Tak lama

Salam...

Detik permulaan Fasa ke 2 menuju fasa ke 3... Ya, Fasa 1 sudah tamat selesai. Pejam-celik pejam celik sahaja, masa berlalu pergi macam angin.

Kitaran jam pada hari-hari berpuasa kadang-kadang terasa lambat sedikit agaknya. Mula pukul 11 waktu Malaysia, gendang perut mula berbunyi, seperti enjin kereta tua yang menanti dijual di pasar besi. Tak perlu risau, alah bisa tegal biasa. Tak mati pun orang yang berpuasa kan bak kata Upin Ipin. Teringat berita kebuluran teruk di Somalia, katanya media, beribu-ribu yang meninggal sebab kebuluran... Yang pastinya, ramai daripada jumlah itu adalah kanak-kanak... Aduh, kesian sungguh. Tambahnya media lagi, bekalan makanan ada, cuma militan Somalia yang tak memberi keizinan kepada petugas-petugas bantuan kemanusiaan masuk kawasan. Entah betul entah tidak, tapi media ini selalu macam-macam. Yang pasti, krisis kemanusiaan benar-benar serius di Somalia. Moga-moga berakhir tak lama lagi.

Masuk bahagian yang disukai ramai, Terawih...

Alhamdulillah, rasanya tahun ini tiada lagi desas desus pergeseran pendapat tentang bilangan rakaat solat terawih... Rasa-rasanya umum dah faham, kalau buat 8 pun dah cukup, kalau buat 20 pun tak berdosa. Pilih mana antara dua. Yang paling penting, jangan berlumba menghabiskan terawih... kerana trofinya hanyalah penat lelah. Hayati bacaan di dalam solat, kalau imamnya hafiz... boleh dengar surah-surah yang selain surah lazim, kalau imamnya baca yang lazim-lazim sahaja, mana tahu dalam sebulan ini kita dapat jugak manfaat menghafal sedikit sebanyak surah lazim, selain surah Qul yang empat. Pro's dan con's sama-sama sendiri teliti, untuk kebaikan diri sendiri terutamanya. Masjid ada banyak, pilihan juga banyak, lain ladang lain belalang kata orang tua-tua. Kalaulah penat bekerja, buat la sikit-sikit... kejap je, tak lama pun.

Di sini disertakan kira-kira dari ahli bukan matematik :

8x29= 232... (Ni darab lagi ni)

20x29=580

banyak beza oo. 

Tapi,

kalau 20x29=580, + riak= letih.

kalau 8x29= 232, + patuk-patuk ayam + 'bangga' habis awal = sesak nafas.

So, sendiri mau ingat la. Ibu-ibu kalau kena menjaga anak kecil dan menguruskan rumah tangga, dengan senang hatinya boleh solat di rumah. Tapi, janganlah mentang-mentang menjaga anak kecil, duduk melopong depan tv dari Isyak sampailah sang suami balik dari surau. Rugi, usahakanlah solat sikit-sikit. Ramadhan ni tak lama pun, sebulan je. Eh silap, tinggal kurang dari 20 malam lagi dah.

Bulan ini juga tak lupa pada kanak-kanak kecil, waktu latihan yang paling sesuai dan efektif untuk bersolat dan berpuasa. Kitalah yang kena ajar mereka, bahawa yang Wajib bukan puasa sahaja, solat juga sama. Mana boleh solat 5 waktu tapi tak puasa di bulan Ramadhan, atau puasa di bulan Ramadhan tapi tak solat 5 waktu. Dua-dua kena seiring macam baju dan seluar. Tak lengkap kalau diabaikan salah satunya. Konklusinya, WAJIB bersolat 5 waktu sehari semalam, dan berpuasa sebulan Ramadhan kecuali keuzuran/sebab2 lain yang dibolehkan syarak.

Sebelum pertengahan Ramadhan ni, siapa-siapa yang belum beli baju raya, pergi beli siap-siap !!. Awal-awal bagus sebab nanti boleh terus FOKUS pergi masjid tiap-tiap malam. Bonus istimewa di masjid, beribadat pada 10 malam terakhir jauh lagi ( I mean jauh jauh lagi)  bermanfaat daripada Sales besar-besaran + Harga Runtuh segala + Bonus Maut L.o.L + Promosi Megatron Haiyyak ! di Mydin Mall mahupun Parkson, JJ dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Orang pakai baju baru pada pagi 1 ( I mean S.A.T.U) Syawal sahaja. Kita beli 10 (sepuluh) pakaian baju baru ape kes ? Oh, kepuasan diri semata-mata. Jangan kerana baju, kita terrrrrrlepas malam lebih baik dari 1000 malam. Tak yah baju baru pun takpe kan. (Aku dah siap beli hehehe) 

Okeh, seronok berceloteh kali ini. Moga yang baik itu dijadikan teladan, yang buruk itu dijadikan sempadan. 

Selamat beribadat, moga-moga bertemu dengan malam yang seribu malam.

Wassalam. Kriuk-kriuk... oh ! dah pukul 11. :)

2 comments:

Faariis said...

salam kakak aimang,
gi mana sih kalo masa isaknya sedikit, tapi masa tarawehnya banyak ganteng? gue masukin orangnya, bukan rakaatnya lo.

ha ha ha!!
selamat fasa keampunan.

aiman_masri said...

Pokoknya anak-anak muda harus diajarin, yang wajibnya Isak, yang sunatnya terawih. Jelas sekali mereka kurang faham tentang konsep ini.

ataupun

Mereka sebenarnya ingat nak save tenage untuk solat terawih. Satu post panjang lebar pula untuk menerangkan dengan jelas pasal bab nie. Malangnya, aku kurang bersedia untuk post bab nie. Mu plop chan wei.