Perkara paling susah

Salam,

Minggu ni sibuk dengan research methodology, dan aku pilih tajuk kesedaran komuniti terhadap bahaya rokok basi. Dulu ingat nak buat research sikit pasal keberkesanan produk terapi elektrostatik Dr Jism, al Jabbar. Tapi tak jadi.

Yang paling utama, bukan soal nak cari tajuk yang senang semata-mata, tapi nak pilih tajuk kajian yang punya nilai jika diambil dan direalisasikan. Ada nilai sumbangan kepada masyarakat, bukan nilai pencapaian dapat hantar cadangan kertas kerja semata. Think big, act small.

Berurusan dengan orang, tidak lain dan tidak bukan perkara yang paling susah adalah untuk memenangi hati. Sebab itu timbul soal 'first impression', gaya bahasa badan dan sebagainya.
Dan antara perkara yang paling susah bagi aku, ialah cara nak menangani perbuatan-perbuatan yang melambangkan ketidakmatangan. Cerewet pun satu hal.
Could not help much except not being one of them. At least, try to not being is good enough. Tapi, taklah kata cerewet itu tiada manfaat langsung. Yelah, mengakulah aku cerewet sikit bab makan. What we're concerning here is dealing with people, food and fashion are totally another story.

Lapangkan dada, banyakkan sabar, cuba fahami situasi sebaiknya, dan dengan sedikit ketegasan barulah dapat membuat keputusan yang baik dan memuaskan. Ini baru matang. For me lah.

Run and keep running from problems, and you will not be going anywhere. Empower yourself with experiences, so don't be afraid or hesitate to try. Jelas sekali ayat ini tak boleh diguna pakai untuk kerja-kerja maksiat ye. huhu.

p/s : Midsem ? Alhamdulillah. Always good enough for me. Sorry but my satisfaction threshold is quite low.
A prof said to me, "Heard that you are doing well".
"But in some subjects I just barely passed" - I responded. ( Salah orang rasanya )

Blogger baru ni advanced sangat, banyak pulak butang-butang yang hendak ditekan.    

Long Week

Salam.

Habis sudah cuti pertengahan semester. Kurang 2 bulan tinggal untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan profesional yang kedua. Benteng terakhir untuk dipecahkan sebelum menuju ke alam klinikal. Keputusan untuk 'midsem', wallahua'lam. Kalau yang baik, alhamdulillah, kalau yang kurang baik, bersyukur juga hendaknya.

Cuti kali ini, hanya sempat 1 hari penuh di Terengganu. Selebihnya berada di Johor dan Kelantan.

Yang paling menarik, sempat ke Masjid Pulau Melaka dan melawat rumah Tuan Guru Nik Aziz. Bergambar dengan rumah jelah. Tapi sayang tak berpeluang untuk bersalam dengan TGNA sebab sibuk melayan permintaan ibu bapa yang ingin anak-anak mereka ditahnik dan juga dicukur rambut. Tidak lupa, sedikit perkongsian rasa dan idea, yang baik dan membuka minda, penuh inspirasi daripada bapa seorang kawan kami. Paling suka, idea untuk mengutamakan sumbangan kepada masyarakat, berbanding pencapaian peribadi semata-mata. Namun, masih tidak salah untuk mendapat pangkat tertinggi, dengan syarat tidak menafikan hak masyarakat umum untuk mendapat juga sedikit sebanyak sumbangan dari kita setakat yang mampu. Engagement with community. Segan juga, kerana saya masih di takuk lama, sedangkan generasi mudalah yang harus paling gagah.

Alhamdulillah, hari ini, lagi satu pasangan berjaya disatukan secara halal. All the best, dan barakallahulakuma. Seronok tengok orang lain juga gembira, tapi kita je yang tak tahu hari gembira kita bila. Ada rezeki, ade lah.

Sekian.

p/s : Matlamat kena jelas, niat biar ikhlas. Macam bawa secawan kopi di atas karpet putih. Hati-hati.

RM dan HFMD

Salam,

Alhamdulillah, lega.

Seronok, dan rasa lega yang amat, selepas hampir 1 bulan yang menyesakkan dada.

Bila berdepan masalah, asyik berfikir dan bermonolog sendirian, " Padan muka, aku sendiri yang cari pasal...". Forum yang menjemput penceramah, Ustaz Hasrizal tiba-tiba membuka minda aku kepada suatu idea baru dan cukup menarik. ( Memang tak rugi dengar)

Spesifik dan 'demanding '... Aku cuba untuk aplikasikan dalam kehidupan... Bukan untuk lari dari masalah semata-mata, tapi khas untuk fokuskan tenaga dan buah fikiran atas perkara yang lagi utama tanggungjawab.
Dengan harapan, hasil dari usaha kerja yang lebih fokus menjadi lebih baik. Alhamdulillah, rasa dapat bernafas dengan lebih lapang.

Minggu seterusnya, bakal menyusul perkara-perkara lain... Banyak. Boleh tahan. Mampu urus ? Semuanya bermula dengan minda yang positif, pembahagian masa yang baik... dan selebihnya tawakkal yang tiada belah bahagi. Always excited for the unplanned. :)

Jika kita ada kebolehan, jangan simpan hingga basi. Kerana semua kebolehan dan kepakaran diperlukan dalam menjamin kemajuan seluruhnya.

Akhir kalam, semoga terus dapat istiqamah dan ikhlas dalam kerja buat. Ketagihan kepada ubat, binasa kepada badan. Ketagihan kepada maksiat, jika tak dirawat segera, hanya layak kepada api neraka yang sedia membakar. Astaghfirullah.

Terdengar ceramah Dr Asri, ada perbincangan kepada soal kenapa takut mati... Tertarik dengan suatu jawapan yang saya lupa dipetik dari siapa... tapi mafhumnya lebih kurang...
" Kamu takut mati, kerana dunia- mu yang sudah terlalu cantik, sedang kamu lupa pada akhirat... Kamu membiarkan akhirat-mu tanpa persiapan. Ibaratnya, seperti kamu enggan berpindah dari rumah yang cantik(dunia), ke rumah yang buruk (akhirat) - kerana sedikitnya bekalan/persiapan kamu itu."

p/s : It is always a great pleasure, to work with people that share same passion. Despite hardship, they still show great efforts.