ujung minggu

salam...

lame x post... ketandusan dan kegersangan idea nih... dicampur berjumpa ngan permainan baru... kelip2 mate... tengok2 dh pukul 2...

orang bujang xpe, kalau berbini dn ade anak... payah la jugak wei... kang huruhara jadinye...

mggu ni sekali lagi balik trg...

Saje nak meraikan hari persaraan ayah aku... buat kenduri kesyukuran sikit... 3 hari yang berturutan gembira buat ayah aku agaknya... 23/9 - majlis persaraan, dye diarak balik ke umah... 24/9 - his birthday, 25/9 jamuan kesyukuran...

Memang syok kalau jd cg, popular mcm bintang realiti... Hidup pun insyaAllah berkat, sebab ada byk doa anak2 murid mengiringi...

Ni saje nak  capubkan sikit pasal persaraan ayah aku... walopun dye x bace blog, xpe lah... HAhahahha...


UTUSAN Online

ARKIB : 24/09/2010

Sayed Masri terharu tinggal sekolah



Sayed Masri Sayed Ibrahim melambaikan tangan kepada guru dan pelajar yang meraikan majlis persaraannya di Kuala Terengganu, semalam.



KUALA TERENGGANU 23 Sept. - Sukar bagi Sayed Masri Sayed Ibrahim menyembunyikan perasaan terharu ketika berjabat salam dan mendengar ucapan demi ucapan terima kasih daripada warga sekolahnya.
Perasaan sedih itu jelas kelihatan ketika dia beransur keluar dari pekarangan sekolah sambil barisan panjang menunggunya untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor itu yang memulakan persaraannya hari ini.

Sayed Masri mengakhiri kerjaya yang dicintainya dalam dunia perguruan selama lebih 30 tahun termasuk di SMK Sultan Mansor di sini iaitu sekolah terakhir yang terajui selama lebih tiga tahun.
Harapan agar ''Belajar Rajin-rajin dan Terima Kasih Semua'' menjadi ungkapan terakhir yang disampaikannya pada Majlis Jasamu Dikenang dan Sambutan Aidilfitri di sekolah itu hari ini.

Lebih 1,600 pelajar dan 113 guru sekolah tersebut pastinya merasai kehilangan seorang seorang pengetua berdedikasi, berwibawa, berdisiplin tinggi dan mudah mesra yang telah mengangkat kecemerlangan sekolah.
Beliau kemudiannya diarak dengan menaiki kereta antik yang dipandu oleh seorang guru, Kamsah @ Kamal Mohamad dengan diiringi 10 motosikal untuk pulang ke rumahnya di Gelugor Kedai, kira-kira 1.5 kilometer dari sekolah.

Terdahulu dalam majlis itu, Sayed Masri turut menanam pokok di Taman Kenangan dan Peletakan Plak Kenangan di Pondok Koperasi Sekolah sebagai sentuhan terakhir seorang pengetua.
Sayed Masri yang dilahirkan di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan itu terlibat dalam bidang perguruan pada tahun 1976 setelah menamatkan latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur selama dua tahun mulai 1974.

Sekolah pertama beliau mengajar adalah SMK Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu dengan pengkhususan Bahasa Malaysia dan turut mengajar di beberapa sekolah iaitu SMK Tengku Intan Zaharah, SMK Panji Alam, SMK Chendering dan terakhir di SMK Sultan Mansor yang dilantik sebagai pengetua pada 1 Januari 2007.

Setelah kira-kira 30 tahun, tujuh bulan dan 20 hari berkhidmat, beliau yang mempunyai ijazah B.A. (Hons) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1993 dan 2004.

p/s : Ade anak murid ayah aku yg ringan tangan taip dalam utusan nih...  Anyway, selamat bersara juga... dan jgn nakal2... 

Mak aku x keseorangan lagi di umah... bagus2..

7 comments:

Ifwah Masri said...

masuk paper ke? hikhik

aiman_masri said...

masuk jugok... bapok tebeng gambo...

GuGu said...

btul2 msuk paper?
hebat2~

zT said...

mantap ah, siap paka samping gn tanjak tuh..

aiman_masri said...

@gu : xkan nak tipu lak...

@zt ; jgn begitu saudari, x tgok anak dye lagi... huahuahu...

wafiy said...

kemah keminggg....

aiman_masri said...

mg kemah keming jugop tuh..