Cepatnya Masa Yang Panjang Itu

Salam,

Betapa saya menunggu-nunggu masa ini... Lamanya saya menunggu, cukup sebulan. Maklumlah, saya masih belajar erti mengurus masa yang baik, nampak nyata gagal dengan jayanya. Tidur, tidur, tidur.... orang kata saya suka tidur dalam kelas, memang saya tidur, tapi bukan kerana saya suka. (Pertahan diri)

Okey, kembali pada topik...

Cepatnya masa dan kerana darah muda, semuanya mahu yang pantas-pantas, pantang lembab sedikit pasti dikritik. 
Kerana cepatnya masa, cepat juga naik darahnya.

Di jalanraya, yang memandu dengan "hemah" pasti dihon, dikeji dan dimaki. Tertanya-tanya mana pusat memandu yang mengajar.
Kerana cepatnya masa, ada yang menyelit-nyelit dengan selamba, persetankan makian, pedulikan kata orang, yang penting, "Aku kena sampai dulu, aku kena ontime. (Jaga masa) "
Sedih juga, kerana cepatnya masa, kewarasan akal sering ter'tinggal'. Cuai. Berdegum di sana, berdegum di sini.

Ops, baru perasan ini bukan pasal cepatnya masa, tapi sikap G.E.L.O.J.O.H.

Gelojoh ketika makan, tercekik, tersedak dan sebagainya.
Gelojoh ketika memandu, tercalar, terkemek. (Ter-mati, mintak jauh.)
Gelojoh ketika belajar, 'mungkin' ilmu bercelaru. Tidak bagi golongan genius.
Gelojoh ketika buat sesuatu, pasti kelam kabut.
Gelojoh ketika membuat tafsiran, buruk sangka.
Gelojoh ketika solat, mungkin solat tak diterima. (Tomakninah tak dijaga)
Gelojoh ketika membaca Quran, tertukar baris sekali sekala. Tidak bagi yang Mahir.
Gelojoh ketika tidur, erm... erm... tak ada kot.

Gelojoh dalam membaca blog, mungkin tak paham langsung isi kandungannya apa. Hehe.

Buat apa post panjang-panjang nie ? Bukan apa, saja nak ingatkan diri sendiri. Yang kononnya Generasi Y, nak pantas segala. Tapi harus berwaspada, cepat-cepat juga, tapi jangan gelojoh. Jangan diturut sangat darah yang membuak itu, takut kesan buruk mengatasi kesan yang baik. 

Belajar untuk mengawal emosi, stabilkan pemikiran, dan tajamkan mata hati. Belajar untuk menghargai dan bersyukur mungkin antara keperluan utama buat masa ini. Menghadiri majlis ilmu, berdamping dengan orang yang baik dan soleh serta selalu membaca alQuran antara ibu kunci mendapat panduan hidup yang baik. Sejahtera di dunia, bahagia selamanya di akhirat. Alangkah seronoknya.

Jangan kerana gelojoh inginkan nikmat dunia, hilang rindu pada nikmat akhirat yang kekal abadi, hilang malu pada Tuhan Pemilik segala nikmat kurnia. Jangan tertipu dengan slogan, " Kau masih muda,hidup masih panjang". Sedangkan cepat mati itu, faktornya beribu-ribu. Kita kena cepat bertindak, kerana alasan " Cepatnya masa" tidak banyak membantu. Kita semua sedang berumur. (Menuju tua).

Habis, gelojoh tu ape ? (antonim sabar)

Terima kasih luangkan masa.

No comments: