Salam...
Berita terkini... 21 Disember 2009...
AMPANG : Penghuni beberapa buah rumah/hostel berdekatan dengan Kampung Cheras Baru di sini gempar dengan kehilangan peralatan-peralatan mereka yang disyaki berlaku pada awal pagi/tengah hari tadi. Kejadian tersebut hanya disedari para penduduk apabila pulang dari pejabat/fakulti masing-masing pada petangnya.
Antara barang-barang yang hilang termasuklah hot plate, beberapa buah mesin basuh, toaster dan yang paling mengejutkan ialah sebuah water filter yang dianggarkan berharga Rm 2 ribu ringgit. ( Fuyyo )
Sebahagian besar penduduk nyata terkejut dan hampir tidak percaya bahawa kejadian sebegitu boleh menimpa mereka. Salah seorang penduduk yang ditemu bual oleh wartawan menyatakan bahawa sebelum ini mereka telah diberi amaran bertulis oleh kumpulan suspek supaya menyimpan/menyembunyikan kelengkapan rumah mereka. Namun, amaran itu telah diendahkan dan pihak suspek telah bertindak agresif merampas barangan penduduk.
Pihak berkuasa telah mengesahkan kejadian tersebut dan menafikan ada unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu. Pihak berkuasa juga yakin bahawa motif utama suspek adalah untuk menyedarkan para penduduk supaya tidak membawa barang-barang larangan di rumah/hostel masing-masing.
Walau bagaimanapun, rata-rata penduduk agak 'naik angin' dan tidak berpuas hati dengan tindakan suspek merampas barangan kesayangan mereka itu. Namun, ada juga yang akur dan bersabar dengan kejadian tersebut dan menjadikannya sebagai iktibar pada masa depan.
P/S : Beringat2 sebelum kena... Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya... Pandai makan, Pandai simpan... Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.
" Kamu jangan macam-mcam ya !! " :P
No comments:
Post a Comment