Alhamdulillah, baik untuk kamu...

Assalamualaikum.

Dah lebih 70 hari semenjak habis exam hari tu.

Dan, tambah dengan terlepas panggilan September ni, agak2 mungkin November lah pulok masuk keje. Harap2 ade la kekosongannya. Persaingan sekarang dan semakin sengit, apa yang dijangkakan sebelum ni, dah berlaku. Overload.

Aiyyo, takut serun naling bimbang, takut2 jobless memanjang kan.

Dan, biasalah, soalan2 cepumas, " Bila nak kerja ? " akan muncul pulok....
Soalan " Bila nak habis ?" dah berjaya diharungi, Alhamdulillah.

Bila berborak pasal keje, kahwin, anak dan sebagainya.... kadang2 ada perkara yang di luar kawalan kita.

Tak berkerja, tak semestinya orang tu tak pernah cuba mencari pekerjaan.

Tak berkahwin, tak semestinya, orang tu tak pernah jatuh cinta, 'crush and crashed', dapat pinangan, solat hajat, join baitul muslim untuk mencari jodoh. I have gone tru all that. Kate apa nama orang putih, " Been there, done that." Haduuuiiii....


Tak dapat anak, tak semestinya.... sila isi sendirilah.... dot dot dot... :)

Inilah namanya rezeki. Rezeki ini milik Tuhan. Kita berusaha Tuhan jua yang memutuskan.

Aku ade kawan yang dah grad, dapat apply HO di Terengganu juga, dah ada kahwin ada anak, but in the end, bila jumpa kata tak puas hati, sebab local graduates dapat interview dulu banding luar negara.

At that moment, aku terkesima, mungkin dia nak bergurau je rasernya. Tapi, itulah, entah kenapa rezeki kita yang melimpah ruah, kita sendiri tak nampak.

Aku pun pernah bagitau kawan, "Dop aci la mung habis awal dari aku, siap keje dah lagi. " Takde niat dengki pun, saje bergurau dan sebenarnya  I am happy for his success.

Jawapan dia yang buat aku rase tersentap sikit, dan terus berbeza sudut pandang hidup aku lepas tu. 

" Eh, jangan kate gitu. Patut mu kate la "Alhamdulillah, bagus untuk aku ".

Ade banyak benarnya, kenapa kita nak berdengki, mempersoalkan rezeki orang dalam perbualan kita. Kalau kena ke batang hidung kita, kita suka ke ? Opkos not lah kan.

Lagi satu, kalau skil nak bertanya khabar, skil bertanya untuk bergurau, dan skil bertanya untuk berdengki tu skrip lain2. Sia-sia mengaji BM sampai SPM tapi tak reti nak susun ayat untuk situasi berbeza.

As friends, kita kene sentiasa mendoakan kebaikan sesama kita, dan tumpang gembira atas kejayaan atau berita baik yang diterima kawan-kawan kita tu. Kate best friend forever till jannah. #bfftj

Dan kalau orang memuji kejayaan kita, janganlah mendabik dada, rendahkan diri ucapkanlah alhamdulillah, rezeki saya lebih sikit. Jodoh saya awal sikit.

Ada harta, belum tentu kita dapat manfaatkan dengan baik.
Ada jodoh, belum tentu jodoh itu panjang dan kekal hingga ke akhirnya.
Ada anak, belum tentu anak tu dapat memberi fadilat kepada kita kelak.

Anggaplah semuanya pinjaman daripada Allah swt.

So, saya akhiri post saya setelah berbulan bulan tidak menge-post ini, for whatever good news/achievements that you guys received,

" Alhamdulillah, baik untuk kamu." :)

#mywedsintwoweekstime

Jemput datang.
Tak datang xpe, bagi hadiah (yang mahal-mahal sahaja okay !!) xpe.


4 comments:

Faariis said...

boooo... dopsiy maghiii.. hahha

aiman_masri said...

gitu la mu chan sombong nge aku.... xpe r....

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT