9 is good to go.

Salam.

I don't have pictures. So, couldn't share much. But last weekend was great. Glad to participate, although it was a last minute decision. Later, kena sayur dengan Dr Aziz. Sabar jelah. Need to improve my English anyway.

Selepas bercuti di Melaka, balik terus fokus dengan Research methodology proposal. Nilah orang kata, bala jangan dicari, dan jangan digali kubur sendiri, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau padan muka. Luckily, by 4 am in morning, i managed to finish it. Keep cheering by myself as there is no nescafe to help. The next day was a zombie day. Tidur dalam kelas beserta niat. Couldn't help it much.

Okay, back to business.

Taksub adalah tidak bagus. Cenderung itu perlu. Dan bersikap neutral itu penting. Sekian dan selamat beramal.
Jangan biarkan diri anda diselubungi kebodohan.... dan diperbodohkan. Kecuali anda suka. Tak boleh buat apalah.

Adalah jahat bagi saya, untuk mengatakan bahawa bersetuju dengan pemerintah yang zalim itu diterima bulat-bulat dalam Islam. Ataupun secara halus mengatakan, ada beberapa jenis kezaliman yang dihalalkan dalam Islam. Come on, common sense lah. Saya tak reti nak mengulas secara lanjut dan dalam.
Keadilan sentiasa menjadi keutamaan dalam cara hidup Islam. Islam begitu menghargai hak sesama manusia. Dan jelas menerangkan kepada kita dalam hak-hak sesama Muslim.

Meskipun dalam perang sekalipun, pada waktu memang jelas kita berdepan dengan musuh agama, kita tak dibenarkan membunuh pendeta-pendeta, meruntuhkan rumah ibadat, merosakkan alam sekitar tanpa perlu. Sebab Islam begitu mementingkan keadilan. Jangan dibunuh dan disentuh mereka yang tak bersenjata, wanita dan kanak-kanak. Mereka bukan lawan tentera yang gagah.

Diheboh dan disebarkan, hadis-hadis dan kisah-kisah bahawa kita perlu menurut pemerintah, walaupun mereka  zalim. Padahal, ada banyak pendapat dan khilaf ulama tentang penjelasan tentang kisah-kisah berkenaan. Dan saya secara peribadi tak setuju dengan penyataan bahawa jadi batu tunggul itu bagus dan lebih islamik. Apa ke jadah ? Ramai yang akhirnya menggunakan ini sebagai alasan untuk tidak menyokong dan tidak turut serta, kerana ingin menonton hindustan sambil makan koci. Apa ke jadah ? Biji koci bila-bila boleh makan. Tarbiah hedonisme yang sangat berjaya.

Yang paling utama, mengapa didiamkan kisah-kisah pemimpin zaman dulu ? Yang begitu komited dalam menjaga hak rakyatnya. Biar para pemimpin sekarang baik kerajaan dan pembangkang terutamanya, sedar hakikat sebenar mereka menjadi pemimpin adalah untuk menjadi pembela hak-hak rakyat, bukan melantik mereka untuk menjadi perompak berlesen besar. Hakikat yang lagi besar ialah, manusia tak kira agama dahagakan keadilan. Dan Islam sudah terangkan guideline nya. Dan diikuti oleh living examples yang benar-benar diakui kejayaan mereka. Manfaat besar dinikmati rakyat sama rata.

Hadis-hadis terhadap bahaya rasuah, harus disebarkan dan dibacakan di Parlimen dan DUN, khas untuk pemimpin beragama Islam, serta diambil iktibar oleh yang bukan Islam.
Biar akhirnya kita jelas, isunya bukan pasal lokasi, isunya bukan pasal Ambiga, isunya bukan pasal jem teruk, isunya ialah masyarakat tak suka akan kezaliman(meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya) dan penipuan, masyarakat dahagakan keadilan dan ketelusan dari pemerintah.

Tuptup, berani sungguh kita katakan yang menjadi batu tunggul itu lagi bagus kerana tak banyak bising dan ada nilai bersyukur...

Dan berani sungguh pemerintah menuduh rakyat tak ikut undang-undang... sedangkan mereka main batu selambut di belakang mahkamah tentang 450 juta dan lain-lain..... Shame on you.

Sedih, isu perkauman dinaikkan. Isu agama pula diputar belit sesuai ikut kehendak sesetengah golongan. A dengan cara A, B dengan cara B. Namun, sangat bersyukur kerana ada yang masih gagah menjadi neutral. Neutral yang menjadi base line untuk kita, agar tidak tersasar jauh jika perlu untuk cenderung. Saya sentiasa doakan mereka yang ikhlas, agar bersatu hati jua akhirnya.
Buangkan taksub, ia menjadi halangan dalam usaha kita memberi kefahaman tentang kebenaran.

p/s :
Perang saraf sekarang semakin sengit. They brilliantly used TV and others. Ramai yang berjaya dibutakan. Simpati buat mereka.

Masih belajar untuk menghormati pendapat orang lain, sambil melontarkan pendapat sendiri yang agak bertentangan. Manusia takkan pernah sama pendapat tentang satu perkara. Lumrah. Macam-macam ragam.Tapi pastikan kita di pihak yang lebih tepat.

Saya pilih 9. I am good to go. Haha.

Sekali lagi, taksub adalah tidak bagus. Cenderung itu perlu. Dan bersikap neutral itu penting. Sekian dan selamat beramal. Apa ke jadah p/s macam perenggan baru ?



No comments: