Pencapaian

Salam,

Seronok sebab selamat sampai kampung halaman. Alhamdulillah. Orang kata, kampung kau bukan ada ape pun... Tak kisah lah. Seronok sebab nilai memori itu, mengalir macam adrenalin dalam darah. Walaupun, memang ada satu rasa kosong yang amat. Rindu. Dalam 2 minggu lagi, mungkin genap setahun. 

Di sebalik minda meracau memikirkan jawapan dalam dewan, sesetengahnya lebih fantasi berbanding fakta, hentam sahajalah, sedikit rasa gembira dan syukur timbul, sebab dah tulis nombor 3 untuk kotak - tahun pengajian. Pejam celik pejam celik sahaja. Boleh dikira sebagai pencapaian juga lah. Walaupun tak sehebat rakan-rakan yang lain dari segi keputusan markah.

Erm, kadang-kadang nikmat yang kita perolehi, bukan setakat untuk kesenangan dan kelegaan kita semata-mata. 

Kalau kita sihat, seharusnya kita membantu mereka yang kurang upaya.
Kalau kita kaya, seharusnya kita membantu mereka yang kesempitan.
Kalau kita berilmu, seharusnya kita membantu mereka yang kejahilan. 
Kalau kita berkereta, seharusnya kita menumpangkan orang jika diperlukan. 

Biar nikmat yang ada pada kita, dapat dirasai oleh orang lain jua sedikit sebanyak. Hidup ini macam roda, kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Hari ini kita untung, esok mungkin kita rugi. Apa salahnya kalau kita berkongsi. Moga-moga, rahmat semakin terbuka luas. Atau setidak-tidaknya, kita tidak menjemput nilai cemburu dan busuk hati dari orang sekeliling kita. Barulah harmoni hidup.

Okey, sekian sahaja. Wassalam. 

p/s : Dengar lagu A thousand Year, sambil memotong kereta yang si isteri sedang menyuap si suami adalah tindakan yang kurang bijak. KAHKAHKAH. Rasa macam loser.

2 comments:

Faariis said...

open game laaaaa

aiman_masri said...

main sorang2 dop dap. Kene ade mung baru semngat nk lepor.