Pencapaian

Salam,

Seronok sebab selamat sampai kampung halaman. Alhamdulillah. Orang kata, kampung kau bukan ada ape pun... Tak kisah lah. Seronok sebab nilai memori itu, mengalir macam adrenalin dalam darah. Walaupun, memang ada satu rasa kosong yang amat. Rindu. Dalam 2 minggu lagi, mungkin genap setahun. 

Di sebalik minda meracau memikirkan jawapan dalam dewan, sesetengahnya lebih fantasi berbanding fakta, hentam sahajalah, sedikit rasa gembira dan syukur timbul, sebab dah tulis nombor 3 untuk kotak - tahun pengajian. Pejam celik pejam celik sahaja. Boleh dikira sebagai pencapaian juga lah. Walaupun tak sehebat rakan-rakan yang lain dari segi keputusan markah.

Erm, kadang-kadang nikmat yang kita perolehi, bukan setakat untuk kesenangan dan kelegaan kita semata-mata. 

Kalau kita sihat, seharusnya kita membantu mereka yang kurang upaya.
Kalau kita kaya, seharusnya kita membantu mereka yang kesempitan.
Kalau kita berilmu, seharusnya kita membantu mereka yang kejahilan. 
Kalau kita berkereta, seharusnya kita menumpangkan orang jika diperlukan. 

Biar nikmat yang ada pada kita, dapat dirasai oleh orang lain jua sedikit sebanyak. Hidup ini macam roda, kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Hari ini kita untung, esok mungkin kita rugi. Apa salahnya kalau kita berkongsi. Moga-moga, rahmat semakin terbuka luas. Atau setidak-tidaknya, kita tidak menjemput nilai cemburu dan busuk hati dari orang sekeliling kita. Barulah harmoni hidup.

Okey, sekian sahaja. Wassalam. 

p/s : Dengar lagu A thousand Year, sambil memotong kereta yang si isteri sedang menyuap si suami adalah tindakan yang kurang bijak. KAHKAHKAH. Rasa macam loser.

Ambik hang !

Salam...

Post pertama di tahun baru, 2012... Huhuhuhu... Setinggi-tinggi perhargaan kepada en. Wafiy yang sudi memberi tunjuk ajar pada suatu masa dulu... sehingga aku pun dengan berbesar hatinya terbuka hati untuk menulis blog. Ada kawan-kawan yang masih tegar menulis blog, ada juga yang dah tawar hati, membiarkan blog sepi tanpa entri.... Ikut suka merekalah kan, blog mereka kan.

Semalam ada ujian Patologi, fuh, memang tingginya Pluto dari Bumi. Tapi, kena terus optimis...

Rasa macam perlu untuk lepaskan stres... Rasa ketagih pun ada....


Bila tengok senior main, ooo... baru nampak, ada teknik dan tips-tips mudah untuk jadi bowler yang baik, straight bowler i mean... lantaklah hudoh bebenor stylenya... yang penting strike, banding yang baling curve tapi masuk longkang... ahahaha... (mode-gurau ni)
Tapi biasalah, cakap lebat, cakap tak serupa bikin.  

Pepatah ROM ada mengatakan, jika nak kekal aman, mesti bersiap sedia untuk perang....

Suntzu pula berkata,

Jika anda tahu kekuatan dan kelemahan diri, anda takkan tewas,
Jika anda tahu kekuatan diri, dan kelemahan musuh.... anda akan menang.
Jika anda TAK tahu keupayaan diri, dan keupayaan musuh... konfem2 anda akan tewas.

Jadi, setakat ni, boleh la kaitkan...

Kita belajar Microbiology dan Parasitology untuk memahami keupayaan dan kelemahan musuh-musuh,
Pathology untuk mengetahui kelemahan, dan Pharmacology untuk mengenal pasti kekuatan...

Erm, satu lagi Community Health, erm... erm, mungkin untuk menambah kekuatan jugak kot. 

Saje2 je ni, berfalsafah sikit di malam buta.

Okeh, good nite.

Wassalam.

p/s : Usaha untuk mendapat 5A adalah berbeza dengan usaha nak lulus, walau bagaimanapun, enggan berusaha berkemungkinan besar untuk gagal... Ada hikmah atas segalanya.