...Balik Kerja...

Salam...

Alkisah...

Jam tepat menunjukkan pukul 10.30 malam, dan Aliff bertemankan patung Power Rangers-nya masih lagi sabar menunggu kepulangan ayahnya, En. Mazidul dari pejabat. Selang 15 minit kemudian, terdengar bunyi kenderaan memasuki perkarangan rumah.

En. Mazidul : Assalamualaikum.

Aliff : Waalaikumussalam. Yeay3, ayah dah balik !! - Gumbira

En. Mazidul : Ni kenapa Aliff tak tidur lagi ni ?? Dah lewat malam ni. Ibu mana ? - Bengang

Aliff : Aliff memang nak tunggu ayah balik. Ibu ada kat dapur, tengah basuh baju.

En. Mazidul : Aliff... lain kali tak perlu tunggu ayah balik, esok sekolah nanti mengantuk pulak. Kan pagi esok boleh jumpa ayah lagi masa bersarapan. Mari ayah hantar kamu ke bilik tidur. Ibu kamu pun satu hal, kenapa dibiarkan anak tidur lewat2 malam ni. Hish...

Aliff : Erm, sebenarnya ayah, ada perkara yang Aliff nak beritahu ayah ni.

En. Mazidul : Aliff, kalau ye pun, tunggu la pagi esok... Ayah penat ni baru pulang dari kerja. Dah la trafik sesak tadi. Ayah letih nak tidur. Aliff nak suruh ayah belikan mainan untuk Aliff ke ? Tak cukup lagi ke mainan yang Aliff dah ada ? Tengok patung 'Power Rangers' ni... baru je ayah belikan minggu lepas. Dahlah, jom naik tidur.

Kemudian, kedua anak beranak tersebut menuju ke bilik tidur Aliff. Bilik tidurnya memang penuh dengan mainan. Patung bersepah-sepah, maklumlah 'budak' la katakan.

Di bilik tidur...

Aliff : Erm... Ayah, berapa gaji ayah untuk satu jam ek ??

En. Mazidul : Gaji ayah tak la mahal, RM 50 satu jam. Penat ayah kerja siang malam tau, jadi Aliff kena belanjakan duit yang ayah berikan dengan cermat, jangan ingat nak beli mainan je.

Aliff : Oo, okey. Ayah free tak malam esok ? Ibu cakap yang dia nak masakkan makan malam untuk kita. Ayah suka makanan apa ek ?

En. Mazidul : Tak boleh. Ayah ada temu janji dengan klien esok. Ada urusan bisnes dari Jepun. Ibu ni pun satu, kalau plan buat apa2, beritahu la dulu. Suka hati je. Hish. Dahlah Aliff, tidur cepat nanti esok bangun lambat pulak.

Aliff : Erm... ayah...

En. Mazidul : Ada apa lagi ? ( banyak songeh pulak )

Aliff : Aliff nak pinjam duit ayah RM30 boleh ? Boleh la ayah....

En. Mazidul : Nak buat apa ? Nak beli buku nota ke ?? Nah, ambik RM30 ni, tapi syaratnya takde mainan untuk sebulan. Dah, ayah nak tutup lampu dah nie.

Aliff : Okey. Terima kasih ayah.

Kemudian, Aliff mengeluarkan 2 lagi keping not RM 10... yang terlipat disimpan di bawah bantalnya...

En. Mazidul : Eh, mana Aliff dapat RM 20 ni ?? Dah ada duit kenapa minta lagi dari ayah ?? Aliff... Aliff...

Aliff : Aliff simpan duit saku Aliff Rm10... tadi Aliff minta tambahan Rm10 dari ibu...

Ayah, ni Aliff bayar kepada ayah Rm 50. Aliff nak bayar harga satu jam ayah bekerja untuk malam esok. Ayah balik awal esok ye, Aliff nak makan malam bersama ayah dan ibu. Dah lama kita tak makan sama2... Boleh tak ayah ?? Boleh la ayah... boleh la.... Ke tak cukup gaji yang Aliff beri tu ayah ??

Aliff memujuk ayahnya sambil memegang erat tangan ayahnya...

En. Mazidul terkedu sebentar. Jauh sekali pemikiran anak kecilnya itu. Dan betapa dahaganya seorang anak akan kasih sayang ibu bapanya yang sibuk mengejar apa yang dikatakan " kebahagiaan ", hingga terlupa perlunya meluangkan masa untuk anak-anak sendiri.

Dengan mata yang berair...

En Mazidul : Sudah tentu bOlehh... Aliff kan anak ayah... Ayah sayang Aliff...

Pn. Fatimah yang sejak tadi memerhati gelagat kedua anak beranak itu hanya mampu tersenyum, betapa dia juga merindui saat-saat sebegitu rupa.

P/s : Cilok orang punya...

HARGAI INSAN YANG TERSAYANG, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...




...Ambush...

Salam...

Berita terkini... 21 Disember 2009...

AMPANG : Penghuni beberapa buah rumah/hostel berdekatan dengan Kampung Cheras Baru di sini gempar dengan kehilangan peralatan-peralatan mereka yang disyaki berlaku pada awal pagi/tengah hari tadi. Kejadian tersebut hanya disedari para penduduk apabila pulang dari pejabat/fakulti masing-masing pada petangnya.

Antara barang-barang yang hilang termasuklah hot plate, beberapa buah mesin basuh, toaster dan yang paling mengejutkan ialah sebuah water filter yang dianggarkan berharga Rm 2 ribu ringgit. ( Fuyyo )

Sebahagian besar penduduk nyata terkejut dan hampir tidak percaya bahawa kejadian sebegitu boleh menimpa mereka. Salah seorang penduduk yang ditemu bual oleh wartawan menyatakan bahawa sebelum ini mereka telah diberi amaran bertulis oleh kumpulan suspek supaya menyimpan/menyembunyikan kelengkapan rumah mereka. Namun, amaran itu telah diendahkan dan pihak suspek telah bertindak agresif merampas barangan penduduk.

Pihak berkuasa telah mengesahkan kejadian tersebut dan menafikan ada unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu. Pihak berkuasa juga yakin bahawa motif utama suspek adalah untuk menyedarkan para penduduk supaya tidak membawa barang-barang larangan di rumah/hostel masing-masing.

Walau bagaimanapun, rata-rata penduduk agak 'naik angin' dan tidak berpuas hati dengan tindakan suspek merampas barangan kesayangan mereka itu. Namun, ada juga yang akur dan bersabar dengan kejadian tersebut dan menjadikannya sebagai iktibar pada masa depan.


P/S : Beringat2 sebelum kena... Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya... Pandai makan, Pandai simpan... Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.

" Kamu jangan macam-mcam ya !! " :P