ujung minggu

salam...

lame x post... ketandusan dan kegersangan idea nih... dicampur berjumpa ngan permainan baru... kelip2 mate... tengok2 dh pukul 2...

orang bujang xpe, kalau berbini dn ade anak... payah la jugak wei... kang huruhara jadinye...

mggu ni sekali lagi balik trg...

Saje nak meraikan hari persaraan ayah aku... buat kenduri kesyukuran sikit... 3 hari yang berturutan gembira buat ayah aku agaknya... 23/9 - majlis persaraan, dye diarak balik ke umah... 24/9 - his birthday, 25/9 jamuan kesyukuran...

Memang syok kalau jd cg, popular mcm bintang realiti... Hidup pun insyaAllah berkat, sebab ada byk doa anak2 murid mengiringi...

Ni saje nak  capubkan sikit pasal persaraan ayah aku... walopun dye x bace blog, xpe lah... HAhahahha...


UTUSAN Online

ARKIB : 24/09/2010

Sayed Masri terharu tinggal sekolah



Sayed Masri Sayed Ibrahim melambaikan tangan kepada guru dan pelajar yang meraikan majlis persaraannya di Kuala Terengganu, semalam.



KUALA TERENGGANU 23 Sept. - Sukar bagi Sayed Masri Sayed Ibrahim menyembunyikan perasaan terharu ketika berjabat salam dan mendengar ucapan demi ucapan terima kasih daripada warga sekolahnya.
Perasaan sedih itu jelas kelihatan ketika dia beransur keluar dari pekarangan sekolah sambil barisan panjang menunggunya untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor itu yang memulakan persaraannya hari ini.

Sayed Masri mengakhiri kerjaya yang dicintainya dalam dunia perguruan selama lebih 30 tahun termasuk di SMK Sultan Mansor di sini iaitu sekolah terakhir yang terajui selama lebih tiga tahun.
Harapan agar ''Belajar Rajin-rajin dan Terima Kasih Semua'' menjadi ungkapan terakhir yang disampaikannya pada Majlis Jasamu Dikenang dan Sambutan Aidilfitri di sekolah itu hari ini.

Lebih 1,600 pelajar dan 113 guru sekolah tersebut pastinya merasai kehilangan seorang seorang pengetua berdedikasi, berwibawa, berdisiplin tinggi dan mudah mesra yang telah mengangkat kecemerlangan sekolah.
Beliau kemudiannya diarak dengan menaiki kereta antik yang dipandu oleh seorang guru, Kamsah @ Kamal Mohamad dengan diiringi 10 motosikal untuk pulang ke rumahnya di Gelugor Kedai, kira-kira 1.5 kilometer dari sekolah.

Terdahulu dalam majlis itu, Sayed Masri turut menanam pokok di Taman Kenangan dan Peletakan Plak Kenangan di Pondok Koperasi Sekolah sebagai sentuhan terakhir seorang pengetua.
Sayed Masri yang dilahirkan di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan itu terlibat dalam bidang perguruan pada tahun 1976 setelah menamatkan latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur selama dua tahun mulai 1974.

Sekolah pertama beliau mengajar adalah SMK Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu dengan pengkhususan Bahasa Malaysia dan turut mengajar di beberapa sekolah iaitu SMK Tengku Intan Zaharah, SMK Panji Alam, SMK Chendering dan terakhir di SMK Sultan Mansor yang dilantik sebagai pengetua pada 1 Januari 2007.

Setelah kira-kira 30 tahun, tujuh bulan dan 20 hari berkhidmat, beliau yang mempunyai ijazah B.A. (Hons) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1993 dan 2004.

p/s : Ade anak murid ayah aku yg ringan tangan taip dalam utusan nih...  Anyway, selamat bersara juga... dan jgn nakal2... 

Mak aku x keseorangan lagi di umah... bagus2..

Payah jugak...

Salam...

Bile umur dah naik tue ni kan... Bile dh kate byk sangat pengalaman ni kan... Bile dh rase byk sgt ilmu kat dade ni kan... Supposely, kite jd better than previous time...

Tapi payah jugak... yang lain diharapkan, lain pula yang dapat... 

Semakin umur meningkat, sepatutnya jadi lagi matang... Pemikiran dan pemerhatian...  Tapi, ape yg dapat ? Semakin handal mencari silap org... Kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak... Semakin pandai pulak memutar belit kenyataan, agar seiring dgn kehendak diri...  Entah di mana silapnya, tapi of courselah berkenaan dgn niat dn hati... Dan juga berkenaan matlamat tertinggi kita... Ramai yang lupa bahawa kullu nafsin zaaiqatul maut... Buat2 lupa sebenarnya...

Semakin ilmu bertambah, sepatutnya semakin kita rasa rendah diri... Banyaknya ilmu Tuhan Subhanallah, lemahnya pemikiran manusia... Ibarat resmi padi, semakin berisi semakin tunduk... Tapi, apa yang dapat ?
Semakin rasa hebat menguasai diri, takabbur dan ujub itulah yang jadi rutin harian... Benarlah peringatan Tuhan, banyak manusia yang lalai dan lupa... Hanya sikit yang tahu bersyukur...

Walaupun pengalaman dah bertambah ni kan... Kita masih perlu kepada pengajaran dan nasihat dari org lain... Respect others and get respected... and of course Respect isn't something that's unilateral from a single party... It's mutual relationship between 2 parties. Tua dan muda masing2 boleh nasihat menasihati antara satu sama lain, except that the approach is different. Pepatah " Lebih makan garam " tak semestinya menunjukkan kita lagi bagus dan tak perlu mendengar pandangan orang lain...

Ego dan jugak hipokrit bukanlah sesuatu nilai yang digalakkan dalam Islam... Ramai org salah guna istilah hipokrit untuk menghalalkan perbuatan2 tak baik mereka... 

Cthnya, " Aku tak pakai tudung, sebab taknak org kata aku hipokrit, lagipun aku jaga solat 5 waktu cukup ye ."

Ramadhan berlalu pergi, Aidilfitri menjelma lagi...
Mintak maap la banyak2, jemputlah dtg ke umah makan kuih banyak2...
( pantun paling hodoh pernah aku buat )

sekian sahaja,

p/s : Kalau dah buat silap tuh, memang akan ada rasa bersalah, kalau x... That means something is wrong wif u.