Not available ???

Salam...

Ini post aku yang ke-18... Ciput je... Tapi takpe... Sikit2 lama2 jadi bukit.

Hurm, pejam celik pejam celik... umur dah sampai 20 tahun. Tu pun sedar sebab ada orang tanya mak aku... " Anak dah umur berapa ? "

Then aku jawab dengan mata terkebil2, " 19 ++... kire 20 lah ". Geli hatiku. Isyh3...

Back to business,

Hidup ni sekejap... Ibarat antara Azan dan Iqamat...
Dan hidup ini dihiasi dengan ujian dan tanggungjawab...

Mula2, kita ni baby ( jaga sebutan ye ! )... Comel, cute... Semua orang suka... Pipi dicubit2...
Nak susu, nangis... Nak dodoi, nangis... Sakit perut, nangis... Bahagia hidup... CRY AND YOUR DEMANDS WILL BE FULFILLED...

Then, besar sikit... Kanak2... Mula la ibu bapa kita mengajarkan erti hidup pada kita... Cara berjalan, cara makan, cari makan, mandi, gosok gigi... Sembahyang dan mengaji al-Quran....
Alhamdulillah... Bagus...

Then, kita lompat terus ke agenda yang utama, APABILA KITA MASUK ALAM PRADEWASA (20-25 TAHUN ),

Menjadi pelajar universiti, kolej universiti, A-level, IB, IPG, Tamhidi... dan sebagainya...

Dengan harapan untuk mengubah hidup kita, menentukan hala tuju kita... Jadi loyar, jadi akauntan, jadi guru, jadi ustazah...

Komitmen dan tanggungjawab mula meningkat... Tanggungjawab kepada ibu bapa, ahli keluarga, kawan2... Sebagai hamba, sebagai pelajar... Sebagai daie...

Masalah timbul apabila kita GAGAL memberikan komitmen yang terbaik... Memang betul kita boleh MENOLAK dengan baik sesuatu tanggungjawab, tapi BUKAN dengan MENGELAK.

Perkara yang aku nak sampaikan di sini ialah, dalam apa2 urusan atau event, CUBALAH UNTUK CONTRIBUTE... bukan MENGUTUK DARI BELAKANG...

Contoh mudah ialah housemates di hostel.... KEBERSIHAN tu tanggungjawab kita bersama... Tapi kebanyakkan kita lepas tangan, dan suka menuding jari ke arah yang lain...

Ada juga yang suka merendah2kan usaha orang lain, " Ko buat apa bersih2 rumah, bukan ada warden tengok pun".

Ada juga yang suka memperlekehkan orang lain, " Ko bersih2 bilik pun, bilik kiteorang tetap lagi bersih".

Menjaga kebersihan adalah perkara yang simple, tapi memerlukan komitmen yang tinggi.
Jadi, janganlah kita mempersendakan komitmen orang lain, usaha orang lain...

Kita hidup bukan untuk mengutuk, dan kita tak juga suka untuk dikutuk... Jika ada silap, tegurlah dengan baik... Terimalah nasihat dengan hati terbuka...

Apabila khidmat kita diperlukan dan kita mampu untuk menyumbang,
Janganlah asyik cakap dan bagi alasan,
" Aku tak boleh la, not available "
" Bagi kat orang lain la kerja tuh, aku x layak ".
" Ko sape nak arah2 aku ?? "
( x ley blah )
" Aku sibuk study la, not available, lepas exam lah "

Tak elok asyik BERLEPAS TANGAN je...
Memang kita syok, tapi pada masa yang sama, tanpa kita sedari, kita telah menyebabkan sesetengah pihak terbeban dengan sikap lepas tangan kita...

Mereka terpaksa overwork apabila berlaku sesuatu event. Kesian...

Masalah lagi besar akan timbul, apabila kita tak bersedia untuk bagi komitmen untuk BERKAHWIN... Untuk setia bersama, dunia dan akhirat... Ketika duka dan gembira...
Isyhhh... Bahaya2...

Moral of story : BERTIMBANG RASALAH, DAN IKHLASKAN NIAT KERANA ALLAH SWT.

p/s : Berhentilah daripada menyebut " Not available ". Ada kalanya, tak manis kita mengkritik orang kesilapan depan2 sangat, kita bukan juri.

Harap post ini diterima dengan baik.

Salam.

4 comments:

Syafiq Azhari said...

mang...smart2...ak suka post nih..teruskan usaha baik

aiman_masri said...

bereh syafiq... aku pun ada gak mslh dlm komitmen nie... tp sedang nk cuba try test utk berubah...
hehe...

diJat said...

ske post nie....

Anonymous said...

maaf kalu termasuk dalam kategori yang sibuk2 nk mengomen.. tp xkire ar.. nk komen gop.. hehe.. mantop laa eman...