Hey Aku Tak Cukup Itu...

Salam...

Rasa tak cukup je.... Rasa masih ada ruang yang boleh diperbaiki.... Tidak puas...

"Kuman di seberang nampak, tapi gajah depan mata tak nampak"...

Ulasan - Rezeki orang kita sangat nampak, rezeki pada badan sendiri tak nampak...

"Wah, tengok tu.. dia pakai Lumbogeni kaler kuning..." Padahal, kita lupa yang kita pakai Gen 2 kaler oren... Orang lain 1 naik bas... Orang lain 2 naik bas separuh jalan... Jalan kaki separuh jalan... Nak jimat kos... Orang lain 3... langsung xleh jalan...

Ini sudah tentu bukan pasal kereta ataupun public transport... Tapi, berkenaan rasa syukur dan rasa cukup dengan pemberian Tuhan, dan terjemahkan dalam bentuk perbuatan.... Sudah tentu tidak cukup sekadar menunaikan nazar segala....

Berceritalah kepada orang pasal nikmat yang diperoleh, bukan untuk berbangga-bangga... Tapi dalam bentuk cerita dan motivasi bahawa nikmat Tuhan itu sangat luas... Pelbagai bentuk, secara material, fizikal ataupun yang lainnya...

Banyak mengeluh, akan menimbulkan rasa inferior dan rasa kurang bersyukur... Dan sudah tentu kita tidak perlu sifat ini untuk membina peribadi yang positif dan berwawasan... Gagah dalam menjalani kehidupan sehari-hari... Hidup adalah pancaroba, pancaroba adalah kehidupan. Kawan saya ada mengatakan, " Hey, kalau nak senang semua, pergi syurga... ini dunia okey...(after edited)". 

Cuti yang panjang membolehkan fikiran melayang-melayang bercita-cita yang bukan-bukan. Need to be realistic balik.

Sekian... Fikir-fikirkan sambil makan Sotong Celup Tepung bersama ABC ade aiskerim... FUhhh...

p/s : Kadang-kadang, persoalannya bukan berkenaan kewujudan individu itu secara nyata, tetapi legasi semangat dan rasa sayang yang tak pernah padam, hinggakan kita tak lagi merasa kehilangan. Peace.

3 comments:

Faariis said...

orang biasanya cakap " aku akan bersyukur kalu dapat itu ini", tapi mereka lupa bersyukur dengan apa yang telah mereka miliki dan apabila yang dimiliki itu tiada baru mereka merintih meminta ianya dikembalikan....

"kebanyakan orang mampu bersabar, tetapi hanya sedikit yang mampu bersyukur"

aiman_masri said...

macam pernah ku dengar... Hehe... Ye ah...

Faariis said...

haha...bgus r kalu rajin mu dengar...xyah nk xplain panje2...huhu