Salam,
baru lepas kelas malam dengan Prof Ezz,
terasa sungguh nostalgia, mengenangkan zaman dahulu naik motor, pergi kelas tuisyen... Orang lain masuk pukul 8.00 mlm, aku masuk 8.30 mlm dengan selamba... Tapi tadi aku masuk 8.05 mlm kire ok lah...
Orang lain masuk satu kelas tuisyen je, aku masuk 2 kelas tuisyen Add Math... Nasib baik lulus jugak SPM... Terasa manis bersusah payah melawan nafsu tidur selepas Jumaat untuk hadir kelas tambahan... Pantai timur cuti hari Jumaat Sabtu.
Hujung minggu baru ini keluar dari bandar, masuk sedikit ke dalam hutan. Belajar orienteering, kami berdua berlari termengah-mengah... Yang lain berjongging sahaja, nak buat mcm mana ketua group aku bersemangat orangnya... Kita follow sajalah... Nasib baik jugak dapat Hamper ade mamee... hilang sedikit rasa letih...
Time reka cipta ada kemalangan berlaku, nasib baik sedikit sahaja, siapa suruh potong barang x guna mata...
Jangan gelojoh, nanti ada banyak benda berserabut menyukarkan kerja...
Yang paling best, dapat melepak di padang yang tepinya banyak pokok... Udaranya segar, hijau sejuk mata memandang. Feels like home.
Minggu depan dah ada exam... yang bestnya, lepas tu ada makan-makan besar, 7 kambing untuk 100 orang lebih, tak termasuk ayam-ayam lagi... Yang paling best, lepas tu cuti 2 minggu...
Walau bagaimanapun, agak sedih dan rasa nak marah... Bila mata ni sendiri membaca tulisan blog yang memperjuangkan hak asasi/nafsu serakah manusia... Mengaburi mata pembaca dgn fakta-fakta bodoh, termasuk meminta pandangan orang Barat berkenaan agama orang lain... Islam terutamanya... Sudah tentu berlaku putar belit dan puting beliung maklumat yang dijalankan... Bodoh, dan membodohkan orang lain... Tapi, tak timbul sedikit pun rasa kesal yang ditunjukkan, semata-mata dengan sebab ingin menegakkan benang yang basah... Jika anda berkesempatan, google-lah di internet berkenaan seksualiti merdeka...
Saya terpaksa mengetengahkan perkara ini, kerana berdiam diri akan dikira sebagai SYAITAN BISU...
Dunia sekarang kelihatan begitu terdesak dan terhimpit... dengan pelbagai masalah, bencana alam, perang, permusuhan yang tak pernah padam... Illumnatinya, Free mason-nya...
Dan yang paling menyedihkan, orang-orang Islamlah yang menjadi pelanduk antara 2 gajah yang bergusti... Ditindas di sana, dipenyek di situ... Muslim sejati sudah menurun bilangan nya... Asing dan semakin terasing... Hanya yang punya jati diri yang teguh mampu melawan semua ini. Ini bukan sekadar berlawan dengan hantu pada malam Jumaat, ini berkenaan berdepan dengan ideologi2 bodoh yang ada rasionalnya/logiknya jika dikira dengan akal yang sunyi dari ilmu agama... Hinggakan kita sendiri tak tersedar kita berjaya ditipu...
Menyedari hakikat bahawa kita perlu menjadi orang yang paling gagah dalam menempuh cabaran bukanlah sesuatu perkara yang enak didengar. Analoginya seperti kita tak akan dapat cuti sem sepanjang 3, 4, 5 tahun kita belajar... Mendiamkan diri, berpeluk tubuh pula menyatakan seolah-olah kita sudah angkat bendera putih... "Apa nak jadi... Jadilah.. yang penting aku hepi...". Akhirnya, virus-virus mula masuk ke dalam masyarakat, masalah mula timbul bagai tiada penghujung. Bala datang, semua sekali hancur.
Akhir kata, hidup mesti berjuang, jangan sekadar menumpang... Nak berjuang kena ada ilmu, baru efisien dan capai objektif... Perjuangan kena dalam kelompok ramai, kerana lidi patah kalau duk sorang2... Kambing pun mati kene rembat dgn harimau kalau duk sorang2... So, fikir-fikirkan....
Ingat... Insan yang cemerlang, akalnya mesti cerdas, jiwanya mesti mantap, badannya mesti cergas...
p/s : Sesiapa ada yang sudi berkongsi nota biochem tak ??
2 comments:
hidup mesti berjuang, jangan sekadar menumpang... Nak berjuang kena ada ilmu, baru efisien dan capai objektif... Perjuangan kena dalam kelompok ramai, kerana lidi patah kalau duk sorang2... Kambing pun mati kene rembat dgn harimau kalau duk sorang2
suke ayat ats tu...nk tambah sikit,sila rujuk surah taubah ayt 24 n 111...fahami n hayati mkna dy..smga same2 dpt ambik pgjrn..
bereh...
Post a Comment