alkisah....
Iman : Salam.
Diri : Salam. Hai En. Iman, lame x datang pejabat 2 3 minggu nie ?? Kamu x habis cuti lagi ke ??
Iman : Bila masa saya cuti bos ?? Bos, yg x nak saya datang kan ?? Saya kan diberikan cuti tanpa gaji. Ingatkan dipecat dah.
Diri : Ha'ah, lupa pulak. Itu lah, saya ingat lepas lantik En. Nafsu jd Ketua Pengarah syarikat, segala urusan akan jadi lebih terurus dan bertambah untung. Alih2, lain yang diharap lain pulak jadinya. Kelam kabut syarikat dibuatnya. Pagi tadi saya pergi ke kuliah Subuh, teringat pulak kat kamu.
Iman : Oo, jadi sekarang Bos nk lantik balik saya menjadi Ketua Pengarah syarikat ? Saya boleh ganti tempat En. Nafsu ??
Diri : Eh, tak boleh macam tuh.
Iman : Kenapa pulak ?
Diri : Saya sayang nk pecat En. Nafsu, walaupun saya tahu yang hasil kerjanya buruk, dia berjaya menambat hati saya, menghiburkan hati saya.
Iman : Baiklah kalau begitu, biarlah saya berundur diri.
Diri : Eh, jangan begitu. Saya sebenarnya perlukan kamu berdua untuk kepentingan syarikat.
Iman : Mana boleh bos. Saya berbeza dgn En Nafsu. Macam langit dan bumi. Dah lah tu, En Nafsu memang sangat ANTI dengan saya.
Diri : Ha'ah, serba salah la pulak dibuatnya.
Iman : Bos hanya boleh pilih satu antara kami berdua. Bos perlu bermujahadah untuk pecat En Nafsu. Nanti semakin parah syarikat dibuatnya. Silap haribulan boleh muflis papa kedana bos.
Diri : Saya tahu. Jauh dalam hati saya memang saya perlukan kamu En Iman. Iri hati saya melihat syarikat ustaz di sebelah. Maju sungguh. Orang macam kamulah yang akan bawa syarikat ke jalan yang benar. Untung berlipat kali ganda.
Iman : Baguslah Bos dah sedar.
Diri : En Iman, awak boleh kembali bekerja, sekarang pun dah boleh mula. Tolonglah tubuhkan balik jabatan2 solat, zikir, qiraah, puasa dan mana2 yang patut. Asalkan syarikat kita dpt untung.
Iman : Baiklah Bos, tapi dana Istiqamah kena cukup. Kalau tak, tak ke mana usaha2 ini. Jika Bos x bersungguh2, saya akan mengundurkan diri. Saya hanya bekerja dengan orang2 yang ikhlas je.
Satu lagi Bos, saya nak ingatkan Bos, hati2 dengan skim cepat kaya yang dianjurkan oleh En Syaitan.
Diri : En Syaitan ?? Macam pernah dengar. Bukan dia menawarkan keuntungan, kemewahan dan hiburan yang sungguh menarik ??
Iman : Memang la Bos. Tu hanyalah janji2 manis Bos, tipu daya semata2. Sudah ramai yang terperangkap dalam skim tuh. Alih2 diri sendiri yang binasa. Saya harap agar Bos berhati2 dengan kelicikannya memujuk Bos.
Diri : Baiklah En Iman, saya akan ingat pesan En Iman tuh.
Iman : Alhamdulillah. Moga2 Bos sentiasa dalam rahmat Allah swt. Saya yakin x lama lagi syarikat kita akan mendapat anugerah Mukminin dan Mutaqqin. Selamat di dunia, Bahagia di akhirat.
Diri : Insya Allah. Jom kita sama2 bekerja.
" Manusia yang hebat bukanlah manusia yang berjaya menawan sesebuah negara, tetapi manusia yang HEBAT ialah manusia yang berjaya MENGUASAI DIRINYA SENDIRI " - Madah Pujangga.
Salam... Have a nice day...
p/s : Dikorek dr majalah SOLUSI...
p/s : Dikorek dr majalah SOLUSI...
No comments:
Post a Comment