuan yang dah berkahwin.
Well, siapa lagi yang kena jaga mak kalau bukan anak lelaki kan, sebab tanggungjawab anak perempuan dah teralih kepada suami masing-masing.
Aku selalu tengok anak perempuan jaga mak ayah masing-masing, tapi kalau lelaki yang jaga, memang kes-kes yang terpencil je. Oh ye, ada lagi sorang pak sedare kawan aku yang turut menjaga mak beliau sehingga akhir hayat.
Fuh, jangan pandang rendah, inilah golongan-golongan yang jadi penghuni piramid di dasar laut, jadi bualan malaikat di atas sana, bahkan para sahabat r.anhum pun minta didoakan untuk mereka. Kau ada ? Setakat pakai white coat yang berharga RM 45 tu, dibawa ke hulu ke hilir hatta ke kafe sekalipun, takyah lah berlagak sangat.

Dan ini pesanan penaja out of topic, kalau jadi suami orang, pun kena consider lah juga perihal ahli keluarga mertua, kita kahwin dengan anak orang bukan untuk dibawa lari, tapi untuk berkongsi mawaddah dan rahmah tu kan...  ;)

Hakikat Temerloh sebenarnya, adalah syurga bagi kes-kes. Jauh berbanding Ampang kot. Sebab Temerloh adalah pusat bagi Jerantut, Mentakab, Raub, Jengka dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.

Suasana kampung, nyaman sahaja. Takde masalah lain yang besar untuk difikirkan, dan boleh fokus study kot. H.O-H.O pun baik-baik sahaja, M.O yang cool dan specialist yang selamba. Cuma kamu perlu tahu untuk cari peluang sendiri, dan sedikit proaktif.

Kemudiannya, let the pictures talk, korang nak marah/perli/menyampah ngan aku sebab upload gambar banyak-banyak kat fb lantaklah, nanti kalau korang takde internet dan tv serta peti ais, maka korang akan rasa.

View Menara MPAJ dari Pandan Mewah


Keluarga kecil di Temerloh,
yang baju merah nampak sangat nak masuk gambar tu bos kami. Ahaha.

Kelas pertama kami 'revise' ni.

Bukan semua yang orang tahu kami tahu.

Nampak tak bumbung Hoshas tu.
Peneman ketika tawar dan duka.... dan rakan kongsi minyak kereta.
Tu yang paling penting.

Dan Selamat Datang ke Temerloh. 
Start missing Temerloh already, hehe poyo je. 

p/s : Hari ni kami beraya di Fakulti, kami tinggalkan Temerloh sekejap. Dekan kami dah ditamatkan kontrak sebagai dekan, walau apa sekalipun, terima kasih yang tak terhingga buat beliau atas jasa-jasa mengasas dan menambah baik FPSK USIM, rimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan yang paling penting, amalan jariah. Everyone's not perfect, but for him I know that he is doing all the best he can. Secara peribadinya saya agak sedih dengan keputusan ini. Semoga Allah membalas amalan baik beliau dengan sebaik-baik balasan.

The lousiest decision ever in your life !

Salam,

Dah masuk 2 minggu di Temerloh, adalah posting di suatu unit yang semua tahu tapi aku taknak mention.
Klinikal. Hari Isnin yang pertama begitu mengujakan, yelah kau dah sampai separuh jalan pengajian kan.
Macam nak ke Kuala Lumpur, dah lepas Gambang.

Semangat nak habiskan pengajian, sebab semua kawan kau dah Final year tahun ni, takpun memang dah habis, sedang bekerja atau menganggur, takpun tengah praktikal 2 3 bulan lagi sebelum berkonvo. 
Tambah-tambah ada yang bersuara secara kurang ajar, " Lama betul kau mengaji ". 
Orang lain, ada yang 3 tahun je, 4 tahun dan 5 tahun. Sekali kau kena 7 tahun. 
Ah, aku masih dapat duit raya sebab masih belajar, sedikit pengubat duka, penghilang rasa cemburu.
Rate duit raya pun, memang high.
Cuma janggallah kau yang berjanggut dan bermisai, masih dapat sampul berisi. Ok, cukup cerita raya. 

Lepas pendaftaran, group aku dengan kekuatan 16 orang terus bergegas ke Temerloh. 
Aku blur. Tak tahu la tahap ke-blur-an yang lain.  

Pagi Selasa, semangat dengan whitecoat segala pergi mendaftar dan lapor diri kepada pihak pentadbiran hospital, kemudian mencari H.O.D untuk lapor diri jugak. Kena perli dengan nurse sebab tak kenal H.O.D. Yelah, kami tak biasa tengok carta organisasi. 
Seterusnya kami melapor diri kepada specialist. Kemudian lapor diri dengan Sister. Adalah briefing sikit. 

................


................


bla.... bla.... bla.... (banyak perkara berlaku... aku
sngat malas nak tulis details
(habis tu kenapa kau update ? .. lepas gian je... huhu... kite go through by lessons boleh ?
..
1. Mr doubt said : taking medicine is your lousiest choice ever in life...
gali lubang kubur sendiri, dah tahu susah... kenapa amik jugak ? nak kata kaya memang panjang jugak la nak sampai tahap kaya tu... better amik ekonomi punya ijazah...

2. memang kami kena bantai kaw2 pada hari-hari pertama... tapi the funny part is, kiteorang boleh kumpul kat kafe gelak ramai-ramai... sindir menyindir sama sendiri lepas tuh... aku tanya geng aku, kenapa kite tak terasa sangat eh? English kot... masuk tlinga kanan keluar telinga kiri.
. lepas 2 3 kali kena, masing2 dah sedia putik kapas... bila fikir balik... semua dia cakap ada betulnya juga... fikir positif...
dalam kelas, kami diberi peluang sama rata... semua mesti cakap , kami diajar secara langsung, untuk develop logic relevant thinking... bukan setakat menghafal. jika terlalu random, akan segera dihentam.

satu perkara yang dia selalu pesan, redeem yourself (to be a good compatible doctor once graduated) , by reading books. read and read.

ada satu ketika dia mengetengahkan isu duty-bound responsibility, yang mana keperluan memenuhi tanggungjawab kerja adalah wajib, tak cukup dengan korang pray 10 times per day pun, " You are still a sinner right ? in my eyes lah". jika buat kerja tak betul.

In his class, we must be concious and alert, tak boleh lost... buruk padahnya...

aduh, ada banyak pulak aku nak bagitau.. cuma masih janggal menaip guna smartphone nih...tunggu jumpa laptop baru best menaip... payah nak goreng ayat... isi pun berterabur.. cuma mungkin hari ni ade beberapa pengajaran yang boleh diambil, pagi tadi ade kawan clerk patient, nampak normal but with chronic hypertension... tengok tengok triple A...huish... subhanallah... terkejut jugak... common things occur commonly, but never say never, never choose your patient.. expect the unexpected.

TO BE CONTINUED.... shortly... hahahaha tak pernah2 buat to be continued.

degung degang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dang jugok habis pose sebulang dumoh. Sebab di kampung ambe ade hop dop dang, 5 orang. InsyaAllah ninggal molek belake.

Malam ni ngelast doh, jadi terawih takdop doh lepas ni. Tapi, bile takdop terawih, takdop pose, hop sedihnye masjid ah. Masjid jadi takdop orang mula. Guane gitu ?
Hop ni kene tanye diri masing-masing ah.
Kate temu nge lailatul qadar,  wane lepas Ramadhan senyap tupah terus,
pakat mayang rumoh belake mo'oh... ??

Dakpe ah, husnuzhon... ade orang lepas bulan pose dop mayang teruh, ingat Ramadhan je cukup doh buleh cover sebelas bulan hop lain. Dop kan kite gitu jugok dop ?
Geng-geng ambe soleh-soleh belake insyaAllah.

Hari tu buke radio, duk dengor sikit, doh bulan lain payoh doh nop dengor... huhu...

Bukan mende, nok royak sikit hop dengor hari tu, ustaz tu royak la, cara nop merayekan Aidil fitri...

Masing-masing tahu belake doh ning. Saje refresh mula.

Doh, zamang lenim, bile malam raye, macam-macam mainang orang wak.

Ade hop gi masjid, baguhlah... Ade hop main mercun, berdegung-bedegang... Ade hop main susun-susun lilin nge pelite, ade pasang lagu raye... ade tengok movie malam raye... macam-macam.

Cume ustaz tu royak... Hop yang sebetulnye, mane se ?

Doh, kalu maing ngecun, macam raye cine, orang cine Buddha wak ngalau hantu. Koho kuat koho bagus, kite pun ikut jugok...

Doh main pelite, main lilin-lilin, pege mainan orang Hindu... Deevapali ork.

Kalu duk nyanyi berdo'oh pun dop molek jugok.

Dakpe lah kalu main sikit-sikit, tande nok bergembire... tapi kalu nebeng, maing ngecun sapa dop gi mejid.. dop jadi ah gitu.

Maknenye, mudoh kire, kalu kite nok Beraye ni, kene dengan Beribadah jugok. Baru betul.
Jangan ikut ere orang, beraye dengan bersuke-suke hop do'oh lalu.

Same jugok merayekan Hari Merdeka dengan main motor. Takdop kaitan langsung. Wak nyusoh ke polis ade lah. Hop bermaksiat nye dop soh kire lah, out teruh.

Bile hari raye, orang pakat pakai baju baru dan bersih sebab nop ikut sunnah.
Tapi kite nebeng cari hop relik-relik, nok tunjuk lawonye baju kite.

Doh kalu orang tanye,

"Baju beli mane ?"
" Beli KL, di Teganu takdop taste ambe, dop jupe cari, jename Guess/Padini/SODA... bla... bla.. bla... ".
" Ni beli rm300++ tapi mujur ade diskaun. kalu dop mahal lagi... bla... bla... bla".

Nok royaknye ke orang baju kite ni mahal. Doh jadi ke raye gitu ??
Time pose kate nop ingat ke orang susoh. Sudoh pose, jadi naik pale gitu.
Dop jadi ah gitu ork.

Padahal kalu ikut pun, dakyoh baju baru dakpe, asal yang molek dan bersih.  



Jadi kesimpulannya,

Seboleh-bolehnya, jangan la tinggal sembahyang jemaah di masjid di hari raya, SUBUH tu...
Time pose ade sahur boleh cover, bile dop sahur, takdop subuh, dop jadi ah gitu ork.

Bile nop jalan pun, plan molek, supaya boleh mayang di awal waktu jugok. Barulah berkat beraye, ni kate nop eratkan silaturrahim, tapi mayang ngujung waktu... dop seimbang lah situ.

Mandi sunat Aidilfitri dulu pagi tu, pahtu makan pagi dulu sikit, dan bersiap ke masjid... orang puang jangan mekap tebal ngat, bubuh minyok wangi banyok-banyok... Tabbaruj pulok dop kekgi.
Naturally memang orang puang comey dari orang laki, dakyoh mekap-mekap ngat dakpe.

Banyakkan tasbih, tahmid, takbir di hari raye, daripada duk nyanyi lagu Salam Perantau sokmo. Seminggu awal dop dang raye gi, dengor doh lagu raye.

Bace Quran jangan lupe pulok, tahu doh khatam dah banyak kali time pose, kurang-kurang sehelai due.

Boleh dapatkan cara-cara untuk menyambut hari Raye dengan ustaz-ustaz yang lagi berkelayakkan.

Benonye takdop modal nop nulis, tapi rase nok nulis gop, biar ah mende tule pun.
Reminder to myself, again and again.

Dengan ini saya ingin mengucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin <------ BERSUUUUNGGUH kalu bab raye.
Semoga Raya kite bertambah berkat, bukan berlebih-lebihan yang tidak perlu.

Kullu am, wa antum bikhair. :)

Unfortunately fortunate.

Salam.


Alhamdulillah.


Tiba-tiba rasa nak tulis post tentang pengalaman lama. Sebab tadi pi singgah di laman blog junior-to-be lah katakan. Berkongsi rasa syukur.


post ini mungkin agak emo dan panjang. Tapi aku masih jantan.
Kalau kakak aku yang baca ni, serba salah jugak dibuatnya.


2 kali ditanya tentang kenapa pilih USIM.


Di kem PPD dan pada sesi taaruf di Triple Monkey cafe, Newcastle.


Bagi aku, maksud USIM pada suatu ketika dulu adalah = belajar di IPTA dalam negara.























My first and only reason, to be close with my family.
Dalam negara.


Medik ? Aku selalu cakap kat arwah mak aku,
" Rase macam tak lepas je, ma ok je kan kalau eman tak masuk medik ?"
Sem pertama, mak aku tak jawab, diam. Diam tanda setuju.


Sem kedua, aku ulang balik penyataan di atas, mak aku jawab,
" Eh, usaha la dulu, ngaji molek la".
" Eman nak wak mende lagi selain doktor ?".


Erk. I had no answer for that. Denial mode, sebab tension.


Sangat tension, terutamanya dengan Math, dan bila ko kawan dengan orang yang pandai math, tentunya rasa inferior. Memang Math lah aku rasa penghalang besar aku nak merasa Medik.


Dah tahu lemah lagi dibiarkan, bukan nak buat ulang kaji ke ape. Memang tak matang langsung pemikiran, sekarang pun. Huhu.


Tup tup, dapat gred B Math. Terima kasih cikgu Fatimah.


Alhamdulillah, dapat masuk Medik. Yeay.


Gembira sakan lah, macam junior-junior yang kat FB tuh.
Tapi nanti jangan tak join program pulak, ajak masuk team debat pun susah, ape kes ?


Bila dapat surat tawaran masuk tu, leganye raser. Kadang-kadang, naik riak juga. Astaghfirullah. Huhu.
Memang glamor tu tak habis lah, tapi aku simpan je dalam hati, " Nasib baik je makcik oi, rezeki..."


Juga terharu, sebab orang kampung aku beri sokongan yang tak berbelah bahagi. Aku dapat RM1000++ sumbangan, walaupun keluarga aku memang maklum keluarga senang. Yang tak berduit pun hulur jugak sepuluh ringgit. 


Great thing, comes with great responsibility. Sampai sekarang aku tak lupa hal tu.


But the other story is,


I lost both my grand father aka Tokki and grand mother aka Tok during Tamhidi session.


( Mother-side, both my grandparent of father side died during my childhood. )


Bila Tokki aku meninggal, tamparan hebat untuk aku, sebab first time kehilangan ahli keluarga terdekat, sudahnya, aku sorang je seingat aku yang mengalir air mata, sedang ahli keluarga lain nampak tabah dan gagah. He was fully bedridden for almost 2 years, everyone was prepared I thought.
Aku dapat tahu berita tu dalam kelas tutorial physics, dan cikgu arho lah yang bagi sokongan time tu. Sangat2 menghargai jasa beliau.


Sem kedua, tok aku mengikut jejak suaminya, tak sampai 6 bulan dari tarikh arwah tokki aku meninggal.
This time, aku sorang je yang tak berair mata, tapi semua ahli keluarga yang lain menitiskan air mata.
Empangan air mata aku dah kering terlebih dahulu.
Pengalaman lampau menambah ketabahan aku, walaupun tok aku meninggalkan kami secara mengejut.




Kemudian,
sambung pengajian....
Menyusuri Tahun 1 di bidang MBBS di USIM, alhamdulillah, seronok walaupun banyak.


Sahabat-sahabat seperjuangan pun semakin kamcing, maklumlah kami bukan satu tamhidi sama dulu, kadang-kadang satu tamhidi pun jarang bercakap, sebab dulu tak pandai bergaul plus malu. Ni malu-malu kucing lah. hehe.


Ada satu lagi berita kematian aku dapat time tu, my grand grand mother kembali menemui Ilahi. She was also bedridden for years.


Dan ahli keluarga pun dah bertambah sejak itu, bagi aku 'rahmat' menggantikan mereka yang telah 'pergi'. 


My sisters were already married, and had their first children respectively. Sukalah aku. Dapat anak saudara yang tembam-tembam kan.


Dan masuk Tahun 2, semasa sedang bersiap siaga untuk exam profesional yang pertama.
Then, the biggest challenge came.


Mak aku kena menjalani operation membuang sebiji parathyroid yang tertinggal masa operation yang pertama, beberapa tahun sebelumnya. Kan sepatutnya buang 4 biji, tertinggal satu.


Masuk hospital, dan secara tak sengaja doktor terdiagnos masalah jantung mak aku melalui X-ray, ketika dalam persiapan sebelum menjalani pembedahan. Agak teruk keadaannya.
Patutlah mak aku selalu mengeluh mengah-mengah dulu.


Doktor beritahu, anytime boleh kena serangan jantung. Jadi, mak aku masih ditahan di wad walaupun sudah selamat menjalani pembedahan membuang parathyroid.


Mak aku selalu mengulang-ulang,
 " InsyaAllah, ma kalau panjang umur nak mari tengok eman ambil ijazah kekgi ".
Dan aku berseloroh menambah,
" Ngaji ngaji. Tak mboh tengok eman nikoh ke ? ".
Memang niat aku bergurau je pun.


Dan mak aku diam je. Haha.
Yelah, aku time tu, bila tengok kakak-kakak kawen, dapat anak, nak juga merasa kan.
Restu ibu tu... sape taknak ?


Pada masa yang sama, kami sekeluarga, bila diberitahu macam tu, bersedia untuk kondisi yang teruk, di samping berdoa yang terbaik untuk mak aku.


Dan beberapa hari selepas mak aku dibenarkan pulang ke rumah, she got a heart attack that put her into coma.
Tak sampai 24 jam dalam CCU, my mom kembali menemui Tuhan Penciptanya pada petang yang hening itu.


Like I said in my special post about this, rasa macam dada dihempap gunung.
Dan dada itu tidak remuk melainkan menahan rasa sesak dan sebak yang amat.
Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan aku masa tu.


Tapi, Maha Suci Allah, alhamdulillah,
I think I regain my strength.
Kullu nafsin za-iqatul maut.
Apa yang kita boleh buat tentang hakikat itu ? Dan kita sendiri pun akan pulang jua ke sisi-Nya.


Memang aku tak nafikan kehilangan ahli keluarga merupakan antara ujian terhebat dalam hidup, tambah-tambah kehilangan orang tersayang seperti ibu atau bapa.
Hinggakan ujian-ujian lain yang mendatang, nampak mudah dan kecik je.


Aku amat bersyukur, sebab aku sempat berada dekat mereka pada saat-saat akhir mereka berada di dunia,
mencium dahi mereka sebelum kain kafan itu diikat,
dan menyembahyangkan jenazah mereka sebagai penghormatan yang terakhir buat mereka.
Dan rasa lega, kerana alhamdulillah melihat kesudahan yang baik-baik sahaja. InsyaAllah.


Apa lagi yang kamu mahukan selain bila melihat mereka pergi dalam kesudahan yang baik ?
The answer is none. HasbunAllah wa nikmal wakil. Cukuplah dengan jaminan Allah.


And this is what the title is all about, unfortunately fortunate.


Kadang-kadang, aku rasa seperti matlamat awal aku tercapai. Dan aku tak menyesal tak mengaji jauh-jauh, walaupun dapat tawaran JPA ke Universiti Kaherah.


Jelas sekali, aku bukan nak kondem mereka yang mengaji jauh-jauh.
Memang ada kelebihannya yang tersendiri, macam yang aku tengok kat Australia.
Tapi kali ini aku nak meluahkan rasa leganya aku, sebab seolah-olah aku telah buat keputusan yang paling tepat dalam hidup yang aku tak pernah akan merungut tentangnya lagi.


Pedulikan duit biasiswa masuk lambat, pengajian 6 tahun yang memakan masa lama. Even junior jadi HO lebih awal dari aku.
Pedulikan kes tak cukup tenaga pengajar klinikal.  Inilah pilihan aku, dan semua itu adalah harga yang aku perlu bayar. Dan aku rasa amatlah berbaloi. Alhamdulillah sekali lagi.
( Pehal mamat ni kan, memang pendapat aku kurang suiman sikit pasal ni)




Aku harap semua tak salah faham tentang post aku kali ini.
Dah lama aku nak menulis tentang hal ini, 
dan alhamdulillah malam ini aku berjaya coretkannya di sini.


Sekadar perkongsian pengalaman dan rasa, yang aku harap, 
sedikit sebanyak iktibar boleh diambil oleh kalian.
Yang baik dari Allah swt, yang buruk jelasnya dari kelemahan aku sendiri.
Hidung berair, but not a single tear drop.


Aku berdoa agar kita masing-masing terus tabah dalam perjalanan liku hidup masing-masing.
Never lose hope.




Next 3 years, InsyaAllah.




p/s : Moralnya, perbanyakkan tahmid di bulan yang suci, memanglah rezeki dan kurniaan Allah itu amat luas, datang dari segenap penjuru sedangkan kita sendiri pun kadang-kadang keliru.


Letihnya 1 jam menaip.

That corner saved me

Salam.

Bunyi macam kufarat je tajuk.

Tapi tadi bila berkhalwat dengan yang bukan sespesies sekejap, terkejut jugak.

Kecik je, mungkin tak sampai 1 meter.

tapi weh, bila ko duk sorang rumah dan mende ni keluar.

ketaq lutut jugakkk... weee.... Mengucap panjang lah weh.








" Hye mate, my name is Naja naja. "

Bunyi 'hisshhhh' tu aku akan ingat sampai bila-bila. Because that was my life line just now.
Bijak sungguh ciptaan Tuhan, menyebabkan aku perasan ada sesuatu yang tak kena, tapi tak pernah terfikir akan jumpa binatang ni dalam rumah. Aku ingat amende lah bunyi macam nih, sounds familiar... bila toleh kat sudut almari, WOW.... ini serius !!! 


1-2 kaki dari menatang yang dah kembangkan kepalanya, ready untuk attack sahaja, tapi alhamdulillah, sudut almari tu beri aku ruang yang selamat dari direct hit. If not, directly go to hospital lah. Huhu.

First bila jumpa ular, my parasitology lecturer said, kena cam ular.

Aku cam lah... 1 markah untuk aku.
Pastu second,  lari, 5 markah untuk aku.
Ular hitam kepala kembang ada jalur macam biasa. Senduk kot.

Nak hentam (tapi sebenarnya lari lintang pukang keluar rumah ikut pintu belakang),
tapi takut dia ni main sembur-sembur air bisa. Seingat aku lah ada yang boleh sembur-sembur air bisa, thanks to National Geographic Channel 551. Aku ada kayu kontot, tapi spec mata takde. Tambahan pula, takde pulak diajar nak deal ngan semburan air bisa macam mana. Bala kadang-kadang boleh elak, jangan cari.
Oleh itu, aku memBatalkan niat offensive. Lepas tu, menatang tuh selamba je menghala ke ruang tamu selepas gelakkan aku kot. Okay takpe, bagi muka dulu, siaplah ko nanti !!

So, mintak bantuan dulu. Nasib baik telefon ada sebelah je. Cepat-cepat call minta bantuan ayah yang berada kat luar dan jiran. (8 markah)
Bukan tak jantan, cuma ukur baju di badan sendiri lah beb, aku baju raya pun tak beli lagi tahun ni, kalau aku masuk hospital sape nak jaga pulak ?
(tolak 5 markah)

Bila jiran datang, siap sorang dengan alat penangkap ular, kiteorang pun mula lah cari balik ular tuh.
Walaupun lari adalah tindakan aku yang terbaik masa tu, bagi aku lah, yang sepatutnya, aku stay close dengan menatang tu dalam jarak selamat,
tengok dia lari ke mana, nanti boleh kesan terus dan hentam bila masanya sesuai.
My first experience, hope to be the last also. Heee... Mintak jauh lah.

So, alih-alih, menatang tu tak jauh dari tempat kejadian, masih di tempat yang sama, berkubu di bawah washing machine.
Masa cari tu, 2 3 4 5 kali lah lalu tepi washing machine tu, alhamdulillah takde ape2 yang berlaku.
Bila selongkar, nampaklah kilauan hitamnya.

Ape lagi, jiran aku tu gunalah alat ajaib die, dan ular tu tertewas tapi belum mati. Dia pegang kepala ular yang separuh penyek ngan bare hand oo. Nak tepuk tangan nanti orang kata gile pulak. Approximately, 1 metre lah. Kecik je, kata seorang jiranku yang lain, macam perli je kenapa tak hentam awal-awal. For me, berdasarkan ilmu parasitology aku, menatang tu bisanya dah cukup tu nak mendatangkan mudarat. 


Dibawa keluar rumah dan aku penyekkan kepalanya dengan bata. Agak primitif, tapi efisen. Lunyailah kepala ular tersebut, dan alhamdulillah semua selamat dari sebarang kecederaan serius.

My closest jiran-belakang-rumah proudly said that he had crushed about 10 snakes. Good for him. Keperluan kot, lebih baik kita hentam awal-awal daripada dihentam.

Tanah sebelah rumah aku baru je dibersihkan, dan dinaikkan rumah. Mungkin ular yang kurang bernasib baik tu dah hilang habitat, dan menyusup masuk ke rumah aku. Nasib baik, aku terserempak dulu, dan ular tuh bagi warning dengan bunyi desisnya. Kuat jugak, aku ingat tikus ke ape bunyi pelik macam tuh.
Kalau ada anak kecil ke ape, Allah je lah yang tahu. Alhamdulillah sekali lagi.

Apa-apa pun, satu pengalaman baru untuk aku. Kira bernasib baik lah.
Tak lama dulu, ada jiran aku kena patuk. Tapi alhamdulillah sembuh balik.

Jika sebelum ni, aku jumpa luar rumah, halau je dan biarkan dia pergi.
Tak sangka sungguh terjumpa dalam rumah.

Common things occur commonly, never say never.
Dan Ramadhan menjengah ke hari kelima. Selamat berpuasa semua.

p/s :

1. Cam ular jenis apa...

2. Trace ular tu dalam JARAK SELAMAT, jangan bagi dia menghilang sebab nanti susah nak cari, habis rumah kena selongkar. Keluarkan penghuni rumah.

3. Minta bantuan, maklumkan keberadaan ular kat mana. Buat simultaneously dengan no 2. If necessary, takde kepakaran, telefon bomba. Kalau ular tu saiz besar, pun panggil bomba. Kadang-kadang lagi besar, lagi bold ular tuh, siap ada kes kena kejar. Serius.

4. Dapatkan peralatan yang sesuai untuk hentam. Nama je ular senduk, tapi senduk dapur bukan lawan yang sesuai.

5. Doa dan tawakkal dalam semua step yang dibuat.


6. Semoga dijauhkan bala dari kita jua. Amin.  


7. Bersihkan kesan darah atau hanyir ular. Ini petua lah, tak tahu betul ke tak, katenya takut ular lain datang balas dendam. Kalau ular tak berdendam pun, darah busuk kot. Gunakan Varnish, lupakan yang lain.

Lenguh

Salam,

Tak bagus stay up malam-malam Ramadhan. Berblogging pulak tu. Jangan sampai bangun lewat esok terlepas sahur sudah.

Terlalu banyak program dalam 2 3 minggu ni. Nak cerita semua, tapi mesti bosan. Kita ambil moral of story je.

1. Passing the pre-clinical phase, 2nd Pro.

Alhamdulillah. Tuhan sahaja tahu peritnya rasa semasa pro exam. Tup tup, alhamdulillah dah lepas. Ada beberapa lagi kawan-kawan yang masih berjuang. Aku doakan semuanya lepas. Banyak-banyak lah berdoa di bulan Ramadhan ni. Bonus.
Aku nak dedikasikan ucapan terima kasih kepada semua yang telah berjasa, leader 3rd year dan penolong yang sangat2 sporting dan ringan tulang, ajk2 akademik yang komited, ajk2 nota yang baik hati, dan ajk2 lain yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung.
Terima kasih juga buat teman2 satu study group,
i have to mention this, sebab SG adalah alat bantu mengajar yang efisen buat aku, yang suka dengar orang cerite berbanding baca sendiri. Alhamdulillah, it works well for me.

2. PPd

Secara keseluruhannya, program tu okey, cuma tarikh amat-amatlah tak sesuai bagi aku, yang ikut trip ke Australia. Diskusi-diskusi yang menarik, cuma kadang-kadang dah overlapped dengan tajuk sebelumnya. Then, tiba-tiba menang kembara, nak bangga tu memang taklah, cuma rezeki jangan ditolak.
No. 3. First time kot menang something dalam event macam ni. Janggal bebenor.
Masih trauma dengan English Getaway dulu.

3. Australia = 4 ribu Ringgit Malaysia sahaja.

Dapat cakap berasap kat newcastle.jumpa insan-insan yang baik. jumpa kanggaru.naik cruise.berlumba dengan dolfin.solat di sydney operahouse (x pernah terbayang pun).. solat di padang. jumpa koala. sentuh koala. amik gambar semuanya hampir huduh, takboleh buat profile pic, sedikit sedih.makan nasi. makan burger kanggaru. jalan-jalan.main-main dengan mesin layan diri. excited gile. nak wak gane ambe org darat ulu....etc...etc..etc... for me, WORTH it.

Alhamdulillah. Cuaca sangat cantik dan pemandangan yang sungguh indah. Subhanallah. Sejuk mata memandang.

Sistem diorang lagi bagus compared to Malaysia, of course lah semua tahu.
Boleh jadi role model yang baik untuk diikuti. Cuma mahal.

Tapi moral yang paling penting, ianya bukan setakat berkenaan sistem, ia lebih kepada sikap dan tabiat.
Mereka serius tentang 'On time', pembersih, bersopan, cuba untuk jadi ramah, berdisiplin.
Bukan sampah takde merata-rata, tapi mereka yang buang sampah dalam tong sampah.
Jadi, nampak bersih lah.
Yang kita ni buang sampah merata-rata tapi salahkan DBKL tak datang bersihkan.

Erm, rasanya kena mintak maap kalau ada tersalah silap time kat aussie tu, terlebih atau terkurang ajar.
At one time, i felt so helpless. Ish, kalaulah aku tough sikit.

4. Balik Terengganu, sorang-sorang bertemankan radio.

Terpaksa tidur sekejap di Temerloh, 20 minit, sebab mengantuk sangat.
Dah lah lenguh tengkuk, memang hari ni agak memenatkan.
Kan seronok kalau ada orang yang temankan. Boleh buat teman berbual. Bilalah agaknya yep.

Alamak, terpanjang pulak.

Prof Muhaya ada mention - 2 pencuri manusia.
'keresahan tentang masa depan' dan 'kekesalan akan masa silam'. Aku pun tak faham. Cuma, yang tahu, memang 2 perkara ni kadang-kadang jadi penghalang untuk kita pergi lagi jauh.

Salam ramadhan, dan selamat berpuasa. Masa untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan dan mental setelah berdepan dengan minggu-minggu yang sungguh mencabar ketahanan dan kesabaran.

p/s : Bila tengok orang yang baca buku lah, baca novel lah, baru sedar, aku jauh suka menulis berbanding membaca. Kelemahan atau kelebihan ?

















Shared dari seorang teman, gambar yang paling memberi kesan pada aku sepanjang program 7 hari di Australia. It's not about koala, kanggaroo, dolphin, bald hill, jarvis bay, blue mountain,or cable car.
Oh, rindu perasaan itu.

Kill the time

Salam, 

Alhamdulillah, dah selesai jawab semua paper, dan petang tadi ada viva. 
Viva ni ujian lisan, untuk borderline, lulus atau distinction.

Seronok sebab dapat borak-borak sampai pening kepala, 
tapi kurang seronok sebab tak dapat "borak-borak" dengan lecturers. 

Their faces are shiny when i came in, but turn gloomy as I walk out. Dr Sahrina pandang semacam je. Hahahaha... my fault, but i wasn't expecting much. I thought that I failed to impress them. 
Plus, I need to improve. Yes, it is a dream, but better have one than none. 

Thanks kepada  kawan-kawan yang sporting dan supportive, 
yang ngepung pun bereh jugok. It was generally a nice experience for me after all. 
Alhamdulillah. Malu dengan Tuhan yang Maha Pemurah.

Mungkin ada yang bersedih, ada yang bergembira, tapi rasa macam kena share satu quote dari kawan saya, time pergi pasar cari inner, lebih kurang, 

" Bersabarlah kalau Tuhan uji kita sedikit sedangkan banyak lagi rahmat-tak-rasmi yang kita peroleh, macam-macam". So true. 
Sorry in advance, kalau saya ni kawan yang tak cukup supportive.    

Jadi esok, sama-samalah kita nantikan debarang nye. Don't lose hope. 
Sesungguhnya Allah itu atas tiap-tiap sesuatu Maha Berkuasa.  

Bukan senang (ii)

Salam.


























2 subjek dah lepas. Lepas jawab. Harap-harap lepas=lulus jugak lah. 


Terkesima jugak dengan soalan-soalan. Tapi, kena terus positif walau apa pun. Frust is a total waste right now. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tembaklah secara rambang. Kasi hentam.


Tapi satu perkara, masa darurat macam nilah aku rasa sangat nak share.
Share tips, yang aku semangat bagi mnemonic segala tak keluar pun tapi takpe lah.


Share soklan spot, share rasa takut. Share rasa konfiden. Share tempat tidur. Share makanan. Share nota. Bila bosan belajar, share bedtime stories, and share romantic stories. Haa,Ingat perempuan je ke story telling.
Yang penting, time nilah rasa perlunya komuniti yang baik dan positif. Alhamdulillah i think i have one.


Paling seronok,
"Eh, tadi soklan tu ko jawab ape eh ? "
" Aku jawab sekian sekian".
" Oo, sama lah kita "


Check2, salah rupanya, gelak sama2...


Pun seronok, kadang-kadang kita tau orang tu power, tapi dia jawab humble je.
Bila dia bagi jawapan, " erm, mungkin betul mungkin tidak".


Seronok jugak, usik mengusik. Panah line kateorang. Bukan nak menganjing ke ape.
But smile is very significant right now.


Bukan apa, subjek medik ni pun memang bukan senang. 
At least, seteruk mana pun, kena menyenangkan hati. 
Buat hati gembira, hilangkan tekanan orang lain jugak.


Kalau nak tension-tension pun, memang kesian kat diri sendiri jua akhirnya.


Sedekah boleh membuka pintu rahmat untuk kita juga, di samping melabur saham akhirat yang pasti.
Doa yang baik terhadap saudara yang lain, kita sekali termasuk dalam pakej makbul itu. 
Buat baik kepada orang lain, insyaAllah kebaikan akan datang jua kepada kita.
What you give, you get back.
What you share, you get the share. ( abaikan grammar)


Tapi, tolonglah jangan buat kebaikan semata-mata kerana kita tersepit. Rugi !   


















# Now it is jurassic park time, haaa kalu kene kekoh di T-rex kene makang ubat mende ???
Ce teke, ce teke.

All the best... go go !

Aummm...

p/s : It could be very sweet if we can share the happiness passing the third year altogether.



Encourage

Salam,

Resmi lelaki, mestilah selalu nak nampak gagah.

Walaupun hakikatnya rindu, sengaja duk sibukkan diri dengan menda lain.

Ah, kalau dilayan perasaan itu. Takut tak kemana juga.

But still, I pray for the best for her. Sedar ataupun tak sedar, dengan rasa rindu yang tersembunyi.
Itu jelah yang aku mampu lakukan. Mengirim dengan harapan sampai jua.
Suatu hari pasti bertemu kembali, jika bersama pun dengan izin-Nya, kerana yang baik akan bersama yang baik, yang jahat dihumban ke tempat lain.

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

kredit: http://akuislam.com


p/s : All the best, bitaufiq wannajah. maafkan segala silap salah, dan keterlanjuran kata-kata.



p/s 2 : walaupun belanda kalah, semangat lawan tu  penting kan. Jersi lawa.



Listen... and Learn.

Assalamualaikum wbt.


Ada buku yang bertajuk, Man are from Mars, woman from Venus. Saya tak tahu apa benda tuh. Tapi saya rasa lelaki itu unik, dan perempuan itu unik, secara tersendirinya. Yang kemudiannya, kedua-duanya saling melengkapi. Complement to each other. Yang sudah bernikah, pasti lebih arif.


Namun, satu perkara yang selalu menjadi isu, pandangan sisi kedua-dua belah pihak terhadap sesuatu isu.
Contoh, lelaki secara amnya, menganggap Nazmi Mansur sebagai pemain Malaysia sebagai berbakat, mungkin comel atau tidak, tapi perempuan menganggap Nazmi comel terlebih dahulu, barulah berbakat.
Okay, enough nonsense.


Meh korek telinga sikit.


Firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12.


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”


Lagi, satu ayat yang sebelumnya, al-Hujuraat, 11 : 


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


Oh, indahkan Islam. Begitu teliti. Terasa matlamat hidup jelas, kerana adanya landasan panduan yang jelas. Bukan setakat ibadah, bahkan dalam bab perhubungan sesama manusia. Realistik. Alhamdulillah. 


Sahabat-sahabat, 
jika ditanya,
kasih dan sayang termasuk cinta, untuk siapa dan daripada siapa ? 
Yang lagi utama, siapa yang mencampakkan rasa kasih, sayang dan cinta itu ? Siapa ? 


Ada yang berpendapat, tak salah pun, rasa kasih, rasa sayang itu boleh terbina dan muncul secara semulajadinya, bila ada kesefahaman. Bahasa omputehnya, understanding. 
Atas dasar inilah, kadang-kadang, ada orang yang lagi rapat dengan teman-teman, berbanding ahli keluarga sendiri. 


Sesetengah berpendapat understanding ini asasnya adalah chemistry. Saya suka bola, dan awak suka bola. Kita ada chemistry. Boleh ngam.


Dalam Islam pula, dikatakan bahawa semua yang beriman itu bersaudara, dicubit peha kiri, peha kanan yang terasa. 
Pendapat peribadi saya yang jahil ini, seolah-olah Islam meletakkan, selagi chemistry-nya ialah Islam dan Iman, kita boleh ngam. Kita boleh bergantung antara satu sama lain. Kerana nikmat iman dan Islam. Kan sifat mukmin itu, peribadinya mulia, tindakannya waras, dan kata-kata tidak menyakitkan hati. 
Yang penting sekali, perhubungan kita itu atas dasar iman, yang mana puncak tertinggi pengharapannya bukan bola, tapi Tuhan yang MAHA HEBAT. Dialah yang akan mencampakkan mawaddah dan rahmah itu ke dalam jiwa. Bukan bola.


Jadi, kita tak sepatutnya kisah, takut dikatakan tidak cukup ngam, kerana tak pakai baju sama warna ketika ke kuliah. Tidak punya hobi yang sama bermain bola, main bowling pun okey. 
Asas ukhwah kita lebih dari tu, bukan seperti fantasi K-pop dan Barbie girls. 
Selagi kita berpegang dengan asas perhubungan dalam Islam, bertemu dan berpisah kerana Tuhan, saling meredhai antara satu sama lain, saling mendoakan kebaikan YANG TERBAIK sesama kita, insyaAllah jiwa akan tenang walaupun timbul sikit perbezaan pendapat. 


Buanglah jauh-jauh prasangka buruk terhadap kawan sendiri. Prasangka buruk akan menjahanamkan jiwa, menyesakkan nafas walaupun dalam 100% oksigen. Yang lagi sedih, punah komuniti.
Dengar dahulu yang sebenarnya, kemudian tapis dahulu. Kemudian analisis dengan mata hati, bukan bisikan syaitan. If we need more wisdom, find the right person, ustaz-ustazah or more experienced person.


*I'm afraid that kerana terlalu percayakan kata-kata senior atas situasi yang belum terjadi, kita terjerumus ke kancah konflik emosi yang tiada kesudahan. Rugi. 
Kita dengar cerita, tapi kita tak selidik, last-last kita sendiri yang kecewa atas perkara yang belum berlaku(2nd pro x start lagi, kita dah masuk 4th year ke ?). 


Lupa sudah kepada siapa puncak pengharapan kita harus tujukan ? Mungkin tekanan yang memuncak, menyebabkan kita lost tak bertempat. Tersesat walaupun dah hari-hari melalui jalan yang sama. Ingat, ini bukan KENT, England.


Astaghfirullah, li walikum. Maafkan saya kerana seolah-olah mengada untuk campur tangan, but it's just my 2 cents. Sedia diterima, sedia ditolak. 


Think again, and think positive. And don't lose hope. 
Doa dan tawakkal. I pray the best for me, and for all of us. 
15 days to go. Utamakan yang utama. :)


Urs sincerely,
SA Aiman SM from Mars,
to Venus.


Thanks for reading.