Takleh tipu...

Assalamualaikum wbt...

Tajuk perbincangan kita pada hari ini bukan pasal Hubungan Etnik, dan bukan juga History of Medicine... Bukan juga pasal English for Sciences, mahupun Arabic... layan je la ye... 

Pernahkah anda suatu ketika... suatu detik dalam hidup anda di mana anda berasa begitu keseorangan... Ataupun pernahkah anda merasakan bahawa anda seorang sahaja yang paling betul dan bijak... Orang lain tak memahami anda...

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda terlewat bangun Subuh, dan kawan anda dengan sungguh-sungguh berusaha untuk mengejutkan anda ? Ataupun dalam situasi yang sama, tapi respons yang berbeza, iaitu TAKDE seorang pun kawan anda yang cuba mengejutkan anda... Bahkan menyindir pula... " Hai, awal bangun hari nih... : p"...

Jawapan saya ialah ya, pernah. ( Jahatnye aku )

So, apa yang special sangat... ?

"Common la perkara itu berlaku... Semua orang pernah buat silap"... Bla... Bla... Bla... " Biase la terlewat bangun Subuh... " Bla... Bla... Bla... " Ala, saya pun x kejutkan kawan solat Subuh jugak".... Bla... Bla... Bla... " Eh, ade ke orang bangun lewat Subuh, saya x pernah buat mende2 macam nih "... Bla... Bla... Bla...

Punya Ilmu

  Sebelum itu, ingin saya menegaskan beberapa perkara :
1. Bangun untuk solat Subuh adalah fardhu kewajipan setiap individu, semua orang maklum akan perkara ini.
2. Jangan harapkan orang lain mengejutkan kita untuk bangun Subuh, even your very best friend... Sebab kawan anda juga manusia biasa...
3. Think again, and think positive... feel the differences...


Understanding... Dunia akan jadi lebih tenang dan bahagia jika semua orang punya sifat ini...
Tapi, understanding hanya boleh diperoleh dengan  betul, jika kita punya ilmu dan sumber yang betul... Maksud saya, kawan yang boleh dilabelkan understanding bukanlah kawan yang membiarkan kawannya tidur tak bangun solat Subuh sebab tak mahu mengacau tidur kawannya itu... Ini bangang namanya, ilmu sesat... Dan such thing tak berkait langsung dengan hak asasi manusia...

Understanding ini bukanlah perkara yang boleh dibuat-buat, bagi saya ia datang dari hati, sekali dengan keikhlasan... ( Hoi ! Ikhlas mane boleh nampak kat luar )

Ape2 jelah... But still, orang takleh tipu atau berlakon bahawa dia ni seorang yang understanding, meskipun dia boleh tipu yang dia cinta kat mana2 perempuan... Sebabnya understanding comes along with commitment. 

Understanding juga suatu perkara yang perlukan mutual relationship untuk dijayakan dalam sesuatu perhubungan, sama ada sahabat ataupun yang lebih baik lagi ialah " masjid". Kalau sebelah pihak je yang ada understanding feeling tuh, yang sebelah lagi tak... Maka terjadilah penganiayaan, dan pembelotan... Akhirnya, pihak yang understanding tadi rasa begitu tidak dihargai, rasa ditipu dan sebagainya. 

"Be one first, then find one..."

Kalau kita nak seseorang yang understanding sebagai kawan, maka seharusnya kita menjadi seorang yang understanding terlebih dahulu... Senang sama2, susah pun sama2... Jangan mengharapkan kebaikan orang semata-mata, tapi tak sudi dan lokek untuk berkongsi kebaikan yang dimiliki... Cth mudah ialah nasi ambang dan lect notes. ( Ala, soft copy je kot )

Maybe ini pandangan yang ekstrem, antonim bagi understanding ialah kejam... 
Kejam pula akan mengundang balas dendam... dan saya yakin bahawa semua orang tak mahu perkara ini berlaku pada mereka... Jika kita tak menghargai penat lelah seseorang, dengan sebab ego ataupun terlepas pandang (sengaja)... Tggulah pembalasannya. "Ada ubi ada batas, ada hari dia akan balas ".
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Selain itu, jika kita adalah pegawai yang diberikan tugas yang punya sifat understanding, kita takkan banyak tanya, sebaliknya memikirkan macam mana nak berkhidmat dengan sungguh-sungguh dan efisen, supaya dapat menyumbang kpd komuniti. Jika tidak, kita adalah pegawai yang bersifat kejam. Jika kita pelajar yang understanding, maka kita takkan berkira2 masa untuk belajar dan masuk kelas mendengar syarahan ustaz... Meskipun pelajaran itu bukan bidang pengkhususan kita. ( Eh, masuk kelas itu amanah ke ? Ya, kan JPA taja kita utk belajar )

Kadang2 selalu orang merungut, kenapa dia ditimpa masalah ini, dan penyakit itu...??? Kenapa dia tak dapat anugerah ini dan nikmat itu... ???

Saya tiada jawapan untuk itu, tapi nak bagitau sikit... Kalau kita ni seorang hamba Allah yang understanding, maka semua perkara akan jadi mudah... Dan Allah swt Maha Memahami dan Maha Mengetahui segala perkara yang zahir dan batin. Kita akan berlapang dada jika ditimpa sesuatu masalah, kerana kita yakin bahawa setiap perkara itu ada hikmahnya yang tersembunyi... Dan kita akan bersyukur dan semakin tunduk jika diberikan nikmat, kerana kita yakin itu bukan setakat hasil titik peluh kita, melainkan dengan izin dan anugerah daripada Allah swt semata-mata.

sekian sahaja, Selamat berusaha dan study... Usaha dulu ye...

Salam.

p/s : Baca elok2 perenggan ke3 terakhir... Dan my personal view, kita ( aku + sape2 yang terase), lack sifat understanding ni. Ini adalah nasihat, maka adapun/jika sape2 berfikir bahawa ini adalah cubaan untuk comdemn, let it be. Memang payah kalau nak brubah 360 degree dlm mase terdekat, tapi at least kene cube dahulu...

1 comment:

^Laila^ said...

ehe.. like..like..like~