what happen in the middle

Salam.

Jerebu. Asap, asap dan asap.

 Tak datang jerebu x reti nak bersyukur udara bersih selama ini kan.


Dulu akak aku pernah cerita, result first sem dan last sem je yang dia excellent, yang lain tak berapa, biasa biasa je, jadi prof dia tanya, What happen in the middle ?

Soalan yang sama, apabila kita dilahirkan, kita akan diazankan (Islam) dan bila kita meninggal pula, kita akan disembahyangkan. (Islam)

So, pernah tanya diri sendiri, apa yang berlaku di tengah tengahnya ? Apa yang kita buat ?

Ramadhan dulu dan Ramadhan yang bakal menjelang, what actually happen in the middle ?

SSM next. Entah lulus ke tidak. Dan keputusan posting OnG. Doakan yang terbaik.
Balik terengganu, candat insyaAllah.
Exam. pastu exam.
5th year ?



Fallen in for second time

Salam.

This might be just another filler.

But, last Saturday was full of delight.

Enhancing bond with own lecturer, thing that is not oftenly done due to malu dan sebagainya.


Visiting former teacher, who dedicated his life to teach us, not only the subject, but willing to lend some ears to share things include personal affairs.

Seems that still there a lot of kind people in this world, to make it better place to live. 

Lot of things had happened. Really hope that I shall pass the Fourth year, the adaptation year to Clinical phase. Still, I might not be good as some of fellow collagues, and there a still room for improvement.

Banyak perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan ini, yang antaranya telah membuatkan kita kadang kadang tersasar dari apa yang sepatutnya. Alasannya, sebab kita terluka, padahal tanpa sedar kita juga me'luka'kan.

Sometimes, it is just like we are against our own good will. Against our very own principles, good ones I mean. It was just a deceitful delight, that later if we turned back and look into it, we were just make fool of ourselves.

Less love and care.
More hate and grudge.
Dunia semakin mengecil, pandangan hidup semakin sempit.
Perkara kecik pun boleh bertekak panjang.
Perkara yang paling kita suka, cari peluang untuk kenakan orang balik.
What a waste.

Sepatutnya, perkara buruk kalau semua orang buat pun, kita kena gagah menghindarinya.
Perkara baik kalau semua orang dah lupa, kita kena kuat untuk mengamalkannya.

Ideally, sepatutnya beginilah.
Walaupun susah, ada ganjaran besar untuk itu.

Okay, ini hanya pandangan.
Teruskan berfikir dan fikir positif, jadilah manusia berguna pada komuniti.
Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.

p/s :

tengah semangat tengok naruto shipudden balik (anime, not manga) , after 4 years. Huhu. It is getting more interesting. Apa apapun, kalau tengok cerita, ambillah moral moral yang baik.

Bukan pasal mayat

Salam.

Oh forensik.
Cuak dan seram sinonim sekali, tapi itu dulu.

Once upon time, dulu pernah terima tawaran  ke Universiti Kaherah, bidang perubatan di bawah biasiswa JPA.

Nak dijadikan cerita, JPA akan panggil budak budak yang terima tawaran ini untuk pergi ke hospital, untuk meluangkan masa melihat realiti kehidupan doktor, sebelum betul betul made up your mind.

Dipendekkan cerita, antara perkara yang tak boleh lupa, betapa cuak dan seram sejuk bila diberitahu kena melawat rumah mayat Hospital Besar Kuala Terengganu pada waktu itu, (sekarang dah tukar nama, HSNZ).

Selalu dimomokkan cerita, nanti bila jadi pelajar perubatan kena tidur sekali ngan mayat lah, barulah layak menjadi doktor. Ni orang cakap, mitos bapak penipu.

Walaupun jantan, lembik jugaklah lutut ni kan.

Aku memang anti tengok benda benda ekstrem ni, even dulu hanya dengan membaca kisah pasal kes Ambon di Indonesia, kes orang Kristian bantai umat Islam Ambon, dah seminggu seram sejuk, berat rasanya, bila membaca realiti dunia untuk ditelan dengan tahap pemikiran budak waktu itu.
Baru sedar hakikat jahatnya manusia, jahat sejahat jahatnya.

Digagahi jua untuk turut serta ke rumah mayat tu, memang doa supaya diberikan kekuatan tengok benda benda pelik ni, dan aku dikuatkan semangat untuk pilih jugak jurusan perubatan.

Alhamdulillah, satu ilmu baru yang aku dapat pada hari itu, luckily there was no post mortem case done that day, and we ended up having conversations dengan staff-staff kat situ.
Gambar demi gambar, rasa takut itu hilang dengan sendirinya. Even tak takut langsung pun sebenarnya.
Setiap gambar ada ceritanya tersendiri. Instead of gruesome pictures, apa yang aku lagi concern adalah once again, jahatnya manusia.

Ada mayat bayi yang terbakar sebab dibuang di tempat pembakaran sampah, ada mayat yang dihumban ke tangki septik, ada mayat yang ditanam di halaman rumah.
Ada mayat dengan pisau tercacak di belakang badan selepas dicabul.
Ada kes jururawat yang tikam bertubi tubi di perkarangan hospital.

Ceritanya bukan lagi pasal mayat. Ceritanya pasal manusia yang melakukannya.
Why they did such things to another human beings ?
Marah ? Benci ? Dendam kesumat ? Tersengaja ?

Aku pula rasa naik darah.
Memang benarlah manusia kalau dah hilang kewarasan akan jadi lebih teruk dari binatang. 

Semua tahu kes Susilawati, kes Mona Fendi.
Susah nak digest dek akal. Tak tahu kemana hilangnya kemanusiaan.

Jadi hari ini, kita nilai balik diri kita.
Kalau kita tak terkesan dengan kisah kisah jenayah kejam di atas, something is wrong somewhere.
Mana nilai kemanusiaan dalam diri kita ?
Mana kasih sayang, mana perasaan kasihan dan simpati ?
Kadang kadang aku rasa, nak jadi doktor ni kena jiwa kental sikit, tapi janganlah matikan langsung nilai sentimental tu. Seimbang kata orang.
Yelah kan, nak break the bad news to family member atau relative, kena jiwa kental, kang sekali ngan relative menangis. Profesional, poyo, simpan taman dalam hati pada waktu waktu kritikal.

Dan dalam posting forensik kali ni, baru sedar dengan jelas, banyaknya cara untuk dimatikan.
Natural, homicide, suicide, accident, and uncertain.

Mati kita kelak yang macam mana ? Di mana ? Tak.tahu.
Husnul khatimah, itu je yang boleh diharapkan. Kita tak tahu hujung penghidupan kita macam mana.

Panglima gagah Khalid alWalid menangis, sebab terlantar di katil sahaja menunggu ajal, bukan di medan perang syahid seperti yang dicita citakannya. Tapi tetap beliau tinggi di sisi Tuhannya.
Ada orang meninggal di atas katil juga, tapi sedang bermaksiat kepada Tuhannya.

Ada orang mati gugur di medan perang, namun gugurnya bukan demi agama, bahkan untuk nama semata.
Niat kena jaga.

Sekian.

p/s : Prinsip hidup amat penting, dan hendaklah berdasarkan ajaran Islam. Kalau tak, kita akan end up buat keputusan yang merugikan diri sendiri kerana prinsip yang tak betul. Dan kita tak sesat dalam mencari makna kehidupan.

Life is beautiful but deceitful, cari akhirat dan dunia akan melutut depan kita.
Mati itu pasti, buat bekal, hereafter is a long journey to withstand.