Konfliknya 'bahagia'

Salam,

Amaran : Tulisan ini mungkin mengandungi maklumat kurang tepat. Lebih kepada pendapat peribadi penulis.

Mencabar sungguh zaman ini.

Mencabar ? Mencabar yang bagaimana ?

Payah nak disebutkan di sini, sebab sungguh mencabar dari segenap segi. Dari segi ekonominya, cara hidup, kepantasan teknologi, serta kepesatan pembangunan yang sungguh membingungkan. Globalisasi - segenap benda boleh tersebar dengan cepat, tak kira nilai positif atau nilai negatif. 

Cuma rasa perlu sentuh sedikit tentang suasana di Malaysia sekarang, tentang Seksualiti Merdeka. Boleh singgah sebentar, di capaian berikut - http://www.seksualitimerdeka.org. Berinspirasikan dasar kebebasan hak asasi manusia, segelintir kumpulan berjuang sungguh-sungguh, dengan pelbagai cara dan kaedah pendekatan, menggunakan segala kekuatan akal LOGIK, kefahaman ilmu undang-undang sivil dan semangat yang membara - merayu supaya kehendak nafsu mereka diterima dan diredhai oleh masyarakat, dan mereka bebas berbuat apa yang mereka sukai, mereka berhak berbahagia dengan cara mereka yang tersendiri. Habis segala hujah dibentangkan, segala hukum hakam sivil diselongkar, untuk membuktikan mereka BENAR di sisi undang-undang. Yang salah bagi mereka ialah - masyarakat sekeliling mereka yang tak reti bahasa, tak menghormati hak asasi orang lain, dahlah tak tahu undang-undang, nak kacau kebahagiaan orang lain pula. 

Sekali imbas, sekali jenguk  membaca perbahasan yang dibawa mereka. Mungkin mereka BETUL. (berdosa siapa yang berhenti baca blog saya disini sahaja)

Mereka betul, dalam perbahasan hak asasi manusia - mereka berhak mendapat segala apa yang mereka inginkan = bahagia. Tapi betul ke ini 'bahagia' ? 

Tapi, sayanglah kalau kita yang kononnya 'Faham Agama' ning, mengangguk-angguk kepala jua tanda setuju. Bodoh tahap gaban. Nampak jelas kita selalu ponteng kelas Fardhu Ain masa sekolah dulu. Selalu angkat kaki kalau ada ceramah agama membincang tentang orientasi seksual manusia. Bodoh, dah la rugi pahala sebab lari dari majlis ilmu, bila ada orang jahil cuba membodohkan kita, termakan tipu helah pula.

Sahabat-sahabat,

Akal yang diberi Tuhan untuk berfikir - sesetengah mengatakan sebagai ilmu Logik. Tapi, dalam kebanyakkan perkara, logik akal itu tak cukup untuk memahami sesuatu perkara dengan tepat, oleh itu kita perlu kepada panduan. Kita ini bila mengaku hamba Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa - wajib kena ada sifat taat dalam diri. Dalam ajaran Islam, jelas sungguh larangan homoseksual, liwat terutamanya. Sila rujuk -Penyakit bukan untuk alasan terus sakit.

Kesimpulannya, kalau datang PBB, Suhakam ke, USA ke apa ke, mengatakan liwat itu boleh, wajib kita TOLAK bulat-bulat. Kita tak boleh redha. Never. Sebab persoalannya bukan lagi perbahasan logik, atau perbahasan undang-undang sivil, ini sebab Tuhan yang larang. Cukup jelas laranganNya. Bila langgar, tunggulah azab yang datang. Kaum Lut dibinasakan dalam satu malam sahaja. Biasalah manusia mudah lupa, sebab itu selalu ulang kesalahan yang dibuat - ampuni aku ya Rabb.

Nafsu buas yang diangkat, penyebab utama jatuhnya masyarakat - Apo nak dikato.

Semoga Allah terus merahmati kita, tidak terjebak dengan gejala songsang yang kian  menyubur  kini. Rasa sangat nak marah, siapalah yang mempopularkan idea penerimaan homoseksual adalah salah satu tanda aras kemajuan masyarakat. Tiupan syaitan agaknya. 


Perang kepada yang terus lantang. Simpati kepada yang mahu pulang. 


Maha Suci Tuhan. Rahmatilah aku supaya terus berbahagia, di dunia dan akhirat. 


Wassalam.

No comments: