Bantuan dah datang

Salam.

Ada satu kisah zaman dahulu yang tak berapa nak betul, kisah klasik Kristian/Yahudi.

Kisah seorang pemuda yang jatuh dalam kolam dan hampir lemas. Dia berdoa agar Tuhan menolongnya.

Dipendekkan cerita, sebuah bot datang nak menyelamatkannya, tapi dia tolak. Katanya menunggu bantuan dari Tuhan.

Kemudian datang lagi 2 buah bot penyelamat, tapi masih bertegas lelaki itu tidak mahu diselamatkan kerana menunggu bantuan dari Tuhan.

Dipendekkan cerita lagi, dia mati lemas akhirnya.

Dan kemudian dia bertanya kepada Tuhannya, kenapa tak tolong saya masa saya lemas ?

Tuhan jawab : I have sent 3 boats to save you !!

Erk.

Saya bukan nak menyuburkan pluralisme.

But, sometimes, Allah dah tolong kita macam macam, cuma kita yang tidak tolong diri sendiri.
Rasa lemah sangat. Diri sendiri pun tak leh nak control, takleh nak urus.
Bantuan dah datang, kita yang sia-siakan.

Tak perlu toleh kanan toleh kiri,
tak perlu tunding jari,
cukup muhasabah diri sendiri je.
Kena disiplinkan diri, itu yang aku kuranggg sangattt.
Istighfar banyak banyak.

Exam teori lusa. Bacalah setakat mampu. Sila tolong diri sendiri.
Saya doakan kawan kawan saya lepas termasuk saya. :)
Jangan doa hanya untuk exam.
Kita ada banyak lagi kerja lain.

No comments: