Salam.
Oh forensik.
Cuak dan seram sinonim sekali, tapi itu dulu.
Once upon time, dulu pernah terima tawaran ke Universiti Kaherah, bidang perubatan di bawah biasiswa JPA.
Nak dijadikan cerita, JPA akan panggil budak budak yang terima tawaran ini untuk pergi ke hospital, untuk meluangkan masa melihat realiti kehidupan doktor, sebelum betul betul made up your mind.
Dipendekkan cerita, antara perkara yang tak boleh lupa, betapa cuak dan seram sejuk bila diberitahu kena melawat rumah mayat Hospital Besar Kuala Terengganu pada waktu itu, (sekarang dah tukar nama, HSNZ).
Selalu dimomokkan cerita, nanti bila jadi pelajar perubatan kena tidur sekali ngan mayat lah, barulah layak menjadi doktor. Ni orang cakap, mitos bapak penipu.
Walaupun jantan, lembik jugaklah lutut ni kan.
Aku memang anti tengok benda benda ekstrem ni, even dulu hanya dengan membaca kisah pasal kes Ambon di Indonesia, kes orang Kristian bantai umat Islam Ambon, dah seminggu seram sejuk, berat rasanya, bila membaca realiti dunia untuk ditelan dengan tahap pemikiran budak waktu itu.
Baru sedar hakikat jahatnya manusia, jahat sejahat jahatnya.
Digagahi jua untuk turut serta ke rumah mayat tu, memang doa supaya diberikan kekuatan tengok benda benda pelik ni, dan aku dikuatkan semangat untuk pilih jugak jurusan perubatan.
Alhamdulillah, satu ilmu baru yang aku dapat pada hari itu, luckily there was no post mortem case done that day, and we ended up having conversations dengan staff-staff kat situ.
Gambar demi gambar, rasa takut itu hilang dengan sendirinya. Even tak takut langsung pun sebenarnya.
Setiap gambar ada ceritanya tersendiri. Instead of gruesome pictures, apa yang aku lagi concern adalah once again, jahatnya manusia.
Ada mayat bayi yang terbakar sebab dibuang di tempat pembakaran sampah, ada mayat yang dihumban ke tangki septik, ada mayat yang ditanam di halaman rumah.
Ada mayat dengan pisau tercacak di belakang badan selepas dicabul.
Ada kes jururawat yang tikam bertubi tubi di perkarangan hospital.
Ceritanya bukan lagi pasal mayat. Ceritanya pasal manusia yang melakukannya.
Why they did such things to another human beings ?
Marah ? Benci ? Dendam kesumat ? Tersengaja ?
Aku pula rasa naik darah.
Memang benarlah manusia kalau dah hilang kewarasan akan jadi lebih teruk dari binatang.
Semua tahu kes Susilawati, kes Mona Fendi.
Susah nak digest dek akal. Tak tahu kemana hilangnya kemanusiaan.
Jadi hari ini, kita nilai balik diri kita.
Kalau kita tak terkesan dengan kisah kisah jenayah kejam di atas, something is wrong somewhere.
Mana nilai kemanusiaan dalam diri kita ?
Mana kasih sayang, mana perasaan kasihan dan simpati ?
Kadang kadang aku rasa, nak jadi doktor ni kena jiwa kental sikit, tapi janganlah matikan langsung nilai sentimental tu. Seimbang kata orang.
Yelah kan, nak break the bad news to family member atau relative, kena jiwa kental, kang sekali ngan relative menangis. Profesional, poyo, simpan taman dalam hati pada waktu waktu kritikal.
Dan dalam posting forensik kali ni, baru sedar dengan jelas, banyaknya cara untuk dimatikan.
Natural, homicide, suicide, accident, and uncertain.
Mati kita kelak yang macam mana ? Di mana ? Tak.tahu.
Husnul khatimah, itu je yang boleh diharapkan. Kita tak tahu hujung penghidupan kita macam mana.
Panglima gagah Khalid alWalid menangis, sebab terlantar di katil sahaja menunggu ajal, bukan di medan perang syahid seperti yang dicita citakannya. Tapi tetap beliau tinggi di sisi Tuhannya.
Ada orang meninggal di atas katil juga, tapi sedang bermaksiat kepada Tuhannya.
Ada orang mati gugur di medan perang, namun gugurnya bukan demi agama, bahkan untuk nama semata.
Niat kena jaga.
Sekian.
p/s : Prinsip hidup amat penting, dan hendaklah berdasarkan ajaran Islam. Kalau tak, kita akan end up buat keputusan yang merugikan diri sendiri kerana prinsip yang tak betul. Dan kita tak sesat dalam mencari makna kehidupan.
Life is beautiful but deceitful, cari akhirat dan dunia akan melutut depan kita.
Mati itu pasti, buat bekal, hereafter is a long journey to withstand.
No comments:
Post a Comment